RESEPI

TRAVEL

TIPS

Yuna Duta Galaxy Wonderland

by - 7:30 PM


Assalamualaikum cinta. :)

Terasa lama menyepi, tiada lagi blogwalking setiap malam, tiada lagi update entri setiap menjelang malam, tiada lagi like status rakan-rakan di facebook dan yang paling penting dah lama rasanya tak upload picha di facebook. Lolzz ini semuanya kerana busy + line internet problem. :'(


KLIK SINI untuk korang terus jatuh hati. so, Bila dengar Samsung Galaxy Note II terus meremang bebulu roma mak cah ni. dah lama nak pakai. seyess memang dah jatuh hati, sekarang tengah kumpul duit. ekeke entah bila boleh pakai kan. agaga rasanya dengan duit blog pun belum mampu nak beli sebab bila dapat je beli benda lain. hikss


"Baru saja memenangi anugerah Video Muzik Terbaik menerusi lagu 'Sparkle' di Anugerah Industri Muzik 19, penyanyi terkenal, Yuna yang juga merupakan duta Samsung Galaxy Note II akan berkolaborasi sekali lagi bersama jenama terkemuka, Samsung untuk projek keduanya, 'Galaxy Wonderland'.

"Terima kasih kepada Samsung kerana sudi bekerjasama dengan saya sekali lagi. Projek pertama antara kami berjaya meraih anugerah dan saya begitu teruja dan tidak sabar untuk berkolaborasi bersama mereka lagi untuk projek kedua ini," ujar Yuna ketika ditemui pada majlis pelancaran Galaxy Wonderland di Renoma Cafe Gallery, Bukit Bintang, baru-baru ini.

Menurut Head of Mobile Phone Division, Samsung Malaysia Electronics, Vincent Chong, "Kami sangat teruja untuk berkolaborasi dengan Yuna, seorang penyanyi yang unik dan mempunyai perjalanan seni yang penuh inspirasi. Galaxy Wonderland merupakan satu platform buat rakyat Malaysia untuk berkongsi idea mereka mengenai keunikan Malaysia dan inspirasi mereka ini akan digunakan Yuna untuk menghasilkan lagu terbarunya."


Berkongsi mengenai online portal, 'Galaxy Wonderland', Yuna memberitahu, "Saya akan memilih beberapa idea peminat yang kreatif untuk mencipta lagu terbaru saya. Kiranya inspirasi dan idea mereka tentang keunikan dan keindahan Malaysia akan memberi inspirasi kepada saya untuk menghasilkan lagu itu nanti.

"Bila dah cukup idea, saya akan mula menulis lirik dan melodi manakala AG Coco akan menggubah lagu ini. Mengikut perancangan, idea asal saya nak buat lagu ini dalam Bahasa Melayu dan Inggeris manakala AG akan lengkapkan ia dengan elemen muzik Pop Elektronik. Apapun, saya akan cuba buat yang terbaik untuk menghasilkan lagu yang indah bagi mempromosikan Malaysia di mata dunia." 


Peminat boleh berkongsi sebarang idea dan inspirasi mereka tentang Malaysia di portal, galaxywonderland.my bermula 1 Disember hingga Januari depan. Perjalanan Yuna bersama Galaxy Wonderland juga akan turut ditayangkan di saluran Astro Ria selama 6 episod bermula 20 Disember nanti."
via : Gua.com

Nota kecil : Seyess bila mek cah terjah page untuk Galaxy Wonderland terus jatuh hati dengan design dan kretiviti page tu. Yuna sangat sesuai menjadi duta Galaxy Wonderland  berbanding artis INI kan. kalau tak percaya KLIK SINI tau. sangat lah ohsem, terasa berada di awan awangan. muehehe cuba lah, pasti korang jatuh hati. Berada di alam fantasi bagaikan mimpi, tapi tak pe untuk kepuasan diri. :)


You May Also Like

9 kata-kata indah...

  1. kalau saye kn makan tahun gak nk dpt SG note II ni,hahaha dlm mmpi jelah boleh kan

    ReplyDelete
  2. waa. harga tentunya cantik jg kn, agagag ^^

    ReplyDelete
  3. Hai samsung NOTE kita jatuh cinta dengan awak. Hahaha

    ReplyDelete
  4. yang penting anda sudah online. hhihi

    ReplyDelete
  5. eh duet blog ? akak dpt duet ke blogging nie ? daripd siape ye ? kenape dpt duet ? hehe. sori akak saye tak tau :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah dapat tp xbyk. setakat buat bayar broadbnd setiap bulan tu blh la. nanti akak bgthu cara eh. :)

      Delete
  6. mcm mana blh dpt duit?wahhhh tk tau ponn :(

    ReplyDelete

siapa komen, dapat bunga ♥