Hari ini melalui Berita Harian, wanita itu menafikan yang dia ialah isteri seorang usahawan seperti yang diberitahu oleh Fizz Fairuz kepada Harian Metro.
Azlyn, 26 dikatakan bingung dengan status dirinya, sama ada masih lagi tunangan Fizz, kerana Fizz tidak pernah memberitahunya untuk putus tunang, tidak berbincang dengan keluarganya terlebih dahulu dan tidak pernah memulangkan cincin pertunangan.
'Saya tergamam dan terus menangis, tergamak dia mengeluarkan tuduhan yang sedemikian. Pelik kerana tanpa usul periksa, dia seberani itu menjatuhkan maruah saya dan keluarga. Saya berani menyatakan, tidak pernah berkahwin sepanjang 26 tahun usia ini. Dia boleh periksa di mana-mana pejabat agama atau bertanya sendiri kepada ibu bapa perihal sebenar status diri saya. Kalau pun saya sudah punya suami selepas bernikah di sempadan, takkan emak bapa saya tidak menghalang saya berkahwin lain? Kami masih ada agama, tahu hukum hakam. Jangan jatuhkan air muka mereka dengan cerita sebegini. Andai sudah tidak lagi menyayangi, saya boleh terima kenyataan, tetapi bukan dengan cara mengaibkan orang tua saya. Emak dan ayah saya turut menangis mengenangkan apa yang dilakukannya (Fizz).'
Semakin berbelit nampaknya kisah Fizz Fairuz-Almy Nadia- Azlyn Massiela ini. Berat juga pertuduhan yang dikeluarkan oleh kedua-dua belah pihak, namun tidak dapat dipastikan siapa yang bercakap benar.
Yang nyata, Almy Nadia menyatakan awal-awal lagi yang dia tidak mahu masuk campur dalam kemelut ini. Satu tindakan yang bijak.
sumber ; BeritaHarian,BeautifulNara.com,Adam dan hawa's page
13 kata-kata indah...
salam
ReplyDeletewe know that she is innocent~ tlg la jgn sebarkan fitnah pasal kawan ako ni... dia baik orgnya.. and aku knal family die. dah2 la tuduh dia bukan2~
wassalam.
Deleteentah la, mek cah pun xnak ambik tahu pasal ni. nampak banyak permainan disini. so nak tahu jugak siapa yang mengada-ngadakan cerita. entah siapa yang betul. isnyaallah kebenaran akan terbukti.:)
ayoyo apahal plak ni. pening btl la artis skrg, dlu pasal shila dan sharnaz, skrg ni pasal ni plak. bosan nak ambik tau hal artis2 ni dh.huhu
ReplyDeletehuhu hanya mampu melihat dan tunggu kebenarannya.:)
Deletekita tungguuuuuuu ha3
ReplyDeleteyeah!. hehe
Deleteaiyaarrrkkkk apa sudah jadi ni?? sebab tu ena ni malas nak masuk campur dalam dunia artis ni.. lantaklah dorang nak buat apa.. kalau kita ni ckp bukan2, kita yg berdosa sebab bersubahat menuduh org lain
ReplyDeletemcm2, sgt membelitkn.... tp kesian sgt kt almy lah
ReplyDeletemacam2 la dunia artis ni....
ReplyDeletemacam-macamlah,,tak tahu dah siapa betul siapa salah..kita tunggu kisah seterusnya, yang benar akan terbukti kelakkk.. :)
ReplyDeletehttp://pinkbubblegumprincess.blogspot.com/
kehidupan yg penuh dgn pura2..tak tau sape yg betul sape yg salah..
ReplyDeletegrab pop corn and lets watch a sinetron...nom nom nom
ReplyDeletep/s; wait and see jekk
hadui.. kenapeee lah.. kan lebih baik diorang settle bagus2... ini, smpai satu malaysia tahuu.. :p
ReplyDeletesiapa komen, dapat bunga ♥