Assalamualaikum cinta. :)
Kali pertama menjejakkan kaki setelah lama mengidam nak ke sana. Alhamdulillah akhirnya sampai juga dan dapat melihat keistimewaan yang terdapat di The Mines, Seri Kembangan. Part yang paling istimewa bangunan The Mines yang dibina ada tasik/sungai dalam tu. *haishh betul ke idok ni*. Tak pe, nanti korang Google eh The Mines ni rupanya macam mana. ^^
Malah disediakan perkhidmatan bot untuk para pengunjung untuk merasai bersiar-siar dengan bot didalam ataupun di luar The Mines so korang boleh je pusing-pusing sekitar resort The Mines. Kalau korang pergi sana boleh la tengok-tengok pakej yang mereka sediakan.
hari tu tak sempat nak naik bot sebab perkhidmatan tergendala sebab hujan lebat sangat. huhu lagipun agak mahal kot pakej untuk pusing-pusing The Mine Resort..So alang-alang dah sampai pusing-pusing 1 mall dan mek cah boleh komen yang memang best lah The Mines, Seri Kembangan ni. semua golongan boleh datang sini sebab kemudahan banyak yang disediakan.
Yang paling penting terdapat dress, dan barangan lain yang dijual dengan harga yang berpatutan. Makanan pun boleh tahan sedap dan harganya pun boleh tahan la. Kebetulan ke sana masa bersempena krismas dimana terdapat satu pokok krismas yang dibina besar sangat + pink gituw.:)
Di The Mines, Seri Kembangan ni banyak pilihan dress, skirt, serta fesyen terkini. Dulu pernah ke IKEA di entri "IKEA : Mini explorace", tapi hanya untuk bergambar tapi tak sesuai untuk shopping. hehe yang pasti the mines, ikea, time square , the curve sama hebat dimata mek cah.
- IKEA : Perkara normal
- The Curve : hanya ini yang mampu
- Berdating di IKEA & the Curve - Part 2
- Berdating di IKEA & the Curve - Part 1
- Times Square #1: Dating dan shopping
Alang-alang dah sampai posing sampai penat dan nasib baik nafsu untuk membeli masih bertahan. hikss simpan duit nak ke Time Squares pulop lepas di The Mines. Bersnap dalam keletihan, tapi tetap bersemangat nak ke TS selepas tu. hehe kaki berjalan, badan yang seksa. *poyo punya ayat*. Alhamdulillah dah merasa ke sana sekarang kedestinasi lain pula. ^^
Thanks for reading.
Nota kecil: Picha selain picha mek cah credit untuk Google tau *terpaksa cilok*, masa hari tu tak sempat nak snap. hehe sempat snap tuan di je. Lolzz suka tengok barang-barang kat TM terutamanya dress tapi tak boleh lawan benda INI lagi. =.='







