Gambar Kahwin Fizz Fairuz dan Almy Nadia
Gambar Majlis Pernikahan Fizz Fairuz Dan Almy Nadia 26 April 2014 - walaupun sudah berlalunya hari yang terindah bagi pasangan ini namun di harap masih belum terlambat untuk mengucapkan jutaan tahniah untuk pasangan ini. Akhirnya cinta mereka telah bersatu walaupun pelbagai dugaan yang terpaksa dihadapi oleh mereka. salah satunya kisah ini "Fizz Fairuz Bohong, Saya Bukan Isteri Orang – Azlyn Massiela".
Dengan itu Pelakon Fizz Fairuz sah bergelar suami kepada aktres Almy Nadia dengan sekali lafaz dalam satu majlis yang di adakan di Masjid Daerah Balik Pulau, Pulau Pinang pada petang Sabtu. Majlis akad nikah yang berlangsung kira-kira pukul 6 petang 26 April 2014 disempurnakan oleh Pendaftar Kanan Perkahwinan, Penceraian Dan Rujuk Orang Islam Negeri Pulau Pinang, Ustaz Norazli Mat, berwalikan hakim.
Pada majlis itu Fizz atau nama sebenarnya Fizz Fairuz atau nama sebenarnya Mohd Fairuz Zainal Abidin, 35, menyerahkan mas kahwin bernilai RM1001 manakala wang hantaran sebanyak RM20,000 kepada pengantin perempuan. Pihak lelaki turut memberikan sembilan dulang hantaran antaranya minyak wangi, beg tangan, sejadah, sirih junjung, kek dan cincin. Ia dibalas sebelas dulang hantaran oleh pengantin perempuan antaranya seperti sirih junjung, buah-buahan, Al-Quran, jam, kasut iPad Mini dan cincin.
Fizz melahirkan rasa syukur dengan pernikahan itu dan berharap rumah tangga mereka akan berkekalan sehingga ke akhir hayat.
"Alhamdulillah, akhirnya kami disatukan selepas pelbagai rintangan yang dilalui. "Saya harap kali ini kami dapat hidup bersama sehingga akhir hayat, InsyaAllah," katanya kepada mStar Online.
Fizz dan Almy atau nama sebenarnya Almy Nadia Aminuddin Shah, 28, telah menjalinkan hubungan cinta selama lapan tahun. Sepanjang tempoh percintaan itu mereka pernah putus dan menjalinkan hubungan semula. Dalam pada itu, Almy turut memiliki seorang anak angkat bernama Nur Afrina Darwisya, 5 - mStar online
Read more: http://rossacalla.blogspot.com/2014/04/gambar-majlis-pernikahan-fizz-fairuz.html#ixzz306gSWJvl
Mereka mempunyai peminat setia. tak percaya boleh singgah ke page ini. banyak gambar perkahwinan mereka ada di sini. sangat cantik penampilan Almy Nadia yang bertudung, busana pengantin yang cantik dan sesuai dengannya. boleh lihat entri ini "Baju pengantin 2013" sekiranya mencari busana pengantin. :)
Dua tiga kucingnya pun berlari anak,
Mana nak sama kucing naik myvi,
Cinta kuat tak gentar ombak bergolak,
Semoga kekal bahagia hingga ke akhir nanti. Amin
Apa-pun tahniah untuk mereka. Haishh lagi bersemangat nak kawin ni. Mihmih. Papaii.
13 kata-kata indah...
klu dh jodoh x kn ke mna kan..well,tahniah Almy dan Firuz.cntik baju Almy Nadia..huhuh
ReplyDeletehihi jodoh xblh nk jngka. :-)
DeleteDkt melodi kta 9 thn bcinta. Dkt yahoo mail kta umu fizz 34 amy 27.hihi mn mn jela, yg pasti taniahla bt mereka. Dah jodoh wlpn fiz nyaris da kawen dgn org len dlu.
ReplyDeleteAssalam...salam ziarah...cantiknyer almy..baju dia pun cantik..
ReplyDeletelepas ni kita doakan cik anis pulak eaa.. amin :)
tahniah utk mereka . tertunggu-tunggu turn hazanis plak ni . kekeke :D
ReplyDeletealhamdulillah, tuhan dah janji , kalaw dah jodoh tak ke mana kan ??? huhuhu ~
ReplyDeletecantiknyaaa pengantin.. apapun, selamat menempuh alam rumah tangga untuk mereka.. :3
ReplyDeleteSimple saja pernikahan mereka. Alhamdulillah...
ReplyDeleteAq mmg minat dua orang nie.
ReplyDeleteMcm drma je kisah cinta diorang.
tahniah semoga berkekalan sampai ke akhir hayat
ReplyDeletesemoga berbahagia sampai ke akhir hayat&cepat dpt ank
ReplyDeletefizz fairuz hansem dengan senyuman berlusung pipit.almy pulak cntik..
ReplyDeletehansemnya fizz fairuz
ReplyDeletesiapa komen, dapat bunga ♥