RESEPI

TRAVEL

TIPS

Gambar perkahwinan Diana Amir dan Muhammad Habib Bullah

by - 9:20 AM

Assalamualaikum cinta.

Tahniah, tahniah, tahniah kepada Diana Amir dan pasangan kerana selamat sah bergelar pasangan suami isteri. Ya Allah sungguh sepadan mereka berdua. Diana Amir kelihatan jelita dengan imej yang menutup aurat manakala Muhammad Habib Bullah kelihatan segak bergaya, hensem pulak tu. Eceh! teringat entri ini "Diana Amir Rahsiakan Pertunangan". sekarang mereka dah bersatu. :)



Diana Amir telah selamat bergelar isteri kepada Mohd Habib Bullah A. Rahman dengan sekali lafaz dalam satu majlis sederhana tetapi meriah yang diadakan di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Presint 3, Putrajaya. 

Akad nikah telah disempurnakan oleh Imam Besar masjid tersebut iaitu Hazaruddin Baharuddin. Pengantin perempuan diwalikan oleh bapa sendiri, iaitu Amir Hashim Mohd Kassim. 



Pasangan yang mengenakan busana indah hasil rekaan dan tajaan Ezuwan Ismail ini selamat diijab kabulkan dengan sekali lafaz tepat jam 9.30 malam. 

Sebelum berlangsungnya majlis ijab dan qabul, terlebih dahulu berlangsung satu majlis doa selamat, khatam Al-Quran dan berinai di Wisma Metrowealth. 

Pihak perempuan menerima hantaran berupa senaskah al-Quran, sebentuk cincin emas dengan mas kahwin RM 1,000. 



Tak puas tengok gambar perkahwinan mereka kerana Diana Amir sungguh cantik sekali. Busana pengantinnya sangat cantik. macam baju pengantin yang ni jer. hihi "Baju pengantin 2013". pernah sekali dapat jumpa Diana Amir depan-depan, masa tu sungguh ayu dan cantik. tidak sangka Diana Amir yang dulu telah berubah dengan imej wanita muslimah yang menjadi ikon kepada remaja muslimah kini. Alhamdulillah, syukur dengan perubahan yang dilakukan Diana Amir. ok dulu suka sangat tengok Diana Amir pakai tudung style ni "Cara pakai selendang seperti Diana Amir". 



Apa pun tahniah untuk mereka. boleh terjah entri ini juga "Busana pengantin edisi peplum", "Busana pengantin dan tunang", "Photobooth Untuk Majlis Perkahwinan", kalau anda pun rasa nak kawin. lolzz terima kasih. Picture credit to : Instagram Diana Amir. xoxo 

You May Also Like

15 kata-kata indah...

  1. sungguh cantik..pasangan yg sepadan..hehe..mekcah bila lagi??:P

    ReplyDelete
  2. Cantiknya Diana Amir, padan mereka berdua.

    ReplyDelete
  3. cantik sgt diana amir.. moga mereka berkekalan hingga ke syurga.. :)

    ReplyDelete
  4. suka pasangan ni, sama cantik sama padan :)

    ReplyDelete
  5. indah nya ciptaan tuhan . huhu . cantik sokmo dehh .

    ReplyDelete
  6. indanya ciptaan tuhan . cantik sokmo dehh

    ReplyDelete
  7. Diana Amir sangat cantik selepas bertudung litup.

    ReplyDelete
  8. Sweet sangat kan diorang ni..
    Moga kekal selamanya :D

    ReplyDelete

siapa komen, dapat bunga ♥