RESEPI

TRAVEL

TIPS

Koleksi SMS Ucapan Selamat Hari Raya 2014

by - 9:51 PM

Koleksi SMS Ucapan Selamat Hari Raya 2014. sedar tak sedar tak lama lagi kita bakal menyambut bulan Syawal. Memang tak sah kalau tibanya Aidilfitri sms ucapan Selamat Hari Raya akan dihantar kepada saudara mara, sahabat handai dan juga orang yang tersayang. so diharap entri kali ini membantu semua mencari idea untuk di hantar kepada orang yang tersayang. Dulu suka menggunakan kad raya sebagai tanda ingatan. sekarang SMS sebagai pengganti diri sebab semuanya dah canggih sekarang. whatsapp, wechat, line semuanya ada. senang semuanya dihujung jari. Mihmih


Dapakan tutorial "cara pakai selendang dari hazanis" 
Berikut adalah koleksi ucapan SMS Hari Raya Aidilfitri terkini 2014. Selamat hari raya aidilfitri 2014 maaf zahir dan batin.

Pelita indah lagi berseri,
menjadi hiasan di aidil fitri,
SMS dikirim pengganti diri,
tanda ingatan tak layu di hati,
SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI,
MAAF ZAHIR BATIN

“Dalam bermesra mungkin terkasar bahasa,Dalam bergurau mungkin terlanjur senda, dalam berjanji mungkin ada yang belum dikota, dalam berbicara mungkin ada yang menyingung rasa. jika ada kemaafan.. itu jua lah yang dipinta.. Selamat Hari Raya..” 

"Ramadhan bakal beransur pergi, Syawal menjelma di aidilfitri, Seikhlas hati menyusun jari, memohon dimaaf kekhilafan diri, 'Salam Aidilfitri, maaf zahir batin' .."


Satu Syawal menjelang tiba,

Takbir bergema mengegarkan jiwa,
Sekiranya ada salah dan dosa,
Ampun dipinta dihari mulia.
Selamat Hari Raya maaf zahir dan batin.

"Tangan dihulur maaf dipinta,Erat hubungan sesama kita,Semoga gembira di hari yang mulia ini,Salah dan silap harap dimaaf,Selamat hari raya aidilfitri , maaf zahir dan batin."


“Lisan kadang-kadang tak terjaga, Janji kadang-kadang terabaikan, hati kadangkala berprasangka, Sikap kadangkala menyakitkan. harapan ini menjadi indah jika selalu ada maaf diantara kita. Syawal akan menjelang. Mohon Maaf zahir dan Batin” 

"Anak kucing curi ketupat, kena kejar terlompat-lompat, nak hantar kad raya dah tak sempat, hanya SMS laa yang paling cepat.. Selamat Hari Raya Aidilfitri.. maaf zahir batin”

Gemersik takbir mengundang hiba,
Salam diutus tanda ingatan,
Syawal dinanti menjelang tiba,
Salam diutus pohon kemaafan.
Maaf zahir dan batin.

Cahaya ramadam berlalu pergi,

Menyambut tibanya Aidilfitri,
Ampun maaf segala peri,
Semoga ikatan kekal dihati.
Selamat Hari Raya Maaf zahir batin.

Lebih koleksi di sini "Koleksi SMS Ucapan Selamat Hari Raya 2013". Ampun Maaf dipinta sekiranya ada salah dan silap sepanjang mek cah menulis blog. kot ada entri yang menyakitkan hati. Opsss Selamat berpuasa, selamat hari raya dan dapatkan tutorial selendang labuh dari Heliza Helmi yang boleh di gayakan di pagi syawal nanti. krikk


You May Also Like

38 kata-kata indah...

  1. macam2 kan...yg penting..selamat hari raya aidilfitri...maaf zahir batin :)

    ReplyDelete
  2. selamat hari raya mek cah . *lambat lagi nak raya . wish awal2 .

    ReplyDelete
  3. Selamat Hari Raya.. Maaf zahir batin.. :)


    Jemput Join "Segar bersama Fresh Care dan Safe Care Giveaway by EJulz" kalau belum join.. tQ

    Like page "Ejulz Blogshop" jika sudi.. Terima kasih

    ReplyDelete
  4. Alolololo comel sangat kak Hazanis niiii.. eeeeee....gerammm.. heheheh

    Selamat hari raya kak hazanis! Maaf zahir dan batin, nanti mai la ke perak ni.. beraya kat rumah ena.. eheks

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat hari raya ina.insyaallah ada rezeki berjumpa lagi kita..Aminnn.hehe(^-^)//

      Delete
  5. napok mek acah ai tu kat kb mall..nk tgur tkt..sbb knl kot ni jh..mek cah femes..tkt nk tgur..huhuuh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. la bakpo xtegur. staroo mek cah pun kata femess. um ummmm. xbest la gini.T.T

      Delete
    2. Laaa Cik Hazanis Ore kelate ツ natiii add wechat deh lau xsombong - aleh1909

      Delete
  6. Tak sabar rse nak rayaa kannn.... Selamat hari raya Hazaniss! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe banyakkn bersabar. selamat hari raya.:)

      Delete
  7. Entri kita lebih kurang sama la Hazanis. Haha.. =D


    Selamat HAri Raya Aidilfitri.. jemput mai raya dumoh deh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. jauh ganung tuh. huhu mai klate kabor2 lah.:)

      Delete
  8. Selamat hari raya semua...mohon ampun & maaf jika tersalah comend atau sebagai nye...maaf zqhir & batin...

    ReplyDelete
  9. salam. selamat hari raya dear..maaf zahir & batin :)

    ReplyDelete
  10. Kak dio,mari la jale rumah ni..hehehe..

    ReplyDelete
  11. selamat hari raya aidilfitri yang bakal menjelma beberapa hari lagi:)

    ReplyDelete
  12. comel3 :)

    selamat hari raya :)
    amal singgah sini.. moga tuan blog dipnjangkn umur dan dimurahkan rezekii.. aamiiiin

    ReplyDelete
  13. Assalamualaikum hanis. wahh comelnya..

    ReplyDelete
  14. Jom selfie sama-sama jom !
    heehhee Selamat hari raya aidilfitri nis,
    Maaf zahir dan batinnnnnnn (:
    - ahsfantasy24.com

    ReplyDelete
  15. Blog nya Cantik banget mbak,. sama kaya yg punya . . . heeeee

    ReplyDelete
  16. selamat hari raya anis..
    muachh!

    ReplyDelete
  17. Kak Anis..kite ambk 1 nah :-)

    ReplyDelete
  18. tahun ni akak tak dapat pulak ucapan suwiit2 macam ni.. orang wassap bagi kad raya jer.. ucapan pon ringkas2.. heheh.. paling canggih.. dapat kad raya elekttronik siap lagu raya...:)

    neway..selamat hari raya.. :)

    ReplyDelete
  19. Selamat hari raya Anis... dah lama sangat tak singgah kat sini.... =D.
    Moga anis berjaya!

    ReplyDelete
  20. Wah, ini solehah dah tak tengok ucapan raya dah. Solehah tengok orang yang tengah selfie tu hah. Cun2 orangnya. Kak, yang selfie dengan akak tu sape eh. Dia blogger juga kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. huhu dulu bolgger gak sekarang xaktif sgt dah. hehe .:)

      Delete

siapa komen, dapat bunga ♥