Review Viola Beauty Secret Menghilangkan Jerawat

Viola Beauty Secret Menghilangkan Jerawat | Untuk menghilangkan masalah kulit muka berjerawat dan masalah kulit yang lain seperti berjeragat, berminyak, kulit muka tidak sekata kini Mek Cah sarankan korang menggunakan Viola Beauty Secret yang semakin meletop di pasaran dan tiada kesan sampingan seperti pengelupasan dan rasa perit sepanjang proses rawatan. 

Viola Beauty Secret Menghilangkan Jerawat

Viola Beauty Secret yang tampil dengan set lengkap day cream, night cream, cleanser diperbuat daripada bahan semulajadi terbaik dari MOROCCO seperti ARGAN OIL, APPLE STEM CELL, OLIVE OIL, BEARBERRY, COLLAGEN, PEPPERMINT OIL, serta EKSTRAK ALOE VERA, ROYAL JELLY, dan juga kaya dengan VITAMIN C, B5 & E terbukti mampu merawat masalah kulit muka yang di alami golongan wanita mahupun lelaki.

pengguna Viola Beauty Secret

KULIT JADI CANTIK, CERAH, GEBU, LICIN DAN BERSERI SETIAP KALI BANGUN DARI TIDUR!

Antara kelebihan Viola Beauty Secret Skincare :
  • Menghilangkan jerawat
  • Menghilangkan jeragatMenyekatakan toner kulit yang tidak sekata
  • Mencerahkan kulit wajah
  • Menghilangkan blackhead dan whitehead
  • Menghilangkan parut akibat jerawat dan jeragat
  • Mengurangkan pigmentasi
  • Mengawal masalah jeragat
  • Mampu mengurangkan garis-garis halus atau kedut pada wajah
  • Kulit kelihatan satu tona lebih cerah
  • Kulit kelihatan lebih kemerahan secara semulajadi dan berseri-seri
  • Mengurangkan bintik-bintik hitam dan sel mati pada kulit
  • Mengurangkan masalah kulit berminyak pada kulit muka
  • Mengurangkan kedut muka, eyebag, dark circles
  • Kulit akan kelihatan lebih Flawless , Glowing , Sihat , Anjal , Bersih

review Viola Beauty Secret

CARA PENGGUNAAN VIOLA REFRESHING CLEANSER : 
  • Basahkan sedikit muka dan tangan.
  • Picitkan cleanser pada tapak tangan (hanya sekali picit sudah memadai)
  • Gosokkan kedua belah tangan secara mendatar bagi menghasilkn sedikit buih (jangan gosok dalam keadaan menegak, kerana sabun bebentuk gel dan licin, ini akan menyebabkan ia terjatuh)
  • Sabunlah di seluruh bahagian wajah anda dengan perlahan-lahan. Kemudian cuci sebersihnya dan keringkan muka dengan towel.
  • NOTA PENTING: Sabun wajah yang mempunyai buih yang banyak akan mengeringkan kulit sekaligus mengurangkan kelembapan asal kulit wajah.

review Viola Beauty Secret

CARA PENGGUNAAN UV CREAM WITH SPF50++ :
  • Kegunaan pada waktu siang, pastikan memakainya sebelum keluar rumah.
  • Sapukan pada keseluruhan wajah dengan rata, SPF50++ akan kulit anda daripada pancaran matahari menembusi kulit anda.
  • Boleh juga dipakai ketika dirumah untuk merawat masalah dan memelihara kulit.

review Viola Beauty Secret

CARA PENGGUNAAN MULTI ACTIVE NIGHT CREAM :
  • Amalkan pemakaian sebelum tidur.
  • Setelah bersihkan wajah dengan Refreshing Cleanser, keringkan wajah dan sapu lah pada keseluruhan wajah dengan rata, kerana ia akan membantu merawat kulit wajah ketika anda sedang tidur.
  • NOTA PENTING : Ia juga boleh bertindak mematikan jerawat dan mengeringkan jerawat yg aktif dengan cepat. Selesai sapu pada keseluruhan wajah, titikkan sedikit pada bahagian jerawat anda sebelum tidur mahu pun waktu siang selepas memakai UV Cream.
Viola beauty secret telahpun mendapat kelulusan daripada KKM dan disahkan selamat malah 100% natural. Segala ramuan yang digunakan berasal daripada sumber semulajadi dan segala proses pembuatan produk viola beauty secret dipantau ketat dan di bawah kawalan dan standard ISO yang telah ditetapkan.

