Fesyen Islamik dan Baju Raya Terkini di HAQQI.COM.MY

Memandangkan tidak lama lagi Syawal bakal menjelang maka pasti ramai yang sedang mencari portal online untuk korang shopping raya kan?. Disini Mek Cah ada jawapannya, HAQQI.COM.MY merupakan Portal Shopping Online Patuh Syariah Pertama yang juga menyediakan keperluan haji dan umrah selain menyediakan fesyen islamik terkini . Untuk info tentang HAQQI.COM.MY, Koperasi Tabung Haji Bhd (KTHB) & Glass Go Media Sdn Bhd berkerjasama melancarkan portal membeli-belah “Haqqi” pada September 2016.HAQQI.COM.MY bagi memudahkan bakal jemaah haji & umrah mendapatkan keperluan asas ibadah melalui pembelian di atas talian. 


Fesyen Islamik dan Baju Raya Terkini di HAQQI.COM.MY


barangan penjagaan haji dan umrah
 
Opsss! di HAQQI.COM.MY bukan sahaja menyediakan keperluan asas ibadah Haji tau tetapi turut menyediakan pelbagai jenama fesyen islamik terkini yang menepati syariah. Maknanya semua koleksi yang ada di HAQQI.COM.MY sangat mematuhi garis panduan dalam berfesyen, jadi untuk koleksi yang tidak menutup aurat memang tidak akan wujud langsung di HAQQI.COM.MY. Terbaik lah Haqqi, masa ni lah korang support portal shopping online yang hanya menitikbertakan Syariah yang ditetapkan oleh Islam. Antara jenama terkenal yang menjadi vendor Haqqi ialah  Owl by Nora Danish, Dara by Fathia Latiff, Izzuexlusive, Ameera Zaini, El by Elfira Loy, Sir Nasin dan Zareeth Zehra.

jenama terkenal yang menjadi vendor Haqqi

Fesyen Islamik dan Baju Raya Terkini | Cuba terjah website HAQQI.COM.MY sekarang, pasti korang terus jatuh cinta memandangkan semua fesyen sangat up to date namun tetap mematuhi syariah Islam gitewww. Tak lama lagi nak raya kan?, masa ni la korang boleh survey baju raya ke, atau koleksi yang lain sebagai salah satu koleksi raya korang. Insyaallah semuanya harga berpatutan.

Nah!, banyak sangat koleksi dari artis terkenal. Masa ni la korang boleh dapatkan koleksi fesyen yang limited edition dari artis kesayangan korang. Tak payah pening kepala sebab semua maklumat detail size dan harga dah memang disediakan di website tersebut. Yang mana berkenan terus add chart dan buat pembayaran.
BAJU raya terkini
Alhamdulillah, ni parcel yang Mek Cah shopping di haqqi.com.my . Salah satu koleksi baju raya Mek Cah untuk tahun ni. Terima kasih kerana bagi service terbaik dan cepat!

Dalam website HAQQI.COM.MY dah ada link khas untuk keperluan HAJI dan UMRAH. Klik je link tersebut korang boleh lengkapkan semua barang yang korang perlukan untuk menunaikan hai dan umrah. Sekiranya ibu dan ayah , mertua atau sesiapa sahaja orang yang korang sayang bakal menunaikan haji atau umrah masa ni la korang berlagak sweet dengan menghadiahkan mereka koleksi dari HAQQI.COM.MY . Pasti mereka terharu. Mihmih

fesyen baju raya terkini
Tak sempat pakai raya terus nak shoot di Tepian pantai gitewww.Handbag by '"Box of Joy" Exclusive From Lazada Malaysia' :P

 KAEDAH MEMBELI BELAH DI PORTAL HAQQI
- Daftar akaun anda dengan mengisi alamat email dan klik daftar
- Click - Pilih dan klik produk pilihan anda untuk disimpan di bakul impian. Check - Periksa alamat penghantaran
Choose - Pilih kaedah pembayaran sama ada melalui kredit, debit mahupun pengelola pembayaran 7 Eleven.  
-Setelah selesai dan berjaya membuat pembayaran, pelanggan akan mendapat email dari pihak www.haqqi.com.my. 


 Yang mana tak suka shopping online dan ingin lihat sendiri material setiap koleksi dari Haqqi korang boleh terjah butik fizikal pertamanya di Seksyen 7, Shah Alam, Selangor pada Januari 2017 yang lalu. Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Glass Go Media Sdn Bhd, Mohamed Azani Mohamed Anwar, cawangan pertama ini merupakan perintis bagi pembukaan lima cawangan masing-masing terletak di Bangi, Kuala Lumpur, Kota Bahru, Kuala Terengganu dan Johor Bharu. 


PORTAL BELI BELAH ANDA
Layarilah haqqi.com.my untuk membeli belah keperluan ibadah dan fesyen kegemaran korang taw! Mek Cah, anda bila lagi?? Nah alamat penuh yang boleh korang kunjungi :



Butik Haqqi,67, Jalan Plumbum P7/P,
Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor, Malaysia
(Sebaris dengan JAKEL Shah Alam)
No. Telefon: +60 3-5523 4798


SMS/WHATSAPP: +6010-8931044

6 ulasan:

  1. Cantikkkkk kurung diaaaaa . Berseri je pakaiiii hhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cantik lagi kurung yang mar pilih. :P

      Padam
  2. Balasan
    1. hihi dah nampak dah sis pakai. sedang molek ore klate kato. :D

      Padam
  3. senang bakal jemaah haji lepas ni boleh shopping online je .. btw cantik baju tu .. model lg cantik haha

    BalasPadam

siapa komen, dapat bunga ♥ ^^◕‿◕✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...