Cara Mengetahui Jantina Bayi Dalam Kandungan

Assalamualaikum Cinta.

Disaat ini tiba-tiba rajin untuk update artikel Cara Mengetahui Jantina Bayi Dalam Kandungan yang mungkin menjadi carian kepada ibu mengandung mahupun mereka yang bakal bergelar bapa. Sungguh teruja bukan untuk mengetahui jantina bayi dalam kandungan sebabnya senang untuk membuat persediaan awal sebelum kelahiran bayi. Ini adalah sebahagian dari petua dan kaedah yang dapat dikongsikan. Mungkin ada sedikit sebanyak tanda-tanda tersebut ada pada ibu-ibu yang mengandung. Semoga perkongsian ini sedikit sebanyak mampu memberikan informasi kepada mereka yang bakal bergelar ibu dan ayah tetapi peratus kebenaran Mek Cah tidak pasti . Lagipun tak salah kita semua berteka teki memandangkan hingga saat ini ibu yang mengandung sudah pasti dapat merasai anak yang dikandung lelaki ataupun perempuan. Lagi satu, jangan lupa para ibu hamil dapatkan informasi 'Cara meneran dengan betul ketika bersalin' untuk mengelakkan daripada berlaku koyakan teruk pada perineum atau digunting. 

Cara Mengetahui Jantina Bayi Dalam Kandungan

Jika anda hamil anak lelaki
1. Perut anda memboyot ke hadapan dan kelihatan ‘tajam’
2. Anda tidak mengalami ‘morning sickness’
3. Wajah anda berseri-seri
4. Rambut anda lebih lebat dan berkilat ketika hamil
5. Kulit anda kering
6. Hidung kelihatan lebih kembang
7. Anda mengidam makanan berprotein dan masin seperti keju dan daging
8. Payudara kanan lebih besar dari payudara kiri
9. Sering diserang sakit kepala

Cara Mengetahui Jantina Bayi lelaki Dalam Kandungan

10. Bayi di dalam kandungan lebih suka baring di sebelah kanan
11. Bulu kaki anda memanjang lebih cepat ketika hamil
12. Garisan perut dari bawah ke atas nampak gelap dan tidak putus
13. Ikat cincin perkahwinan anda dan gantung di atas perut. Jika cincin tersebut berpusingpusing bermakna anda hamil anak lelaki.
14. Gunakan soda bikarbonat (tepung penaik) bersama air kencing ibu paling pekat (air kencing paling pekat adalah pada waktu pagi). Sekiranya air kencing anda berbuih bermakna bayi di dalam kandungan adalah bayi lelaki.

Cara Mengetahui Jantina Bayi perempuan Dalam Kandungan

Jika anda hamil anak perempuan 
1. Perut anda bulat
2. Anda mengalami ‘morning sickness’
3. Sering mual pada menu yang beraroma tajam
4. Wajah anda tidak berseri. Kata orang tua, anak ambil seri.
5. Kulit anda lembut
6. Rambut anda nipis dan tidak bermaya
7. Punggung kelihatan lebih besar
8. Anda mengidam makanan yang manis seperti jus, buah-buahan dan gula
9. Emosi kurang stabil dan suka marah-marah
10. Bayi di dalam kandungan suka baring di sebelah kiri
11. Garisan perut dari bawah ke atas nampak lebih cerah dan putus-putus
12. Sama seperti cara di atas, gunakan soda bikarbonat (tepung penaik) bersama air kencing ibu pada waktu pagi. Sekiranya air kencing anda tidak berbuih bermakna bayi di dalam kandugannya ialah bayi perempuan.

Cara Mengetahui Jantina Bayi Dalam Kandungan | Walaupun cara mengetahui jantina bayi dalam kandungan datang dari orang lama, tidak semestinya seratus peratus betul. Segalanya adalah kuasa dan ketentuan Allah S.W.T. Bayi lelaki atau perempuan tidak penting kerana apa yang paling penting adalah bayi yang bakal dilahirkan nanti sihat dan sempurna. Semoga perkongsian ini bermanfaat dan berguna.

--SMS/WHATSAPP/VIBER : +6010-8931044 --

4 ulasan:

  1. comel anak cik ta tu >_< tq for sharing wlaupun sy belum kahwin..hihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehe xpe. boleh guna tips ni bila dah kahwin. :P

      Padam
  2. Assalamualaikum. ehehehe awak prepare diri ye. sy tak sabau nak tahu jantina adik baby. ngeeee :)

    BalasPadam
  3. wah... excited lebih nampak nak tau jantina.. tumpang happy for you tau. :)

    BalasPadam

siapa komen, dapat bunga ♥ ^^◕‿◕✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...