RESEPI

TRAVEL

TIPS

Resepi Susu Pisang Viral Ala Nilofa

by - 1:03 PM

Resepi Susu Pisang Viral Ala Nilofa | Assalamualaikum. Semenjak jadi surirumah gigih tau Mek Cah masak hidangan istimewa untuk suami dan anak-anak, yang terbaru 'Resepi Ikan Patin Masak Tempoyak Mudah!'. Sedap atau tak tetap berusaha masak untuk isi rumah. Kalau tak sedap cuba perbaiki lagi skill memasak tu. Yang penting perut suami dan anak-anak kenyang. Begitulah tanggungjawab isteri, semoga pahala kelas VIP untuk golongan isteri ni. Okay semenjak viral susu pisang Nilofa Mek Cah tak pernah langsung ada perasaan nak cuba tapi perasaan ingin cuba untuk buat sendiri itu ada. Lagi-lagi bila tengok review dari vlogger kata susu pisang Nilofa ni sedap tapi 8 rating daripada 10. Ekekeke so buat sendiri lagi jimat dan berkhasiat. Bahan-bahan pun senang sahaja. Mek Icha dan Adam Sufi pun minum bertambah, Encik Husband apa kurangnnya cakap sedap la ummi. Opsss terus kembang lobang hidup ummi dia. Lolzzz Alhamdulillah dah cuba susu pisang yang tengah viral iaitu brand Meiji dari Thailand. [REVIEW SUSU PISANG MEIJI VIRAL]

Pisang amat baik untuk ibu mengandung kerana ia mampu untuk membantu perkembangan janin. Ini kerana kandungan nutrisi seperti kalium dan juga asid folat. Selain itu pisang juga kaya dengan kandungan vitamin dan mineralnya yang penting seperti vitamin C, vitamin B Kompleks, kalium, kalsium, fosforus, zat besi dan magnesium.
Resepi Susu Pisang Viral Ala Nilofa
Resepi Susu Pisang Viral Ala Nilofa

Bahan-bahan Resepi Susu Pisang 
diperlukan:
2 biji pisang/cavendish banana
Susu segar (2 cawan, anggaran 2 orang)
4 sudu kecil brown sugar (boleh kurangkan/lebihkan, terpulang)
Esen pisang - 2 titik
2 gelas ais - lebihkan kalau suka

Resepi Susu Pisang
Resepi Susu Pisang

Cara menyediakan:
1. Pisang, susu segar, brown sugar, esen pisang, ais dimasukkan ke dalam pengisar.
2. Kisar sehingga sebati.
3. Pasti sedap dan dapat disediakan dalam masa 5 minit saja.

Amacam? kalau bahan kat dapur dah cukup buat la sekarang. Dah cuba resepi ni bagitahu Mek Cah tau sedap ke tidak. Insyaallah susu pisang buat sendiri lebih berkhasiat daripada yang beli punya sebab yang beli cuma banyak perisa tambahan. Tak gitu?

Resepi Susu Pisang Viral Ala Nilofa
Gigih Screenshoot hasil post di MAHN. Ecehhhh buat kenangan gituhh. Kali pertama berkongsi resepi. Insyaallah kalau diberi umur yang panjang banyak lagi resepi yang bakal menyusul. Papai.

You May Also Like

4 kata-kata indah...

  1. sedapnyaa..saya ada nampak jugak post ni di MAHN..haha..thank you share resepi

    ReplyDelete
  2. buat sendiri lagi berbaloi2, esen pisang tu wajib boh bagi bau dia lagi naik...

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang lagi berbaloi. hehe leh minum sampai puas hati. :)

      Delete

siapa komen, dapat bunga ♥