Antara testimoni pengguna Viola Beauty Secret :
testimoni Viola Beauty Secret

testimoni Viola Beauty Secret

testimoni Viola Beauty Secret

testimoni Viola Beauty Secret

testimoni Viola Beauty Secret

testimoni Viola Beauty Secret

Selain itu dengan munculnya ribuan testimoni pengguna Viola Beauty Secret korang tidak perlu was-was lagi untuk menggunakannya. Harga yang berpatutan hanya RM 79.00 (SM) dan RM 85.00 (SS). 

Website : violabeauty.com.my | Facebook : viola_beautysecret-HQ | Instagram : viola_beautysecret | Hotline : 011-3506 2344 atau 0111 4333 437

Review Advance Perfect Serum Argan Oil

Tsunami serum yang diperbuat dari argan oil telah melanda di seluruh Malaysia dimana kebaikan produk ini telah diakui ramai yang mampu menyelesaikan masalah kulit muka, masalah rambut gugur, merawat kuku malah turut menjadi anti penuaan yang bersesuaian kepada semua peringkat umur. Kali pertama mencuba Advance Perfect Serum Argan Oil  ini sudah tentu bangun keesokannya kulit muka jadi lembut seperti kulit baby. Argh! bestnya.


Semoga pemakaian yang berterusan mampu mengatasi masalah parut jerawat dan jeragat. Dah tak sabar nak cantik macam kawan Mek Cah iaitu @makcik_arganoil yang kini menjadi pengedar produk terhangat dipasaran ini. Cemburu melihat kulit wajah Cah yang kini semakin cantik dan bebas masalah kulit muka. Bukan hanya munculnya testimoni dari Cah tetapi wujud testimoni dari pengguna setia yang lain. 

kelebihan minyak argan oil

[KEAJAIBAN ARGAN OIL]
Jika anda ingin kelihatan cantik tetapi tidak mahukan sesuatu yang ada kesan sampingan, produk Argan Oil adalah pilihan yang tepat. Kami memberikan anda 100% minyak semulajadi yang dapat memberikan kelembutan dan kelembapan berpanjangan pada kulit anda. Rugi anda tak cuba!

testimoni Advance Perfect Serum Argan Oil

testimoni Advance Perfect Serum Argan Oil

Minyak Argan adalah sejenis minyak yang dihasilkan dari buah pohon Argan (spesis pokok yang dilindungi di dunia) yang hanya tumbuh di Maghribi (Morocco).Argan oil sangat terkenal sebagai bahan premium dalam pembuatan kosmetik dan perusahan ubat-ubatan. Argan oil mempunyai 200% lebih kaya dengan vitamin E berbanding minyak zaitun. 


Berikut merupakan kelebihan Argan Oil:

1. Minyak Argan kaya dengan vitamin E dan penggunaan setiap hari mampu menghasilkan kulit yang lebih tegang, halus dan tampak muda
2. Berfungsi sebagai pelembap semulajadi kepada kulit kerana mengandungi asid lemal dan sterol, sangat mudah diserap oleh kulit tanpa rasa berminyak
3. Menutrisi kulit dan menjaga kulit agar tidak kering kerana mengandungi triterpenoids yang efektif yang melindungi dari kekotoran dan sengatan sinar UV
4. Merawat kulit kepala agar rambut tumbuh lebat, kuat dan sihat
5. Merperkuatkan kuku, mengatasi masalah kuku yang rapuh dan mudah rosak
6. Mengatasi masalah bintik hitam, parut luka atau jerawat
7. Menghilangkan selulit/ Stretch mark selepas melahirkan dengan pemakaian Argan oil secara rutin

Berminat untuk mencuba? Jom dapatkan produk ini sekarang yang dijamin berkesan. Satt lagi tak perlu pakai krim malam dah. Opsss!

