RESEPI

TRAVEL

TIPS

Sinopsis Suami Aku Ustaz

by - 12:43 PM

Sinopsis Suami Aku Ustaz

Tonton Online Suami Aku Ustaz Full Movie


Sebenarnya dah lama tak layan movie terkini, kalau sebelum ini sempat meluangkan masa menonton 'Suamiku Encik Perfect 10 Full Movie Download' kini Mek Cah teruja untuk tonton online filem 'Suami Aku Ustaz'. Khabarnya filem ini sangat menarik selain pelakon kesukaan Nora Danish menjadi peneraju utama dalam drama ini. Lebih manis bertudung dan menjadi gadis kampung. Jom menutup aurat dengan sempurna 'Cara Pakai Tudung Bawal Labuh Jadi Selendang'. Eceh!

Tonton Suami Aku Ustaz Full Movie

Sinopsis Suami Aku Ustaz Full Movie! 

Alisa (Nora Danish) dipaksa bernikah dengan sepupunya merangkap guru agama di sekolah menengahnya iaitu Ustaz Hafiz (Adi Putra) apabila ibu bapanya ingin mengerjakan haji. Hanya kepada Ustaz Hafiz sahaja tanggungjawab dan kepercayaan yang diberi untuk menjaga Alisa sepanjang mereka di Mekah. Dilema bermula setelah mereka berkahwin apabila Alisa perlu menyembunyikan statusnya di sekolah daripada diketahui oleh orang lain termasuk rakan baiknya sendiri, Wati (Betty Rahmad) dan Johan (Izzue Islam). Dalam dilema dan perbezaan usia yang ketara, Alisa juga terpaksa berdepan dengan pelbagai konflik untuk menerima Ustaz Hafiz sebagai suaminya. Apa terjadi setelah rahsia status Alisa dengan Ustaz Hafiz terbongkar? Akan wujudkah cinta Alisa buat suaminya dan bertahankankah jodoh mereka berdua?

You May Also Like

4 kata-kata indah...

siapa komen, dapat bunga ♥