koreaPakej Bajet Ke KoreaPakej KoreaPakej Korea 2016Pakej Murah Ke KoreaPakej Percutian KoreaPercutian Ke KoreaTips Ke Koreatravel
Perkara Yang Kita Perlu Tahu Kalau Melancong Ke Korea?
Tips Percutian Ke Korea | Baru-baru ni banyak terbaca pengalaman kawan-kawan untuk percutian ke Korea. Memang Nampak best je bila tengok lebih-lebih lagi bila terbaca 'Pakej Percutian Bajet Murah Ke Korea'. Bagi yang tak tahu lagi, Korea merupakan destinasi percutian yang sesuai untuk keluarga dan pasangan honeymoon. Kalau ada rezeki satu hari nanti nak ke sana juga.
Korea ada 4 musim iaitu Musim sejuk, bunga, luruh dan panas jadi bagi sesiapa yang ingin melancong disarankan datang waktu musim BUNGA, LURUH ATAU SEJUK adalah yang terbaik. Tapi biasanya orang melancong waktu Winter sebab cuti sekolah dan nak experience salji musim sejuk tu. Ada juga yang melancong waktu musim lain-lain, semuanya bergantung kepada individu tersebut. Tapi pendapat peribadi, musim luruh paling best! Alang-alang buat persediaann ke Korea jom layan movie ni 'Tonton Online Train to Busan 720P Full Movie', memang best!
TETAPI kalau nak ke Korea, ada beberapa perkara yang kita kena ambil tahu dan take noted awal-awal tau!
Makanan halal susah nak dapat
Ada yang cakap susah, ada yang cakap senang. Tapi sebenarnya memang susah kalau kita dah pilih penginapan jauh sikit daripada kawasan Iteawon (daerah yang banyak makanan halal). Takkan nak ulang alik ke tempat tu kan?
Sebenarnya kalau kita faham konsep makanan halal itu sendiri, banyak makanan korea seperti sayur-sayuran dan ikan boleh dimakan. Tapi mana lah kita tahu kan dia letak apa kalau tak pandai Bahasa korea? Cara paling selamat menurut orang yang dah pergi korea, bawa meggi, serunding banyak-banyak.
Banyak Naik turun tangga
Ada terbaca post kat facebook Muslimtravelbug. Diorang ni banyak share gambar-gambar dari Korea. Dan mengenai banyak naik turun tangga ni memang disahkan oleh kawan-kawan yang dah balik dari Korea. Kalau bawa parents atau senior citizen, memang digalakkan sangat-sangat ambil pakej sahaja sebab travel menaiki bas/van. Tapi kalau orang-orang muda, redah je. Sebab tu kat korea banyak perempuan yang kurus-kurus ni. Banyak jalan kaki naik tangga.
Matawang Korea 3x lagi tinggi
Ramai yang tak tahu bahagian ni. Ada yang ingat duit diorg ni macam kat Indonesia. Dah sampai korea, semua terpingga-pingga nak jimat sejimatnya. Bersedia awal-awal, kononnya bawa RM1000 untuk perbelanjaan sahaja seminggu dah cukup. Tapi ikut orang la juga kan? Kalau kuat shopping, RM10000 pun tak cukup.
Susah nak solat
Ini perkara paling penting bagi kita orang muslim. Kat korea memang susah nak solat. Tiada surau (bukan tiada, susah nak cari) . Masjid pun jauh. Tapi tips solat kat korea yang saya dapat adalah solat di fitting room,parking kereta, laluan tangga dan tempat-tempat tersembunyi. Kena bawa tikar sembahyang awal-awal. Yang perempuan pakai labuh awal-awal dan stoking. Nak pakai telekung terkejut orang korea tu nanti kalau solat kat tangga kecemasan (kalau ada yang lalu la). Menurut info dari admin muslimtravelbug , mereka ni tak kacau pun dan tak kisah kita solat semua. Yang penting jangan menggangu lalu lintas (kat tangga tu). Kebanyakkan mereka curious sahaja.
Wifi ada dimana-mana sahaja
Wifi banyak. Pergi je coffee shop dan dapatkan password wifi diorang. Jangan risau terputus hubungan dengan whatsapp dan Facebook. Oh lagi info menarik, nak beli simkad kat korea not recommended, sebab mahal dan perlu register guna passport lagi. Cerewet, tapi wifi tu ada kat mana-mana. So senang.
Toilet tiada paip air
Sediakan botol air awal-awal. Untuk kegunaan kat toilet sebab kebanyakkan toilet korea ni tiada paip air. Susah nak hidup! Tips daripada guide disana, cari mall yang high class seperti Hyundai Shopping Mall. Kebanyakkan toilet mereka ni ada air pancut kat mangkuk tandas tu, wangi dan rasa macam kat hotel. Selesa sikit nak gunakan.
Kalau nak ke Korea, boleh usha juga pakej-pakej menarik daripada team student di Korea iaitu Muslimtravelbug.com. Mereka ni ada sediakan pelbagai pakej jenis backpackers (naik subway dan bas awam), pakej jenis private (naik private van dan bas) ataupun kalau malas nak fikir dan nak murah. Ambil pakej fullboard diorang termasuk flight.
Website : www.muslimtravelbug.com
Facebook : https://www.facebook.com/Muslimtravelbug
Email : info@muslimtravelbug.com
Instagram : @muslimtravelbug
No Contact : 0173777754 | 0133546577 | 0198100010
0 kata-kata indah...
siapa komen, dapat bunga ♥