Whatsapp@Msg 0145090566 - Cah | Cod area Kuala Lumpur, Shah Alam, Klang
Instagram : @makcik_arganoil @makcik_arganoil @makcik_arganoil

Review PNB Perdana Hotel Kuala Lumpur

Sekitar awal bulan Ogos 2015 yang lepas Mek Cah berkesempatan menginap di PNB Perdana Hotel Kuala Lumpur. Punca Mek Cah berkesempatan menginap di sana ialah teman hubby kursus. Dah la selama seminggu jadi pengalaman dari segi perkhidmatan kemas bilik, makanan, dan layanan, parking semua Mek Cah dapat rasai dalam tempoh seminggu. Sangat berbeza dengan 'Hotel Murah di Kuala Lumpur' iaitu Hotel Sentral Kuala Lumpur. Apa pun setiap hotel mempunyai service berlainan. 

reviewn pnb perdana hotel

peta pnb perdana hotel

Yang penting Mek Cah tak rasa bosan langsung apabila hubby keluar kursus di Doubletree by Hilton Hotel Kuala Lumpur. Mula-mula hubby decide nak menginap di hotel tersebut tapi company hubby tak luluskan jadi kami memilih PNB Perdana Hotel Kuala Lumpur yang hanya berjalan kaki 10 minit ke tempat kursus. 

foto PNB Perdana Hotel Kuala Lumpur

hotel murah di kuala lumpur

Yang ni Mek Cah punya!
Pengalaman indah ketika menginap disana ialah dapat merasai sarapan pagi di puncak menara PNB Perdana Hotel Kuala Lumpur. Keindahan kota dapat dilihat dari puncak menara dan ianya rezeki kami kerana hari terakhir dapat bersarapan pagi disana memandangkan restoran di tingkat bawah ramai orang dan pekerjanya cadangkan kami bersarapan pagi di tingkat atas. Yang penting selama seminggu sarapan pagi kami adalah percuma. Terlalu banyak pilihan makanan sehingga kami tak pernah skip bersarapan. 

Hari ketiga kami baru berpeluang melawat kawasan hotel dan kononnya ingin bersauna bersama tup tup sunyi sangat dan rasa takut jadi kami cuma berehat cuci mata ditepi swimming pool.

facilities in pnb perdana hotel

facilities in pnb perdana hotel

Lokasi strategik berdekatan dengan Ampang Park cuma jalan kaki 4 minit ke sana dan train pun senang. Hanya naik LRT kami dapat sampai ke Masjid India dalam beberapa minit, dari menghadap jem baik kami naik LRT sahaja. Lol!

Bilik tidur kami di PNB Perdana Hotel selama seminggu 

10Binjai Restaurant



Jadi kepada yang mempunyai bajet lebih boleh la merasai suasana sebenar menginap disini. Yang penting perkhimatan mereka terbaik dan pasti korang akan teruja dengan juadah sarapan pagi yang terlalu banyak pilihan. Sekarang Mek Cah dan hubby dan tak sabar terbang ke Bandung pula pada 26 Ogos ini. Rindunya Bandung dan semestinya Mek Cah study lagi tentang 'Tips bercuti ke Bandung'. 

Okay jom sambung berangan berada di Tangkuban Parahu, Strawberry land, Floating Market, De' Ranch dan bla blaaaa. Papai. 

Resepi Pisang Goreng Rangup Sedap

Assalamualaikum cinta.

