RESEPI

TRAVEL

TIPS

Resepi Sayur Lemak Putih Kelantan

by - 11:09 AM

Resepi Sayur Lemak Putih Kelantan - Semenjak berkahwin selera makan makin bertambah, maka berat pun semakin bertambah. Niat nak diet makin kelaut. Kalau sebelum kahwin seminggu sebulan tak makan nasi pun okay. Tapi sekarang dah lain, sehari tak makan nasi mula rasa menggigil mungkin sebab Mek Cah menyusu badan untuk anak ke dua. Jadi blog ini pun dah menjadi blog RESEPI, rasanya dah banyak wujud RESEPI dalam blog ini. Lolzzz paling terbaru Mek Cah berkongsi 'RESEPI IKAN PATIN MASAK TEMPOYAK MUDAH!' dan 'RESEPI IKAN SINGGANG KELANTAN' juga mendapat sambutan. Maklumlah kena rajin masak supaya suami tak cari lain. Insyaallah usahakan yang terbaik untuk menjadi isteri yang solehah. Tak giteww? Memang tekak orang Kelantan suka masak guna bahan yang bersantan. Sayur Lemak Kelantan memang berselera makan dengan budu dan ikan goreng. Ore klate kata 'nyakut molek'.Hohoho

 Resepi Sayur Lemak Putih Kelantan
 Resepi Sayur Lemak Putih Kelantan

Bahan - bahan Sayur Lemak Putih Kelantan
-Sayur ( Sawi, Kobis, Lobak Merah, Terung, Petola (atau pape sayur yang anda suka) - hiris ikut suka [ Mek Cah cuma letak terung, labu, kubis]
-1 labu bawang besar - hiris halus
-2 biji bawang merah (jika kecil) memadai 1 jika besar - dihiris halus
-2 ulas bawang putih - hiris halus
-1 batang serai - diketuk [Mek Cah tak letak pun]
-1 biji lada merah
-1 biji lada hijau
-seekor ikan kukus (ambil isi sahaja dan ditumbuk sedikit)
-secukup santan [Mek Cah guna 1  kotak santan KARA]
-garam secukup rasa

Cara-cara
•Satukan kesemua bahan-bahan kecuali kobis di dalam periuk dan masak hingga mendidih.
•Masukkan kobis dan gaul hingga rata.Tambah santan jika perlu dan masak hingga kobis lembut.Siap untuk dihidangkan.

Sumber resepi : Kongsi Resepi Mudah

You May Also Like

2 kata-kata indah...

  1. sedap sangat nih, lagi lah bila campur dengan isi ikan tu kan... mau la makan bertambah-tambah

    ReplyDelete

siapa komen, dapat bunga ♥