Cara pakai selendang dari Peonies Petal Scarf
Cara pakai selendang yang cepat dan ringkas paling menjadi pilihan muslimah masa kini sebab semuanya perlu mengejar masa, jadi kalau nak pakai selendang haruslah mengunakan teknik yang paling cepat supaya tidak lewat untuk ke kuliah mahupun ke pejabat ataupun keluar jalan-jalan. Yang penting pemakaian selendang haruslah selesa dengan tudung yang dipakai. Okay, nak selendang atau tudung yang selesa Mek Cah cadangkan korang cuba koleksi dari Peonies Petal Scarf. Harga berpatutan dan keselesaan menjadi keutamaan, material yang digunakan memang terbaik dari ladang. Gitewwwww.
Eh! memang dah lama rasanya Mek Cah tidak berkongsi dengan korang Cara pakai selendang terkini, yang paling meletop artikel sebelum ini ialah Fesyen cara pemakaian selendang yang ada muka Nuramirah yang comel tu. Ahakss! .Rupanya memang ramai wanita perlukan info dan tutorial cara pakai selendang supaya tampil lain dari yang lain yang penting cantik. Tipu la kan kalau kata wanita tu tak suka bergaya dan ikut trend semasa selagi tidak melanggar apa yang islam haramkan. Paling penting pakai apa-apa selendang wajib tutup bahagian dada tau tau. Okay yang ni tak perlu Mek Cah ceramahkan memandangkan semua dah tahu hukum haram dan halal dalam berfesyen.
Nah tutorial paling ringkas cara pakai selendang dari Peonies Petal Scarf
Alhamdulillah, tak lama lagi bulan Ramadhan akan menjelang. Selepas itu bertemu dengan Syawal, Semoga kita semua diberi kesempatan untuk berjumpa denganNya. Amin so fesyen cara pemakaian selendang mungkin sesuai untuk korang gayakan di hari raya nanti dan sudah pastinya korang lebih meletop kalau pakai koleksi dari Peonies Petal Scarf. Insyaallah kalau ada masa nanti, Mek Cah akan kongsikan fesyen baju raya yang terkini tau.
Enjoy dengan tutorial ini. Tata.
0 kata-kata indah...
siapa komen, dapat bunga ♥