Sekarang kita semua berada di bulan kemerdekaan iaitu bulan ogos..seperti yang kia tahu pada 31 ogos kita akan menyambut hari kemerdekaan…dan ketika ini jugak lah kita semua sedang menyambut Ramadhan...Opss tapi bukan itu yang mek cah ingin ceritakan tapi tentang Pantai Sri 7 yang kini dah berubah…keindahan Pantai Sri 7 korang juga boleh lihat sini "Outing suka-suki || Pantai Sri 7"..^^
![]() |
| Pak cik Google |
Keindahan pantai ini sudah lama dikenali pelancong asing menerusi penganjuran pertandingan wau peringkat antarabangsa tidak lama dulu...mek cah sempat hadir ke pesta wau ini...hikss Tarikan utamanya bagaimanapun terletak pada fenomena tujuh teluk yang tidak boleh didapati di tempat lain. Daripada sebuah pantai yang sebelum ini pernah diancam hakisan teruk, pemandangan semulajadinya berubah menjadi tarikan kepada pengunjung dari luar...
So, sehari sebelum puasa hari tu mek cah dan adik berjalan-jalan di Pantai Sri 7 untuk makan ‘colek ikan’…Fuhh memang sedap, berair mulut bila bercerita mengenai makanan tambahan pula sekarang tengah puasa kan…Di kawasan pantai lak kelihatan ramai peniaga yang menjual, air kelapa, jagung bakar, kerepok lekor dan sebagainya…
Hari minggu adalah waktu paling sesak di sini apabila pelawat membanjiri kawasan pantai. Kawasan pantainya yang luas juga membolehkan pelbagai aktiviti kekeluargaan seperti sukaneka dan perhimpunan keluarga diadakan. Untuk mereka yang ingin menghayati keindahan pantai pada waktu malam tidak perlu risau kerana banyak chalet dengan kemudahan penginapan selesa didirikan di sekitar kawasan ini. Chalet terapung umpamanya memberikan anda pemandangan indah perkampungan nelayan berdekatan. Bayu laut yang bertiup lembut memberikan udara nyaman tanpa perlu menggunakan penghawa dingin. Pantai Sri Tujoh yang asalnya terbentuk daripada tujuh teluk/ lagun. Pesisir pantai yang cantik dan tenang ini sangat sesuai untuk kawasan rekreasi keluarga, rombongan dan tempat kursus. Ia dibangunkan oleh pihak Majlis Daerah Tumpat dengan prasarana dan kemudahan seperti chalet, asrama, taman permainan, tandas awam, kedai makan, restoran, dewan serbaguna dan masjid. Pantai ini berada berhampiran dengan sempadan Thailand dan Kelantan di Kampung Tujoh yang teletak di Tumpat, 7 kilometer daripada Kota Bharu. Untuk ke sana pengunjung bolehlah menaiki bas yang bernombor 43 daripada terminal utama. Sepanjang perjalanan para pengunjung dapat melihat pemandangan yang menarik..http://www.kelantan.gov.my
Actually masa kecik-kecik dulu selalu je family mek cah datang sini..berkumpul ramai-ramai dengan maksaudara yang lain..memang seronok, aktiviti BBQ, main wau, mandi pantai.tapi itu dulu tapi sekarang kalau nak pergi kena sendiri sebab masing-masing dah mempunyai kehidupan sendiri..sibuk dengan kerjaya dan tugas menjaga anak… Tapi itu semua ada lah kenangan kan...
Thanks for reading..
p/s: Meleleh tengok pic 1st tu....keindahan ciptaan Allah , selagi kita hidup selagi itu lah kita semua sukakan keindahan..mereka yang sombong sahaja tidak mensyukuri dengan nikmat yang Allah berikan.......Eh KLIK SINI untuk menang duit. hehe nak, nak nak!! :P














