Inai Homemade Viral!

Inai Homemade | Assalamualaikum. Sekarang nak jumpa pokok inai daun tersangat susah memandangkan tak ramai yang tanam pokok inai daun. Kalau dulu-dulu pokok inai daun senang nak jumpa. Bagi yang kempunan nak pakai inai boleh je cuba inai homemade ni yang terlajak senang. Nak tunggu inai mekah memang susah memandangkan kena import dari Mekah terlebih dahulu. Jadi untuk sementara apa kata cuba inai homemade dari pemilik facebook Rosdiana Dian.  Hanya menggunakan 3 bahan asas korang dah dapat inai yang cantik. Zaman sekarang semuanya kena kreatif termasuk lah nak dapatkan kulit putih tanpa produk sampingan. Baca tau '5 Cara Memutihkan Kulit Wajah Secara Semulajadi'. Yang mana dah cuba nanti komen tau.

Bahan-bahan Inai Homemade Mudah
Bahan-bahan Inai Homemade
3 Bahan-bahan asas Inai Homemade :

1. Kapur sireh/ kapur makan tu. Ini paling utama. Takde ni maka pewarna takleh serap dalam kuku. (Sukatan hujung sudu kecil). Sikit secoet ja. jangan banyak takut panas. kang sakit pulak kuku tu Mak tak jamin. Hehehe..

2. Sabun mandi yang jenis ketul/ buku. (Sukatan 2cm persegi).

#Atau, sabun axion pun buleh.
Ada orang pakai sabun axion atau brand lain janji bentuk pes tu. Jangan yang cecair tu tau. (Kalau axion dlm Sukatan 1 sudu besar).

3. Pewarna makanan berwarna ceri merah. Ada yang pakai sirap. Hehehe.. ikut la nak kaler apa pun. oren, purple, hijo, cekelet ke hitam ke.. sapa berani nak kuku kaler-kaler leh try. Jangan yang kordial tau... tu takleh.. lain jadinya karang. Hihihi.. Agak-agak sukatan setengah atau sebotol ikut kepekatan).

Cara-cara bancuhan :

INAI HOMEMADE 3

Campur semua 3 bahan asas ke dalam mangkuk dan adun hingga sebati. Boleh adjust ikut kelikatan dan kecairan hasil. Jangan campur air tau. Kemudian sapu rata dikuku pakai putik kapas yang saiz kecil. Biarkan 20-30minit, ala-ala kering. Kemudian cuci bersih-bersih.

Alaaaaa. susah-susah tak dapat nak agak kuantiti bahan boleh beli je inai readymade kat kedai tu, tapi cuma inai tu tak kekal lama laaa dan cepat pudar. Yang ni tahan lama hingga ikut habis kuku dipotong.

Lagi satu, yang paling penting buleh bawa SOLAT. Sebab warna menyerap ke dalam kuku. Selamat mencuba.

SMS/WHATSAPP: +6010-8931044

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

siapa komen, dapat bunga ♥ ^^◕‿◕✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...