RESEPI

TRAVEL

TIPS

Cara Pakai Gaya Tudung Elfira Loy

by - 2:04 PM

Cara Pakai Gaya Tudung Elfira LoyNampaknya artikel 'Fesyen cara pemakaian selendang' sebelum ini mendapat sambutan, jadi semakin bersemangat lah untuk Mek Cah berkongsi satu lagi fesyen gaya tudung yang semakin meletop, ala sekarang semua dah tergoda dengan Cara Pakai Gaya Tudung Elfira Loy kan? Bila jalan kat Mall memang ramai wanita yang gayakan tudung dengan  gaya tersebut, tapi Mek Cah je yang belum confident nak pakai macam tu. Takut tak selesa jadi lebih baik pakai cara biasa sahaja seperti tutorial Mek Cah kongsikan disini 'Cara Pakai Selendang dari Hazanis'. Dari dulu sampai sekarang, gaya ni sahaja yang sesuai dengan Mek Cah. Lolzz


Cara Pakai Gaya Tudung Elfira Loy

Nampak memang senang Cara Pakai Gaya Tudung Elfira Loy, tapi bila dah buat 30 minit belum siap lagi. Sobssss tapi kalau mereka yang dah terbiasa dalam beberapa minit sahaja dah siap. Contohnya macam video ini. Apa pun tak salah mencuba untuk dapatkan kelainan yang penting korang selesa dan pastikan menutup aurat tau. Nampak gayanya 'Fesyen Cara Pemakaian Selendang 2016' mendapat tempat di hati wanita untuk bergaya, senang je semudah ABC! Rugi kalau korang tak cuba. 

Gaya Tudung Elfira Loy

Mek Cah tengok pelakon Emma Maembong pun ada cuba gaya tudung Elfira Loy, memang cantik sangat sesuai dengan bentuk muka Emma. Siapa tengok drama Assalamualaikum Cinta?? , banyak fesyen tudung Emma gaya Elfira Loy kan. Fuhhhhh, cantik. Okay lah, korang boleh cuba fesyen ni untuk raya haji akan datang ataupun boleh gayakan ketika keluar bersantai pun boleh. Tapi pastikan korang betul-betul selesa tau takut nanti pagi dah pakai cantik-cantik tapi bila dah tengahari jadi lain pulak. Opsss!, selamat mencuba Gaya Tudung Elfira Loy.

You May Also Like

4 kata-kata indah...

  1. kita pun pnh try ikut gaya tudung elfira ni..so far ok..cantik je kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. kita dah cuba. pakai kejap je lepas tu bukak balik. :')

      Delete
  2. Tak pernah cuba, sebab jarang pakai shawl. Nanti pakai bolehlah gayakan cara Elfira. heheeh

    ReplyDelete
  3. tak pernah cuba sebab jarang pakai shawi,,
    tapi makasih lh buat infonya,,

    ReplyDelete

siapa komen, dapat bunga ♥