RESEPI

TRAVEL

TIPS

Resepi Ikan Patin Masak Tempoyak Mudah!

by - 12:30 PM

Resepi Ikan Patin Masak Tempoyak | Assalamualaikum. Hari ni Mek Cah nak kongsikan Resepi Ikan Patin Masak Tempoyak mengikut selera tekak Mek Cah. Kalau yang perasan dah lama kan Mek Cah tak update blog kali terakhir berkongsi "Resepi Ikan Singgang Kelantan" dan 'Resepi Jus Kurma Susu Sedap!'. Masa untuk hadap PC ni dah tak banyak sebab sibuk urus anak, rumah dan ig business online @thecumi.kids @casingkitty.co dan @anisaliha.co . Janga lupa follow tau. eh... Tiber pulak. Okay berbalik kepada Resepi Ikan Patin Masak Tempoyak, yang unik Mek Cah letak sedikit lengkuas dan halia main agak-agak sahaja. Lolzz maklumlah tekak kelantan wajib ada halia dan lengkuas. Kali ni Mek Chah tumis sekejap bahan blender dengan minyak panas lepas tu baru campurkan dengan air. Jom kita tengok Resepi Ikan Patin Masak Tempoyak.

Resepi Ikan Patin Masak Tempoyak
Resepi Ikan Patin Masak Tempoyak 


BAHAN-BAHAN Resepi Ikan Patin Masak Tempoyak :

seekor ikan patin 
*segenggam cili padi (kalau tak suka pedas berasap, kurangkan) 
*1 inci kunyit hidup
*1 inci halia *resepi asal tak letak pun
*1 inci lengkuas *resepi asal tak letak pun
*4 sudu besar tempoyak 
1 bunga kantan -dibelah 4 (Mek Cah tak letak pun) 
Segengam daun kesum 
1 asam keping 
Garam 
Gula

Cara-cara :
1.Blend semua yang bertanda * .
2. Panaskan sedikit minyak masak. Masukkan bahan yang dah diblend tadi. tumis sekejap dan masukkan air secukupnya. 
2. Masukkan bunga kantan.
3.Bila mendidih pekat, baru masuk ikan. Jangan lama sangat sebab ikan lembut. Kecilkan api.
4. Masukkan daun kesum.
5. tunggu lama sedikit, baru masukkan asam keping dan garam secukup rasa.

Nota:
Petua menghilangkan hanyir dan lendir ikan patin ialah dengan melumur ikan patin dgn tepung gandum. Lagi mujarab daripada menggunakan air asam jawa/asam limau.

Makan kali ni lebih puas hati sebab anak-anak kesayangan tengah tidur. Jadi ummi dan papa makan bertambah. Nikmat yang AllAH bagi makan pula masa hujan, so memang diet dah kelaut. Bai jangan lupa cuba resepi ni tau, dan yang sambal kicap tu nanti Mek Cah kongsi di resepi seterusnya. Rasa gambar lawa ? cuba tengok artikel ni 'Review Huawei Mate 10 - Best!'. hemooooo. 

You May Also Like

2 kata-kata indah...

  1. mesti sedap, dulu-dulu akak ingatkan masak ikan patin tempoyak tu boh santan sebab nampak pekat gitu tapi bila dah tahu masak sendiri baru tahu pekat sebab tempoyak tu rupanya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. nis dulu2 xminat pun makan ni. tp bila dah kahwin semua bedall. hehe salam kenal akak. :)

      Delete

siapa komen, dapat bunga ♥