RESEPI

TRAVEL

TIPS

5 Cara Memutihkan Kulit Wajah Secara Semulajadi

by - 11:37 AM

Cara Memutihkan Kulit Wajah Secara Semulajadi | Nampaknya pengunjung singgah ke blog ini disebabkan hal kecantikan maksudnya rata-rata mencari review produk untuk memutihkan kulit dan salah satunya berkenaan 'Review Pearl White Jamu Jelita' dan 'Review : Vitamin C 1000mg Pahang'. Alhamdulillah kesemua produk kecantikan tersebut Mek Cah jual dan pernah amalkan tau sehingga kini. Namun tidak seharusnya kita bergantung 100% kepada produk kecantikan tetapi haruslah berusaha memutihkan kulit secara semula jadi dengan mengikuti petua dari nenek moyang dalam mendapatkan kulit yang sentiasa sihat selain cerah secara semulajadi. Mek Cah akui semua idamkan kulit yang putih gebu tetapi tidak semua tahu 5 Cara Memutihkan Kulit Wajah yang dikongsikan disini turut membantu mendapatkan kulit yang cantik dan sihat selain menggunakan produk kecantikan.

Disini Mek Cah kongsikan beberapa pilihan yang boleh korang lakukan eksperimen sehingga korang jumpa cara terbaik memutihkan kulit. Kalau berkesan habak kat Mek Cah nah!. Hikss


1. Minum air masak


Cara Memutihkan Kulit Wajah Secara Semulajadi
  
Pengambilan air masak yang mencukupi dapat membantu proses memutihkan kulit secara semulajadi selain memastikan sistem dalaman anda berfungsi dengan baik. Pastikan anda minum 2 liter air setiap hari kerana badan memerlukan air sebanyak itu bagi membantu menggantikan sel-sel mati. Malah bila kandungan air mencukupi, kulit jadi cantik dan bebas daripada masalah kulit muka. Part minum air masak memang Mek Cah perasan apabila minum banyak air secara automatik kulit Mek Cah kelihatan sedikit cerah dan segar. Nak tahu rahsia lain baca ni tau 'Tips Muka Kekal Berseri Dengan Air Mawar'.

Cara Memutihkan Kulit
- Kulit wajah terasa lembab dan cerah jika mengamalkan air masak yang mencukupi -
Apabila makeup pun nampak natural dan flawless gituh, oh ya artikel ini mungkin berguna untuk korang 'Tips Makeup Flawless Dengan ALIFNUR Foundation!'.  Tetapi jika kurang minum air memang nampak kusam dan kulit menjadi kering. Oleh itu, walau malas sekalipun Mek Cah tetap kena gigih minum air masak banyak-banyak lebih-lebih lagi ibu mengandung perlu amalkan air masak yang mencukupi.

2. Guna air beras

air beras memutihkan kulit 
Mek Cah selalu dengar dengan menggunakan air beras mampu memutihkan kulit secara semulajadi tetapi selalu asyik terlupa untuk guna air beras tersebut. Memang selalu membazir, padahal benda yang simple dan mudah sahaja alang-alang ketika mencuci beras untuk memasak nasi apa kata simpan je air beras tersebut untuk basuh muka. Dengan hanya berendam menggunakan air beras selama 15 minit sehari dan lakukan dua kali sehari anda akan merasai kulit lebih putih dalam masa beberapa minggu. Jangan terus buang air beras tu tau, gunakan ia sebagai salah satu cara memutihkan kulit.

3. Guna limau nipis
Hiris sedikit sebiji limau dan sapukan ke permukaan kulit dan pastikan air limau tersebut mengenai bahagian tubuh yang ingin diputihkan. Jadi biarkan selama 30 minit ke 1 jam tetapi awas cara ini sangat memedihkan kulit muka lebih-lebih lagi yang mempunyai masalah kulit muka berjerawat. Mek Cah dah cuba tapi tak boleh tahan pedih sangat! Tetapi jika diamalkan cara ini setiap hari , perubahan dapat dilihat dalam masa beberapa minggu.

4. Guna lidah buaya

Setahu Mek Cah lidah buaya berfungsi menghilangkan parut tetapi rupanya ia turut berfungsi memutihkan kulit serta melicinkan kulit dengan hanya menyapu sedikit lendir lidah buaya tersebut pada kulit sebelum tidur . Jadi amalkan setiap malam anda pasti dapat lihat kemujarabannya dalam masa beberapa bulan. Yang penting Mek Cah dah cuba dan lidah buaya atau lebih dikenali sebagai 'aloe vera' telah menghilangkan parut muka ketika Mek Cah kecil.

5. Guna biji tomato
 
Cara Memutihkan Kulit Wajah2

Bukan hanya dengan makan buah tomato dapat mencerahkan kulit tetapi menggunakan biji tomato juga dapat membantu proses pemutihan kulit secara semulajadi. Apa yang perlu korang lakukan ialah dengan meratakan air suam ke bahagian kulit dan potong buah tomato tersebut menjadi separuh atau 2 bahagian. Ambil tomato tersebut dan cicahkan dengan gula kemudian gosokkan ke permukaan kulit dan biarkan selama 5-10 minit. Cara ini lebih jimat kerana sebii tomato boleh digunakan sebanyak 2 kali iaitu pagi dan malam.

Jadi tidak perlu guna produk yang mahal mahupun ubat-ubatan kerana menggunakan bahan semulajadi sudah mencukupi. Semoga cara memutihkan kulit yang dikongsikan disini cukup berkesan untuk korang buat eksperimen. Paling penting sekali jangan lupa minum air masak banyak-banyak tau!. Selamat mencuba. Papai.

You May Also Like

1 kata-kata indah...

siapa komen, dapat bunga ♥