RESEPI

TRAVEL

TIPS

Sinopsis Isteri Separuh Masa

by - 8:45 AM

Assalamualaikum Cinta

Sinopsis Isteri Separuh Masa | Drama terbaik dari gabungan Emma Maembong dan Aiman Hakim Redza yang membuatkan ramai yang telah jatuh dengan drama ini. Kerana watak yang dibawakan oleh Emma Maembong selalu sahaja comel maka ramai lah jejaka diluar sana jatuh hati dengan Emma. Ahakss, tetapi Aiman Hakim Redza apa kurangnya kacak dan berlagak namun ada juga la part yang baik hati. 


Sinopsis Isteri Separuh Masa :

Demi cinta yang dianugerahkan Allah, Medina Izwani rela menjadi isteri kepada lelaki itu, walaupun hanya isteri separuh masa. Walaupun hanya dilayan sebagai isteri di hadapan ahli keluarganya sahaja. Tetapi, sampai bila dia dapat bertahan dengan sikap Nazrin Shah yang langsung tidak menghargainya? Adakah dia akan berpaling dan menyahut salam perkenalan daripada Zafril?


Bagi Nazrin Shah, Medina Izwanilah punca mama dan papanya tidak menerima kekasihnya, Zita sebagai menantu. Dia seterusnya mengisytiharkan ‘perang’ dengan adik angkatnya itu. Mereka ibarat Israel dan Palestin, tidak pernah berdamai walaupun bertahun sudah berlalu. Hubungan mereka menjadi semakin rumit apabila nenek berkeras ingin menjodohkan mereka berdua sebelum Nazrin Shah menyambung pelajarannya di luar negara.


Dapatkah anjing dan kucing hidup bersama? Bagaimana pula dengan pelajaran? Dapatkah Medina Izwani membahagikan tugas sebagai seorang pelajar dan seorang isteri dengan sebaiknya? Impiannya untuk menyambung pelajaran bersama Megat Shazril ke Ireland terpaksa dilupakan demi menyempurnakan hasrat nenek.

Sepanjang berada di luar negara, Nazrin Shah tidak pernah mengambil tahu mengenai Medina Izwani. Rasa benci terhadap gadis itu tidak juga surut-surut. Dia hanya berpura-pura melayan Medina Izwani dengan baik di hadapan keluarganya sahaja. Berlainan pula halnya dengan Medina Izwani. Sudah puas dia menghambat rasa cinta buat suaminya itu, tetapi masih juga gagal.

Bertahun berlalu dan kini Medina Izwani bergelar seorang mahasiswi. Hidupnya menjadi huru-hara apabila Nazrin Shah mengambil alih kelas tutorial untuk salah satu subjek yang diambilnya. Hati pula semakin tidak menentu apabila terpaksa tinggal sebumbung dengan lelaki itu gara-gara nenek yang ingin menetap bersama mereka.

Apakah penghujungnya kisah mereka nanti?

Jangan lupa tengok tau! pasti tak menyesal punya. Rupanya Emma Maembong comel gilosss dengan watak berhijab, kan molek gituh. Kihkih teruskan berjuang sebagai gadis muslimah. Nah lanje 'Fesyen cara pemakaian selendang'. semoga berjaya!. Mihmih

You May Also Like

3 kata-kata indah...

  1. suka emma maembong dan aiman hakim dalam isteri separuh masa..love love!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe sesuai gandinga dua pelakon tersebut. :)

      Delete
  2. cerita ni memang besttt.. siap "paksa" husband suruh tengok sekali. hihi..

    ReplyDelete

siapa komen, dapat bunga ♥