Fesyen Baju Tunang 2017

Fesyen Baju Tunang 2017 | Persiapan untuk majlis pertunangan dan perkahwinan memang memenatkan, banyak perkara yang perlu difikirkan. Kalau ajak kahwin sekali lagi sumpah tak mahu dah. Alhamdulillah Mek Cah tak bertunang pun tapi terus merisik dan kahwin. Persiapan untuk kahwin cuma ada masa 2 bulan sahaja dari tarikh merisik. Dulu memang gedik sangat update entri dengan tajuk 'Busana pengantin dan tunang' kononnya nak baju pengantin macam tu tuptup pakai je yang mana ada means pakai je baju yang pihak butik pengantin sediakan. Alhamdulillah kerana 'Tips Merisik Mengikut Ajaran Islam' , telah banyak membantu melancarkan majlis merisik Mek Cah Mei 2015. Okay kali Mek Cah nak share Fesyen Baju Tunang yang mungkin boleh menjadi idea untuk mereka yang bakal melangsungkan majlis pertunangan. Kalau bertunang perlu simple-simple je, tapi zaman sekarang dah jadi trend bertunang dah macam majlis kahwin. Lagi-lagi golongan artis, maka ramai lah golongan kita ni terpengaruh dengan mereka termasuk lah dengan Mek Cah. Tapi awal-awal perlu fikir ukur baju dibadan sendiri. Lolzzzz

Fesyen Baju Tunang 2017
Fesyen Baju Tunang Hanis Zalikha
Fesyen Baju Tunang 2017
Fesyen Baju Tunang 2017
Untuk majlis pertunangan biasa ada yang pakai warna putih melambangkan kesucian gitewww. Kalau majlis akad nikah pun biasa orang pakai putih jugak. Untuk warna-warna lain memang jarang jumpa. Oh ya nak kahwin tu dah ada idea untuk pelamin nanti? Kalau belum ada idea mohon cuci mata di artikel ini  tau 'Inspirasi Pelamin Terkini', fuh memang cantik!. Kalau untuk majlis pertunangan wajib tengok mini pelamin yang comel ni. Sumpah lawa nakmatey. 
 
Fesyen Baju Tunang 2017
Fesyen Baju Tunang 2017
Fesyen Baju Tunang
Warna macam ni pun menarik, rekaan baju yang simple tapi nampak menyerlahkan keayuan. Baju ni pun boleh buat raya. Haaaaa kalau nak kahwin musim raya tu masa ni lah boleh berjimat, buat baju raya dan baju tunang. Zaman ekonomi yang tak stabil ni kena bijak berbelanja, haaa giteww!

Fesyen Baju Tunang 2017
Fesyen Baju Tunang
Nah Mek Cah kongsikan "Inspirasi Handbouquet Di Hari Perkahwinan', itulah satu-satunya gambar kahwin yang dikongsikan dalam blog.  Yang Mek Cah punya jimat RM50 sahaja, lagipun bunga fresh ni cepat layu. Muehehe memang nak jimat sangat sebab orang lain punya mungkin beratus. Selamat bertunang mana yang bakal bertunang, jaga hubungan baik-baik tau. Jangan nak  gaduh-gaduh manja sangat masa bertunang ni. Bertunang pun jangan lama-lama nanti banyak pula dugaan yang datang. Chewah!

SMS/WHATSAPP: +6010-8931044

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

siapa komen, dapat bunga ♥ ^^◕‿◕✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...