RESEPI

TRAVEL

TIPS

Review Susu Pisang Meiji Viral

by - 4:59 PM

Review Susu Pisang Meiji Viral |Assalamualaikum. Bulan Disember 2019 yang lepas Mek Cah dan suami bercuti ke Hatyai buat kali-2 selepas kali pertama bersama arwah ibu Mek Cah yang tak sempat Mek Cah update disini. Hat yai yang penuh memori buat pertama kali ke sana kerana masa tu arwah ibu Mek Cah dah ada tanda-tanda sakit tapi gigih juga ikut kami jalan-jalan. (Mohon sedekahkan Al-Fatihah untuk ibu Mek Cah Hasnah Binti Seman). Untuk kali-2 hanya berempat iaitu suami, mek cah, anak kecil 2 orang Adam Sufi dan Alisha Safiya. Percutian di Hatyai Masih belum sempat update lagi diblog tetapi kita Review Susu Pisang Meiji Viral dahulu memandangkan masih teringat kesedapan susu pisang ni. Namun lagi sedap buat sendiri kerana 2 biji pisang cukup untuk 4 orang minum. Nah 'RESEPI SUSU PISANG VIRAL ALA NILOFA'. Mudah bukan?

Review Susu Pisang Meiji
Minum susu pisang Meiji atas tuk tuk memang syok lagi-lagi cuaca di Hat Yai panas terik tau. 
Hari pertama sampai di Hatyai terus kami terjah 7 ELEVEN disana. Oh ya! Mek Cah kesana bawa kenderaan sendiri iaitu dari Rantau Panjang - Hatyai yang mengambil masa 4 jam perjalanan. Sepanjang perjalanan memang banyak sangat 7 ELEVEN jadi tak perlu risau jika korang lapar ke apa sebab untuk dapatkan makanan dan minuman sepanjang perjalanan memang mudah cuma korang perlu sediakan duit Baht sahaja. 

Menjejakkan kaki di 7 ELEVEN Greenway Night Market Hatyai, Thailand memang penuh keterujaan sebab banyak sangat barang yang pelik-pelik korang akan jumpa. Semuanya nampak menarik, tetapi hati-hati pastikan ada tanda halal tau. Di 7 ELEVEN bandar Hatyai kadang penuh dengan pelanggan maklumlah mereka turut menjual COFFEE fresh dengan harga yang berbaloi dan pastinya sedap! Korang juga jangan lupa cuba susu coklat brand Meiji jugak. Sedap!

Review Susu Pisang Meiji

Jujur Mek Cah cakap belum pernah cuba lagi susu pisang NILOFA ataupun brand susu pisang yang lain. Tuptup terbuat sendiri resepi susu pisang sehingga viral. Lolzz tetapi kali pertama cuba susu pisang Meiji ni memang rasa terkejut jugak sebab sedap sangat! harganya pun berpatutan berbanding harga susu pisang NILOFA . Kalau anak ramai memang tak mampu nak beli susu pisang NILOFA sebab minum 2,3 teguk dah habis. Eekeke jadi pilihannya buat sendiri sahaja.

Review Susu Pisang Meiji

Susu Pisang Meiji mempunyai packaging yang sangat menarik, ada size kecil dan besar, harga Susu Pisang Meiji berpatutan tak sampai RM4 pun, tak terlalu manis, mudah nak dapat di 7 ELEVEN tetapi kalau dah viral kadang selalu habis stock, buktinya korang lihat gambar dibawah. Kosong untuk perisa pisang Meiji. Hehehe

Review Susu Pisang Meiji

So yang ke Hat Yai jangan lupa cuba tau, boleh lah komen kat sini apa rasanya. Yang belum berkesempatan untuk cuba boleh buat sendiri sekiranya bahan-bahan semua dah ada. 

You May Also Like

2 kata-kata indah...

  1. waalaikumussalam. menarik lah, kalau dapat pi hatyai memang kena cuba jugak lah ni ^_^

    ReplyDelete
  2. nilofa punya susu pisang tu mahei la bagi akak, tak pernah akak beli hehehe.meiji nih kira berpatutan lagi lah rege nya

    ReplyDelete

siapa komen, dapat bunga ♥