Bayaran Pertama Dari Google Adsense Mek Cah dapat pada 22 Oktober 2015 yang lepas. Memang agak tidak percaya akhirnya dengan menulis blog dapat membuahkan hasil. Walaupun nilainya tidak seberapa tetapi sekaligus Mek Cah dapat RM500 lebih. Humm boleh buat bayar bil bulanan kereta. No shopping okay! . Masa mula-mula apply Google Adsense hati berdebar-debar takut tidak lulus memandangkan ramai yang cakap memang agak sukar untuk mendapatkan akaun Google Adsense. Percubaan permohonan buat pertama kali telah berjaya.
Setelah sebulan menunggu Address (PIN) yang dihantar kerumah ianya sampai jua. Jadi haruslah semakin gigih dalam menulis blog. Terima kasih kepada Google Adsense kerana memberi peluang kepada blog ini merasainya sumber pendapatan dari Google Adsense.
Sebelum menggunakan Google Adsense Mek Cah pernah menggunakan Nuffnang yang sejujurnya banyak berjasa kepada Mek Cah terutamanya memori 'Cashout Nuffnang RM1272.67'. Sekarang khabarnya Nuffnang agak kedekut. Opsss! yang tu semua blogger boleh fikir. Jadi terus cuba menggunakan Google Adsense dan sebelum itu Mek Cah juga pernah menggunakan Innity dan telah beberapa kali mendapat bayaran darinya yang secara automatik masuk ke dalam akaun CIMB.
- Contoh Google Adsense Personal Identification Number (PIN) - From Mr Google |
Melihat nilai USD yang Mek Cah dapat hari-hari memang agak sedih jika dibandingkan otai Mek Cah iaitu bekas bos Mek Cah sendiri. Sedikit sebanyak Mek Cah belajar darinya, itu pun ilmu yang diajar hanya 20%, selebihnya Mek Cah kena lah explored sendiri. Opsss!, siapakah bekas bos Mek Cah biarlah rahsia yang penting beliau berjaya mendapat USD200 setiap hari. Kaya weh!
Itu sahaja cerita Bayaran Pertama Dari Google Adsense, apa pun setiap orang mempunyai rezeki berlainan. Jadi bersyukurlah dengan setiap apa yang kita dapat. Alhamdulillah. ◕‿◕✿