Cara meneran dengan betul ketika bersalin

Cara meneran dengan betul ketika bersalin merupakan perkara penting dalam fasa terakhir perjalanan kehamilan seorang ibu. Pasti ibu-ibu dah tak sabar menantikan kelahiran cahaya mata walaupun terpaksa menahan sakit ketika dalam proses bersalin. Namun percayalah kesakitan itu akan hilang sendiri disaat kita melihat wajah anak yang dikandung selama 9 bulan. Alhamdulillah, proses bersalin Mek Cah dipermudahkan, bersyukur juga artikel ini 'Cara Mengetahui Jantina Bayi Dalam Kandungan' banyak memberikan informasi dalam mengenal pasti jantina anak yang bakal lahir. Tetapi hingga detik ini pengalaman bersalin Alisha Safiya masih tetap segar dalam ingatan. Nanti Mek Cah akan berkongsi pengalaman bersalin anak pertama di KBMC Kota Bharu sekali dengan kos bersalin disana. Pasti ramai yang nak tahu kan? macam Mek Cah dulu sebelum bersalin memang banyak google pengalaman-pengalaman ibu mengandung dan pengalaman melahirkan anak. Masa tu memang teruja dan tak sabar dah. Rupanya sakit, hanya Allah sahaja yang tahu pengalaman tersebut membuatkan Mek Cah masih trauma jika mengandung sekali lagi. Hummmm :')

Cara meneran dengan betul ketika bersalin

Meneran berlaku secara semula jadi ketika pintu rahim ibu sudah terbuka sepenuhnya. Bagaimanapun bakal ibu perlu belajar cara meneran dengan betul kerana ia dapat mengelakkan daripada berlaku koyakan teruk pada perineum atau digunting. Bagaimana cara meneran yang betul?

Jururawat yang membantu ibu ketika proses melahirkan bayi kerap mengingatkan agar ibu jangan mengangkat punggung ketika meneran dan memegang pergelangan kaki agar punggung tidak terangkat ketika meneran. Ia sememangnya mudah diucapkan tetapi tidak mudah untuk dipraktiskan apatah lagi apabila dalam keadaan panik.  Oleh itu pastikan, ibu turut berpesan kepada suami yang turut berada di sisi isteri ketika proses melahirkan anak untuk sama-sama membantu dan mendorong ketika meneran agar dapat mengelakkan risiko koyakan menjadi besar.

Jom ketahui cara meneran dengan betul ketika bersalin. Ia memang berguna sebagai pengetahuan dan persediaan semasa ibu hamil sedang berjuang di atas katil wad bersalin nanti.

Cara meneran dengan betul ketika bersalin


Cara meneran dengan betul ketika bersalin

Cara meneran dengan betul ketika bersalin

Cara meneran dengan betul ketika bersalin

Cara meneran dengan betul ketika bersalin

Kesakitan yang dialami ketika kontraksi bersalin membuatkan kita hilang kawalan dan tanpa sedar dalam proses meneran kita mengangkat bontot. Perkara ini akan membuatkan berlaku koyakan besar pada kawasan perinium.

Cara meneran dengan betul ketika bersalin

Cara meneran dengan betul ketika bersalin

Cara meneran dengan betul ketika bersalin

Cara meneran dengan betul ketika bersalin

Ramai yang menjerit ketika meneran, kononnya untuk mendapat kekuatan ketika meneran. Sebenarnya salah sama sekali, dimana apabila menjerit kita telah menggunakan tenaga yang sepatutnya digunakan untuk meneran. Proses meneran dengan betul adalah tanpa bersuara.

1. Angkat kepala sehingga mencecah dada.
2. Mata pandang ke perut.
3. Tangan pegang pergelangan kaki.
4. Elakkan mengeluarkan suara ketika meneran. Simpan tenaga untuk meneran.
5. Jangan sesekali mengangkat punggung agar luka koyakan tidak menjadi besar pada vagina.
6. Tarik nafas dalam-dalam dan teran seperti keadaan membuang air besar. Pastikan anda tidak mengeluarkan nafas dengan kuat.
7. Teran sekuat-kuatnya selama yang boleh. Curi nafas dan sambung teran di setiap kontraksi.
8. Dengar arahan jururawat dan doktor.
9. Elakkan menjerit-jerit sebaliknya banyakkan berzikir dan mengingati Allah sehingga semuanya selesai. Baca bismilah, selawat dan Doa (LA ILAHA ILLA ANTA. SUBHANAKA, INNI KUNTU MINAZZHALIMIN) bagi yang beragama islam. Saya percaya bagi yang Non-muslim ada doa tersendiri.

Jangan pandang remeh tentang proses meneran ketika bersalin. Bertenang dan bersabar kerana ia kunci utama dalam mengharungi kesakitan bersalin dengan selamat. Oh ya! buat ibu hamil yang ingin tercari-cari klinik yang menyediakan perkhidmatan Ultrasound untuk ketahui jantina anak yang bakal lahir boleh la usha 'Review 4D Ultrasound Murah Di Kuala Lumpur'. Semoga proses bersalin para ibu dipermudahkan. Amin

Sumber Gambar : Hamil Dalam 3 Bulan

--SMS/WHATSAPP/VIBER : +6010-8931044 --

5 ulasan:

  1. Assalamualaikum anis. Heeee 2 kali merasa beranak. 1st time memang seram sikit. 2nd time dah byk baca tips. So tak byk jahitan. Hihiii ni sheila yg follow ig anis baru2 ni ;)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumussalam. hehe seram kan sis? apa pun ilmu kena ada bila kat labor room. biar kurang panik sikit. :)

      Padam
  2. bookmark ni. sng nk ada bini2 nnt.

    BalasPadam
  3. Terima kasih utk info ini, sgt berguna utk saya. Teruja plus takut menanti saat ni.

    BalasPadam

siapa komen, dapat bunga ♥ ^^◕‿◕✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...