Assalamualaikum Cinta.
Alhamdulillah, hari ini masih diberi kesempatan untuk berkongsi tutorial pakai bawal satin. Memandangkan keyword yang menerjah ke blog Mek Cah semalam ialah 'bawal satin tutorial' seharusnya Mek Cah mengambil kesempatan ini dengan berkongsi tutorial ini dengan semua. Sekurangnya dapat juga pahala jika wanita diluar sana jadikan maklumat ini untuk mereka jalankan tangungjawab mereka sebagai muslimah, tetapi harus di ingat pakai tudung haruslah menutupi bahagian dada seperti 'Fesyen cara pemakaian selendang'.
Mek Cah memang jarang pakai tudung bawal kerana sebelum ini lebih suka pakai selendang namun sejak akhir-akhir ini mood nak bergaya pakai selendang sudah kelaut. Jadi tudung satin hitam menjadi pilihan. Cepat dan mudah! Mek Cah dah cuba guna tutorial pakai bawal satin ini kira okay la husband puji cantik dan lain dari yang lain. Yang penting dia sentiasa menegur Mek Cah menutup bahagian dada. Aummm sawittt betul husband kiteeee. :P
Inilah cara penggayaan tudung bawal satin supaya nampak penuh style dan menarik. Untuk lebih mudah apa kata cuba 'Cara Pakai Tudung Bawal Labuh Jadi Selendang' ini juga.
![]() |
Credit to Mr Google |
![]() |
Credit to Mr Google |
Semoga perkongsian ini dapat membantu korang bergaya lebih-lebih lagi raya haji dah nak dekat. Pasti golongan wanita tengah kepeningan dalam memilih corak tudung dan style tudung yang boleh digayakan pada Aidiladha nanti. Apa kata godek-godek 'Jubah Raya Terbaru 2015' kot ada yang berkenan. Opssss papai.