Tonton Online Kau Aku Kita

Tonton Online Kau Aku Kita | Nampaknya drama yang kini semakin meletop bersiaran di TV3 merupakan kisah yang diadaptasikan dari novel  'Kau, Aku, Kita’ karya Orkid Edyliyne telah mendapat sambutan hangat. Siapa sangka gandingan baru lakonan Syarul Ridzwan bersama Janna Nick, diarahkan oleh sutradara Azman Yahya dibawah syarikat produkti JS Pictures Sdn Bhd telah membuka mata Mek Cah untuk setia menonton drama ini tepat pada waktunya setiap hari Rabu dan Khamis, jam 9.00 malam eksklusif di slot Lestary saluran TV3.

Mesti ramai yang tercari-cari episod penuh drama Kau Aku Kita bukan?. Yang dah ada akaun tonton.my boleh lah terjah di situ. Kalau yang susah nak dapatkan akaun tonton.my apa kata terjah 'moviesinfobsyokv2'. Terdahulu, drama "Tonton Online Suamiku Encik Sotong" menjadi pilihan peminat drama.

Tonton Online Kau Aku Kita

Tonton Online Kau Aku Kita

SINOPSIS DRAMA KAU AKU KITA
Mingisahkan tentang dua karakter berkongsi nama yang sama, Iman Firdaus. Si gadis lebih senang disapa dengan nama Iman (Janna Nick) manakala si jejaka dipanggil ringkas dengan nama Aus (Syarul Ridzwan). Nama yang sama namun perwatakan mereka berbeza. Iman merupakan seorang gadis yatim piatu dan terpaksa bekerja keras bagi menyediakan keperluan adik-adiknya. Semuanya bermula kerana pinjaman lintah darat yang memporak-perandakan kehidupan Iman. Berbeza dengan Aus yang hidup serba mewah dan merupakan artis ternama yang digilai ramai. Jika iman diancam gengster kerana terpaksa melunaskan hutang, Aus pula diancam dengan para peminatnya yang ingin menjadikan dirinya sebagai pasangan kekasih.


Tonton Online Kau Aku Kita2

Lebih menarik apabila pertemuan Iman dan Aus adalah kerana mereka berkongsi nama yang sama. Iman dikejar geng lintah darat ketika dia mencari pekerjaan manakala Aus pula menyamar sebagai orang biasa bagi lari dari dunia glamornya. Penjahat yang menjerit nama ‘Iman Firdaus’ menyebabkan mereka berdua menggelabah dan berlari bersama. Kekeliruan itu menjadi detik pertemuan mereka. Apa yang pelik bagi Aus ialah Iman langsung tidak mengenalinya sebagai seorang selebriti. Jawapannya mudah kerana Iman sendiri tidak mampu mempunyai televisyen apatah lagi masa untuk menontonnya.

Dalam masa yang sama, Aus sering ditanyakan ayahnya, Dato’ Ashari Irfan seorang ahli perniagaan berjaya yang tidak tahan mendengar cerita gosip mengenai anaknya yang dikaitkan dengan ramai pelakon dan model wanita. Ayah Aus seorang yang rendah diri namun permintaannya mudah agar Aus segera menamatkan zaman bujangnya dengan sesiapa sahaja tanpa memilih pangkat dan status.

Aus tertarik dengan Iman yang tidak mengenali dirinya langsung lantas memikirkan bahawa Iman adalah jodohnya yang paling tepat. Aus dengan segera melamar Iman. Iman tidak tahu sama ada dia mampu mencintai Aus tetapi dia tahu tanggungjawabnya adalah untuk memberi kesenangan kepada adik-beradiknya. Aus berjanji untuk melangsaikan hutang Iman bagi mereka memulakan hidup baru.

Mampukah perkahwinan tanpa landasan cinta membawa mereka kepada kemanisan berumah tangga? Mampukah Iman bertahan dengan dunia glamor Aus? Adakah Aus berjaya menambat wanita polos sesuci Iman?


Episod penuh Kau Aku Kita : moviesinfobsyokv2 

Tonton Kau Aku Kita

Tonton Online Kau Aku Kita | Jangan lupa tengok tau, Mek Cah kasi 5 bintang sama seperti 'Filem Polis Evo Terbaik 2015!'. Opsss! terpegun dengan kecantikan Janna Nick yang ala korea tu. Comel sangat kan, tak perlu makeup tebal sebab kulitnya dah cantik. Syabas JS Pictures Sdn Bhd kerana berjaya menerbitkan drama Kau Aku Kita yang cukup mencuit hati ini lebih-lebih lagi menggunakan dialek Klate. Terbaik boh!

--SMS/WHATSAPP/VIBER : +6010-8931044 --

2 ulasan:

  1. pernah tgk 1 episod . best jugak.. terhibur kita haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. haha memang terhibur. xmcm Mr Perfect yg agak slow sikit. -.-'

      Padam

siapa komen, dapat bunga ♥ ^^◕‿◕✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...