Resepi Pisang Goreng Rangup Sedap | Memandangkan sekarang dah jadi isteri kepada Mr Ahmad Najdan Naseri kini haruslah rajin memasak dan bersedia untuk belajar walaupun sebelum ini jarang kedapur. Walaupun jarang memasak sebelum ini Mek Cah berjaya kongsi 'Resepi Nasi Ayam' yang kini mendapat sambutan bagi pengguna Mr Google. Sebenarnya sebelum kahwin lagi husband Mek Cah suka memasak dan antara dia dan Mek Cah dia lah yang lebih pakar dan memasak sedap. Untuk jalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri haruslah Mek Cah bersedia belajar memasak, Mr Google kan ada. Ahakss! 

resepi pisang goreng rangup

Kali ini Mek Cah ingin berkongsi  Resepi Pisang Goreng Rangup Sedap. Resepi ini unik sebab guna tepung buatan sendiri yang terlajak mudah dan cepat. Lagipun tepung buatan sendiri lebih jimat, dah la tepung pisang goreng mahal di pasaran. Resepi pisang goreng ini memang menjadi tetapi ada part yang Mek Cah ubah iaitu tukar marjerin dengan sedikit minyak, kebetulan stock marjerin di dapur tiada. 

resepi pisang goreng rangup sedap

Bahan-bahan untuk membuat Pisang Goreng Rangup Sedap :
  • 2 cawan tepung beras
  • 2 cawan tepung gandum
  • 5 sudu besar santan (santan kotak)
  • 1/2 sudu besar baking powder (jenama Royal)
  • 1/2 sudu besar garam
  • 1/2 sudu kecil serbuk kunyit (pewarna)
  • 1 biji telur
* air secukupnya
* 2 sudu besar marjerin - dipanaskan hingga cair dan disejukkan.

Cara-cara penyediaan :
1. Satukan semua bahan kecuali air dan marjerin cair.
2. Masukkan air sedikit demi sedikit hingga adunan agak pekat 
3. Masukkan marjerin cair juga gaul dengan tangan. (kesemua bahan Mek Cah blend je)
4. celup pisang dan goreng dalam minyak yang panas.

*adunan ini sesuai digunakan untuk menggoreng cendawan, keledek, cempedak, roti, tempe dan lain-lain lagi

Selamat mencuba, lebih sedap dimakan panas-panas bersama aiskrim vanilla coklat. Alhamdulillah, husband puji sedap dan berbaloi balik lunch di rumah. Ihikss

Sinopsis Suami Aku Ustaz

Sinopsis Suami Aku Ustaz

Tonton Online Suami Aku Ustaz Full Movie


Sebenarnya dah lama tak layan movie terkini, kalau sebelum ini sempat meluangkan masa menonton 'Suamiku Encik Perfect 10 Full Movie Download' kini Mek Cah teruja untuk tonton online filem 'Suami Aku Ustaz'. Khabarnya filem ini sangat menarik selain pelakon kesukaan Nora Danish menjadi peneraju utama dalam drama ini. Lebih manis bertudung dan menjadi gadis kampung. Jom menutup aurat dengan sempurna 'Cara Pakai Tudung Bawal Labuh Jadi Selendang'. Eceh!

Tonton Suami Aku Ustaz Full Movie

Sinopsis Suami Aku Ustaz Full Movie! 

Alisa (Nora Danish) dipaksa bernikah dengan sepupunya merangkap guru agama di sekolah menengahnya iaitu Ustaz Hafiz (Adi Putra) apabila ibu bapanya ingin mengerjakan haji. Hanya kepada Ustaz Hafiz sahaja tanggungjawab dan kepercayaan yang diberi untuk menjaga Alisa sepanjang mereka di Mekah. Dilema bermula setelah mereka berkahwin apabila Alisa perlu menyembunyikan statusnya di sekolah daripada diketahui oleh orang lain termasuk rakan baiknya sendiri, Wati (Betty Rahmad) dan Johan (Izzue Islam). Dalam dilema dan perbezaan usia yang ketara, Alisa juga terpaksa berdepan dengan pelbagai konflik untuk menerima Ustaz Hafiz sebagai suaminya. Apa terjadi setelah rahsia status Alisa dengan Ustaz Hafiz terbongkar? Akan wujudkah cinta Alisa buat suaminya dan bertahankankah jodoh mereka berdua?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...