Gambar Menarik Majlis Pernikahan Yatt Hamzah dan Mohd ZulfadhliGambar Pernikahan Yatt HamzahGambar Pernikahan Yatt Hamzah dan Mohd ZulfadhlihiburanPernikahan Yatt Hamzahselebriti
10 Gambar Menarik Majlis Pernikahan Yatt Hamzah dan Mohd Zulfadhli
Gambar Menarik Majlis Pernikahan Yatt Hamzah dan Mohd Zulfadhli | Hari ini 27 Februari 2016 telah berlangsungnya majlis perkahwinan kedua bagi pelakon terkenal iaitu Yatt Hamzah dengan pilihan hatinya seorang juruvideo, Mohammad Zulfadhli Khiruddin berusia 26 tahun. Tahun 2016 merupakan tahun selebriti popular kahwin antaranya '10 Gambar Menarik Majlis Resepsi Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin', Akim dan Stacy , Anzalna Nasir dan Hanif Zaki serta ramai lagi. Meriah dunia hiburan dengan koleksi gambar menarik majlis pernikahan mereka. Yang paling penting dah berkenan dengan pelamin dan busana pengantin yang digayakan oleh Yatt Hamzah yang cukup cantik tetapi simple menutup aurat.
Yatt Hamzah yang sebelum ini pernah berkahwin dengan se orang ustaz, namun perkahwinan mereka terhenti setakat itu sahaja. Disebabkan itu juga, keretakan rumahtangga antara Yatt Hamzah dan bekas suaminya menjadi bualan hangat di media sosial sehingga ramai yang menuding jari kepada Zulfadhli yang menjadi punca perpisahannya dengan bekas suami, Abdul Mutalib Abdul Shukor. Namun tuduhan netizen Mohd Zulfadhli sebagai punca keretakan rumahtangga antara Yatt Hamzah dan bekas suaminya ditepis oleh Yatt Hamzah sendiri dan berharap peminat mendoakan kebahagiaan mereka. Menurut Yatt Hamzah, dia dan bakal suaminya itu sudah lama saling mengenali tetapi selama ini mereka sebagai sahabat dan rakan sekerja.
Hubungannya dengan jejaka itu semakin rapat selepas dia berpisah dengan bekas suami, serta pemergian bapanya pada 15 November lalu. Bila bercerita tentang Yatt Hamzah teringat kisahnya yang mula-mula berhijab dulu 'Ya ALLAH cantiknya bila Yatt Hamzah bertudung'.
Apa yang perlu kita percaya ialah jodoh adalah ketentuan dari Allah. Semoga perkahwinan baru ini dengan Mohd Zulfadhli di harap dapat mengembalikan semula semangat Yatt Hamzah yang sebelum ini cukup kecewa dengan perceraian dengan bekas suaminya sebelum ini. Insyaallah.
“ Semoga Allah menghimpunkan yang terserak dari keduanya, memberkati mereka berdua dan kiranya Allah meningkatkan darjat keturunan mereka menjadi pembuka rahmat, sumber ilmu dan hikmah serta pemberi rasa aman bagi umat “
Doa Nabi Muhammad pada hari pernikahan puterinya Fatimah Azzahra dengan Ali bin Ali Talib
Doa Nabi Muhammad pada hari pernikahan puterinya Fatimah Azzahra dengan Ali bin Ali Talib
Credit foto instagram Yatt Hamzah dan photographer @712video.
0 kata-kata indah...
siapa komen, dapat bunga ♥