RESEPI

TRAVEL

TIPS

Resepi Jus Kurma Susu Sedap!

by - 7:42 AM

Selamat menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak bulan yang penuh keberkatan. Alhamdulillah kejap sahaja masa berlalu tup tup dah nak raya kan? Dah ushar 'Fesyen Baju Raya 2017' ke belum? Hemoooo hemoooo

Kali ni Mek Cah nak kongsi satu resepi Jus Kurma Susu yang selalu duk viral tu. Sudah pasti khasiat utama Jus Kurma Susu ni adalah untuk memberikan tenaga dan tidak mudah lapar di bulan Ramadhan ni. Maklum lah tanpa makanan dan minuman yang sesuai badan mudah rasa penat dan lapar tau lagi-lagi ibu yang sedang menyusu. Mungkin ramai dah tahu resepi Jus Kurma Susu ni tapi Mek Cah tak kira nak share jugak dengan korang. Gedik tau! Jom amalkan Jus Kurma Susu ketika waktu bersahur tau kerana banyak khasiat KHASIAT JUS KURMA SUSU yang patut korang tahu. Lagipun cara penyediaan pun tersangat mudah tau.
 Resepi Jus Kurma Susu
 Resepi Jus Kurma Susu
BAHAN-BAHAN :
  • 1/2 kotak susu segar (Tak guna susu segar pun tak pe, Mek Cah cuma guna 2X pek kecik susu kambing)
  • 9 biji kurma dibuang biji dan dibersihkan
  • 1 cawan air panas
  • Beberapa ketulan ais
  • 1 sudu kecil gula
CARA-CARA MENYEDIAKAN : 
  1. Rendam kurma dalam air panas 15 minit (Mek Cah cuma rendam semalaman dengan air biasa sahaja, contohnya selepas berbuka rendam kurma dan masa sahur tu dah boleh guna dah)
  2. Kisar kurma bersama air tadi sampai halus
  3. Masukkan ais dan kisar lg dengan gula (Nak tambah gula terpulang tapi Mek Cah tak tambah pun)
  4. Masukkan susu segar dan kisar hingga sebati. (Tak guna susu segar pun tak pe, Mek Cah cuma guna susu kambing yang pek kecik-kecik tu je.
CREDIT RESEPI JUS KURMA SUSU  : KONGSIRESEPIMUDAH

KHASIAT JUS KURMA SUSU
  1. Menyalurkan oksigen ke otak
  2. Potassium membuatkan fikiran lebih rasional
  3. Memberikan kandungan alkali secukupnya kepada cairan tubuh.
  4. Merangsang ginjal mengeluarkan toksin
  5. Menurun tekanan darah tinggi
  6. Membantu pembentukan kulit sihat.
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a. katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: …Dan sesiapa yang berpuasa di bulan Ramadan dengan penuh keimanan dan mengharapkan keredhaan Allah, akan diampunkan segala dosa yang dilakukannya sebelum itu.
Selamat menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak. Semoga Ramadhan kali ini lebih bermakna buat kita semua. Insyaallah. Amin.

You May Also Like

0 kata-kata indah...

siapa komen, dapat bunga ♥