RESEPI

TRAVEL

TIPS

Bayaran Ke-2 Dari Google Adsense RM585.46

by - 2:44 PM

Mek Cah akui blogger mampu buat duit dengan menulis blog. Namun semuanya memerlukan usaha tau, kalau sebelum ini Mek Cah pernah menggunakan pengiklanan Nuffnang yang paling banyak dapat 'Cashout Nuffnang RM1272.67' kini beralih arah menggunakan Google Adsense. Dapat sejumlah tu pun gara-gara 'Pelakon tambahan dalam Ambi Pur Home Tectonic '. Apa pun semuanya memori ketika bersama Nuffnang.

Alhamdulillah sekarang Google Adsense dapat menerima penulisan dalam Bahasa Melayu berbanding dahulu hanya terima Bahasa Inggeris sahaja. Mati la mak kalau update blog perlu gunakan Bahasa Inggeris. Lolzz Syukur sebelum ini Mek Cah pernah berkongsi kisah 'Bayaran Pertama Dari Google Adsense RM591.71' kali ini bulan Januari 2016 Mek Cah dapat bayaran sebanyak RM585.46. Humm lama tau nak dapat sejumlah ini memandangkan blog Mek Cah tidak sehebat blog otai lain yang mampu mencecah 100 USD dalam sehari. Yang tu perlu ada strategi la kan dan teknik blogging dengan betul. Salah satu sumber inspirasi Mek Cah ialah blog Hasrul Hassan yang banyak berkongsi Tips Google Adsense, kalau tak percaya sila terjah sekarang tau. 


Pembayaran Google Adsense ni memang senang terus masuk ke dalam akaun kita setiap bulan jika cukup 100USD. Buat masa sekarang Mek Cah setia dengan Google Adsense sahaja, kalau tak dapat duit bulan ni, bulan depan dapat. Menunggu terus menunggu dan perlu rajin update blog. Kalau tak memang tak bergerak earning Google Adsense . Huksss  

Kepada yang baru nak guna Google Adsense  boleh rujuk blog Hasrul Hassan tau, banyak tips berguna yang dapat korang ambil. Kalau tak jumpa juga tips yang dikehendaki, Google sahaja cara nak apply Google Adsense  dan setup kod Google Adsense  macam mana. Semuanya dah ada dalam Google yang penting korang kena usaha. Duit yang dapat kali ini boleh la shopping barang keperluan baby yang bakal lahir nanti. Hiksss 'Cara Mengetahui Jantina Bayi Dalam Kandungan'. Mek Cah jadikan cara tersebut sebagai panduan dan tekaan Mek Cah betul setelah buat scan 4D hari tu. Alhamdulillah, papai.

You May Also Like

13 kata-kata indah...

  1. Perkongsian yg menarik..boleh buat side income yg baik.

    ReplyDelete
  2. Banyaknya. Tapi sayang GA saya dah kena banned lama dulu :(

    ReplyDelete
  3. i pun refer blog hasrul hassan

    ReplyDelete
  4. Tahniah....rasa macam nak bertukar plak...hehehehe

    ReplyDelete
  5. BEstnya..baru study pasal google adsense ini. ;)

    ReplyDelete
  6. Allhamdulillah... rzeki sis :) seronoknya...

    ReplyDelete
  7. Sedang menunggu adsense lakukan pembayaran. Katanya tunggu dalam 5 hari... hihi

    ReplyDelete

siapa komen, dapat bunga ♥