RESEPI

TRAVEL

TIPS

Tips Muka Kekal Berseri Dengan Air Mawar

by - 10:18 AM

Khasiat Air Mawar Untuk Muka Kekal Berseri | Assalamualaikum, penat, penat memang penat menjadi surirumah. Lagi-lagi jaga anak-anak yang 100% memerlukan perhatian seorang ibu. Adam Sufi lagi sebulan nak mencecah umur setahun. Makin panjang akal manakala si kakak pula dah semangat ke sekolah tahun depan. Petua dan tips yang dikongsikan di artikal ni pun ' 5Cara Memutihkan Kulit Wajah Secara Semulajadi' tak sempat nak amalkan. Adeh! Sekarang ummi dah dimamah usia, memang tak sempat nak jaga kecantikan diri. Malam sebelum tidur pun dah tak sempat nak belai-belai wajah ni, kalau dulu sebelum berkahwin telah menjadi rutin pakai krim malam. Alahai memang betul zaman semakin berubah. 

Anak dah dua. Mohon terus kekal awet muda. 

'Mawar adalah salah satu bunga yang melambangkan rasa cinta dan romantis. Mawar, selain cantik dalam keadaanya sebagai bunga, ternyata ia juga sangat baik untuk menjaga kesihatan dan sebagai rawatan untuk tubuh badan anda. Khasiat air mawar untuk muka sudah banyak di digunakan dan terkenal sejak zaman dahulu lagi.'

Sekarang hobi Mek Cah terbaru tanam pokok bunga mawar. Chewah, bila pokok bunga mawar dah berbunga timbul idea untuk amalkan air rendaman bunga mawar sebab pernah terbaca yang bunga mawar mempunyai pelbagai khasiat untuk kesihatan dan rawatan bagi wanita. Malah Air mawar mengandungi bahan antiseptic dan antibacteria yang menjaga anda dari proses iritasi. Sifat dari air mawar sendiri yang anti inflamasi membuat wajah yang awalnya tampak kemerahan akan mereda.

KHASIAT AIR MAWAR UNTUK MUKA KEKAL BERSERI
KHASIAT AIR MAWAR UNTUK MUKA KEKAL BERSERI - Semoga Pokok Bunga Mawar yang Mek Cah tanam rajin berbunga. 

Selain itu juga, air mawar ada kandungan vitamin A, C, dan E yang sangat baik untuk kulit anda. Bahkan kandungan vitamin C dalam air mawar adalah 8 kali lebih banyak dari vitamin C biasa, sebab adanya kandungan Roses Hip Seeds. Dengan adanya kandungan ini, ia memberikan kesan anti oksidan yang sangat baik untuk menjaga kulit anda dari penuaan.

7 KHASIAT AIR MAWAR UNTUK MUKA KEKAL BERSERI

1. BAIK UNTUK KULIT BERJERAWAT
Khasiat air mawar untuk muka diuji cukup baik untuk menangani masalah kulit berjerawat. Cukup dengan basuhan air mawar pada pagi dan malam hari, ia mampu mengatasi masalah radang pada jerawat anda. Salah satu khasiatnya adalah sebagai antiseptic untuk masalah bakteria yang sangat aktif pada bahagian yang berjerawat tersebut, sehingga pori pori yang awalnya tersumbat boleh kembali bersih.

2. MENYEGARKAN KULIT
Air mawar cukup menyegarkan ketika anda menggunakan pada kulit muka anda. Khasiatnya mampu melembutkan sekaligus menyegarkan kulit muka anda. Bahkan bahagian kemerahan kulit anda juga boleh hilang.

3. MENCERAHKAN KULIT WAJAH
KHASIAT AIR MAWAR UNTUK MUKA KEKAL BERSERI
Bunga Mawar Rendam dengan air sejuk lebih paduuuuu!

Manfaat lain yang dapat anda peroleh ketika menggunakan air mawar adalah ia mampu mencerahkan kulit anda. Hal ini di pengaruhi kerana khasiat air mawar untuk muka mengandungi vitamin A dan vitamin E yang sangat baik untuk membantu mengelupaskan sel kulit mati. Sehingga ia boleh di ganti dengan kulit baru yang lebih fresh dan lebih cerah.

4. ANTI PENUAAN
Selain itu, kandungan yang sangat baik dari air mawar adalah Rose hip Seeds. Zat ini kaya dengan vitamin C. Bahkan ia mampu menjadi salah satu anti oksidan, sehingga khasiat air mawar ini dapat dirasa sehingga ke bahagian dalam kulit. Ia akan membuatkan kulit anda menjadi lebih anjal. Bukan hanya itu, ia juga mencegah kedutan akibat dari kesan penuaan.

5. MENYEGARKAN MATA
Anda sering berjaga malam? Mata sembab? Yap masalah ini sangat tidak elok untuk kesihatan mata anda. Biasanya anda akan nampak sembab, kurang bertenaga, bahkan di sekitar kawasan bawah mata anda akan menjadi hitam seperti panda. Jangan risau, dengan menggunakan air mawar, ia mampu menyegarkan kembali mata anda sekaligus menyihatkan.

6. BAIK UNTUK KULIT KERING
Manfaat yang di hasilkan oleh air mawar bagi kulit kering adalah sebagai bahan pelembab. Air mawar tersebut memiliki kandungan kaya dengan air yang mampu meresap ke dalam kulit, sehingga sangat baik untuk melembabkan. Gunakan sebagai toner setiap pagi dan malam hari.

7. KETENANGAN
Tips Muka Kekal Berseri Dengan Air Mawar

Khasiat air mawar untuk muka secara psikologi memberikan kesan menenangkan. Jika anda dilanda rasa stress akibat pekerjaan anda, atau masih dalam keadaan tegang, cubalah berendam dalam air suam yang di tambahi dengan air mawar. Khasiatnya memberikan rasa tenang dan menyegarkan untuk tubuh anda. Bahkan bagi anda yang memiliki gejala psikologi, seperti stress akibat penyakit jantung akan perlahan lahan di sembuhkan melalui cara ini.

Semoga Pokok Bunga Mawar MekCah makin rajin berbunga so boleh la amalkan minum air rendaman mawar selalu. Ya Allah semoga pemilik blog ini sentiasa awet muda. Amin. Eh! Nak tahu Mek Cah guna kamera apa baca ni 'Review Huawei Mate 10'. 

You May Also Like

1 kata-kata indah...

  1. ingatkan air mawar yang dh siap tuh... tp dahla bunga mawar tu wangi kan

    ReplyDelete

siapa komen, dapat bunga ♥