RESEPI

TRAVEL

TIPS

Hotel Murah di Kuala Lumpur

by - 2:29 AM

Assalamualaikum cinta.

Hotel murah di Kuala Lumpur sentiasa menjadi pilihan buat manusia seperti mek cah ni. Fly ke Kuala Lumpur atas urusan kerja. bermalam sehari dua pun dah cukup. tetapi pemilihan hotel untuk bermalam haruslah dititikberatkan bagi keselamatan diri memandangkan mek cah ni gadis remaja gitu! belum kawin lak tu! Muahaha.


Baru-baru ni mek cah ke Kuala Lumpur selama 3 hari 2 malam, tetapi pemilihan Hotel Sentral Kuala Lumpur dibuat saat akhir. Kepala pening nak membuat pilihan untuk bermalam dimana. Akhirnya Hotel Sentral Kuala Lumpur menjadi pilihan, dengan itu mek cah meminta bantuan Mr. NN untuk booking hotel untuk mek cah dan adik. Alhamdulillah terima kasih atas bantuannya kerana booking hotel ni rumit sikit sebab memerlukan card credit. Ngee Mek cah mana pakai card credit, debit card boleh la. lolzz sebelum ini mek cah menginap di Areena Star Hotel di kawasan berdekatan Masjid India. memang berpuas hati sangat, ada kesempatan mek cah update yer. Lagi satu kepada yang nak ke Kuala Terengganu dan mencari hotel yang sesuai mengikut budget boleh lihat entri ini "Hotel Murah di Kuala Terengganu" & "Hotel Sumai : Hotel Apartment Murah". Insyaallah entri ini "Tempat menarik di Kuala Terengganu" juga mungkin dapat membantu untuk korang bercuti nanti.


Hotel Sentral Kuala Lumpur
No 30, Jalan Thambypillai, 
Brickfields 50470, 
Kuala Lumpur, Malaysia

Tel No: +603-2272-6000 
Fax No: +603-2272-6099

Enquiry/Reservation Email:groupreservation@hotelsentral.com.my
Coordinate: 3.132089,101.688330



Hotel Murah di Kuala Lumpur - Hotel memainkan peranan penting bagi memastikan tahap keselesaan semasa travel. masa mula-mula dapat bilik rasa nak melompat-lompat atas katil sebab semua kelengkapan sangat cukup, lagi satu dapat menghadap monorail .Wink! rasa malas nak kuar dari bilik tetapi rugi membazir masa di Kuala Lumpur kalau tak keluar jalan-jalan kan.:)

Facilities For Your Total Comfort!
  • Non Smoking Floor
  • Room Service
  • Laundry & Dry Cleaning
  • Physically Challenged Guest Facilities
  • 24 Hours Security
  • Extra Bed & Baby Cot
  • Tour Desk Services
  • Covered Car Park
Apa yang kurang di pandangan mata mek cah ialah kawasan hotel ini dikira kawasan hitam kerana dipenuhi mamat-mamat india, bahaya kot kalau malam-malam jalan-jalan disini. sebab tu bila je waktu malam mek cah dan adik stay je kat bilik menikmati susana bilik yang romantik gituh!. hehe tapi awas?? kerana dekat hotel ini menyediakan arakk, so jangan terjebak sudah yer!


Jalan Thambypillai, Brickfields ini orang kata bahaya sebab banyak kes jenayah disini, seram tau bila masa nak check in kelihatan ramai mamat india disini. Kalau mak mek cah tahu mati la kena marah. Tapi yang best park guard kat situ sangat membantu contohnya kalau bawa banyak barang ia akan membantu tau bukan tengok sahaja. hehe berada di Hotel Sentral Kuala Lumpur memudahkan mek cah kemana-mana sahaja kerana berdekatan dengan stesen KL Sentral, monorail, teksi. semua pengangkutan ada. hanya 4 minit berjalan kaki akan jumpa monorail! senang nak ke Times Square untuk shopping. (memori :Times Square #1: Dating dan shopping)


Bertempat dengan baik di daerah Sentral Kuala Lumpur dengan stesen monorel di depan pintu, hotel ini memiliki Wi-Fi percuma dan bilik-bilik dengan TV skrin rata. Terletak 3 km dari Central Market dan Pusat Membeli-belah Mid Valley, Hotel Sentral Kuala Lumpur sekitar 35-minit dengan keretapi dari Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA). Bilik-bilik moden di Hotel Sentral dilengkapi dengan penghawa dingin serta peti keselamatan. Bilik mandi peribadi dilengkapi dengan alat pengering rambut. Selain peralatan membuat kopi dan teh, air botol percuma juga disediakan.Untuk kedua-dua hidangan tempatan dan antarabangsa, para tetamu boleh menjamu selera di Starmint Coffee House di hotel. Perkhidmatan bilik ada disediakan. Sebagai alternatif, mereka boleh menikmati koktel di Sentro Lounge.Hotel Sentral di Kuala Lumpur menyediakan pusat perniagaan dan tempat meletak kereta percuma. Aturan lawatan boleh dibuat di meja tempahan lawatan di hotel.- http://www.booking.com/hotel/my/sentral-kuala-lumpur.ms.html


Hotel Murah di Kuala Lumpur - So kalau ramai-ramai mek cah suggest korang stay kat sini, sebab senang nak gerak mana-mana, lagi satu kebersihan tip top, staff friendly, facilities semua terbaik!. Harga??boleh semak di booking.com! Okay papai Hotel Sentral Kuala Lumpur, Insyaallah ketemu lagi kita.oh yaa! mek cah guna "Review : Oppo R1" untuk semua pic ni kecuali pic dari Mr. Google.

Thanks for reading! 

You May Also Like

27 kata-kata indah...

  1. Perghhh cantik gilaaaaa bilik hotel niii... selama ni ena tak tahu pun wujudnya hotel ni,...

    ReplyDelete
    Replies
    1. huhu xpe, lain kali boleh stay kat sini.:)

      Delete
  2. ok noted . kalau perlu boleh la stay sini nanti

    ReplyDelete
  3. kak hazanis comeyy ^^
    suka tgk !

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum hazanis. bahayanya.. korang berdua je check in hotel? sheila is tak berani okey. hahahha tapi lawa dan selesa, kira oraits la kan... hehehee tu adik awak ke? comel lah korang berduaaa~~~

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam. aah berdua dengan adik. mmg takut tapi harus berani. apa pun nis suka bilik diorng. selesa sangat. hehe :))

      Delete
  5. Wehhh..bestnya.Kak nis comel la..kriukkriuk.

    ReplyDelete
  6. satu kelemahan hotel ni terletak di kawasan agak bahaya,
    terutama bila malam.
    mmg kena hati2 bila kuar malam.
    blik tido mmg cukup perfect.
    shark stay disini untuk even SBB2014 baru2 ni.

    ReplyDelete
  7. nice sharing.. nanti bile datang kl boleh la tempah hotel ni.

    ReplyDelete
  8. Nice info.. selalu kalau pi KL tido rumah member je wakaka

    Jom Terjah : Buffet Ramadhan Casa Ombak :)


    ReplyDelete
  9. Cantik tempat ini. harganya juga berpatutan.

    ReplyDelete
  10. adek beradik muka lebih kurang sama aje. hehe

    seriusnya, memang banyak gak hotel murah-murah kat kl nih.

    ReplyDelete

siapa komen, dapat bunga ♥