Inspirasi Handbouquet Di Hari Perkahwinan

Assalamualaikum Cinta.

Detik bahagia di hari perkahwinan pasti lebih meriah dan berseri-seri jika pengantin wanita memegang handbouquet yang wujud dalam pelbagai warna dan pelbagai bentuk. Perkahwinan zaman dahulu semuanya guna bunga plastik sahaja tetapi berlainan kini apabila handbouquet wajib ada ketika berlangsungnya hari bahagia anda dan pasangan anda. Kebiasaannya handbouquet menjadi pilihan pengantin perempuan bagi menambahkan lagi seri ketika di atas pelamin. Sebut sahaja pelamin pasti teringat tentang 'Inspirasi Pelamin Terkini 2015'

Handbouquet hazanis


simple Handbouquet

Maklumlah hari bersejarah korang pasti inginkan yang terbaik bukan?, dari segi veil 'Inspirasi Veil nikah', 'Baju pengantin' dan sebagainya haruslah dititik beratkan supaya majlis tersebut berjalan dengan lancar. Buat si pengapit pula pasti perlukan 'Flower Crown' bagi menambahkan seri sebagai bridemaid. 

bridemades Handbouquet

Masa Mek Cah kahwin dulu, memang nak sangat handbouquet dari bunga ros merah dan bunga kecil-kecil comel tu. Alhamdulillah dapat setelah puas pusing bandar Kota Baru demi mendapatkan bunga tersebut. Lupa dah kedai mana tapi memang agak sukar mendapatkan bunga fresh ketika hari raya ke-2. Maklumlah akad nikah Mek Cah berlangsung pada hari raya ke-2 malam selepas Isyak. Memang agak kelam kabut tetapi bajet Mek Cah RM50 sahaja, cakap kat amoi saya nak bunga fresh bajet bawah RM50. So gambar atas sekali tu adalah hasilnya!

ameera zaini kahwin

Melihat perkahwinan bekas pengacara Safiyya Ameera Zaini , handbouquet yang digunakan super cantik dan lain dari yang lain. Cantik kan? Fuh! memang betul-betul raja sehari. Tahniah idola kerana baru sahaja melangsungkan perkahwinan dan masih dalam mood berbulan madu. Mihmih

Inspirasi Handbouquet Di Hari Perkahwinan

Inilah beberapa contoh inspirasi handbouquet di hari perkahwinan yang mungkin dapat memberikan idea kepada bakal pengantin baru. Semoga perkongsian ini mendapat manfaat untuk semua. 

Inspirasi Handbouquet


--SMS/WHATSAPP/VIBER : +6010-8931044 --

4 ulasan:

  1. Handbouquet memang cantikk.. nampak majlis tu lebih 'live'.. hehe

    BalasPadam
  2. Assalam Mek Cah..

    Tahniah..selamat pengantin baru..moga mek cah bahagia sampai ke jannah..amin :)

    BalasPadam

siapa komen, dapat bunga ♥ ^^◕‿◕✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...