RESEPI

TRAVEL

TIPS

Busana pengantin dan tunang

by - 9:07 PM


Assalamualaikum cinta..^^

Masa yang diperuntukkan untuk update pun semakin kurang, bukan tak rindu, dan bukan tak sayang kepada blog ini tapi entah kenapa minggu pertama di UITM Puncak Perdana membuatkan mek cah begitu busy sangat. Nak kata mek cah aktif berpersatuan tak jugak, nak kata mek cah orang kuat UITM pun memang jauh sekali. Apa yang busy sangat tu kan. Lolzz

Alhamdulillah mek cah bersyukur sangat-sangat walaupun mek cah tak update blog seperti selalu tetapi ada jugak yang sudi ke blog yang tak seberapa ini. Terima kasih rakan blog, facebook, twitter dan berjuta ribuan terima kasih buat stalker tegar blog mek cah ni. Muehehe sowie sangat-sangat tau untuk yang pemberi komen di entri ini "Insyaallah semester akhir". Memang mek cah tak sempat nak balas satu-satu tapi yang penting mek cah terharu ramai juga yang memberi sokongan untuk mek cah. Alhamdulillah.


Owh! kembali kepada topik asal. Untuk semester akhir ini boleh la ushar baju tunang dan baju pengantin. Mak aiiih! gedik nak kawin ke??keje pun belum lagi. Idok ler, tujuan mek cah buat entri ini kerana carian baju tunang menjadi pilihan buat pengunjung yang masuk ke blog ini. Setahu mek cah belum ada lagi yang mek cah update tentang Baju tunang. Tetapi baju untuk raya ada la "Radiusite : Pesona Syawal". Dikesempatan ini mencari idea buat bakal pengantin baru dan tunangan orang. Insyaallah, diharap perkongsian ini dapat memberi idea dan pilihan buat pengantin untuk mencari baju yang sesuai di hari bahagia mereka dengan mengekalkan ciri-ciri muslimah. Jangan lupa terjah entri ini juga "Photobooh untuk majlis perkahwinan". Mana tahu mampu membantu pasangan yang bakal raja sehari nanti. 


'Gaun labuh menyingkap kelainan susunan langkah pengayaan si dara. Ilham berbeza berikan keyakinan ketika melangkah. Jadikan dua warna pilihan yang lembut ini sebagai warna pilihan busana anda.' 


'Sentuhan istimewa wazira zainal tidak pernah mengecewakan. Ilham kreatif si pereka menaikkan seri si pemakai. Busana pengantin ala dress pasti memukau tatkala melangkah ke mahligai kasih impian . Kemasan batu ferquiez sungguh istimewa. Rona 'Dusty Pink' pilihan mempelai masa kini.'


'Febrik sifon dan dutches satin sememangnya sesuai di ilhamkan menjadi gaun yang cantik di pakai dihari persandingan. Aksesori diletakkan dibahagian tengah busana menjadi pelengkap gaya yang cantik dan sesuai di pakai oleh raja sehari di hari bahagia nanti.'

'Rona ungun tampak cantik dan berani untuk digayakan di majlis persandingan. Potongan jenis gaun panjang ini sesuai digayakan oleh bakal pengantin yang bertudung. Gabungan renda perancis dan sifon membuatkan busana ini tampak mewah dan menarik . Ditambah pula dengan jimeki penuh di bahagian dada dan hujung kain.'

Ehem!, semuanya sangat cantik bukan!. Nak kawin tapi masih belajar so ushar dulu pun jadi la kan. Tapi yang penting bersederhana dalam semua perkara. itu yang paling penting.Jom amalkan minum Perla coffee untuk dapatkan kulit yang cantik dan berseri-seri di hari bahagia korang nanti. Terjah entri review dari pemilik blog sendiri "Review : Perla Coffee". harga istimewa untuk korang.

Thanks for reading.

p/s: Buat bakal pengantin selamat pengantin baru dan semoga berbahagia untuk selamanya.  Oh dapat hadiah  INI boleh jadi hadiah terhebat dalam sebuah perkahwinan kan. :)

You May Also Like

30 kata-kata indah...

  1. kalau awak yang sarung baju pengantin ni, saya sangat2 jamin dan gerenti akan sangat2 cantik.. (ayat bodek untuk dia add friend kat fb).hahaha :P

    ReplyDelete
  2. suka yang first. kaler hijau dia soft je :)

    ReplyDelete
  3. @Syazwan Che Deraman
    mujur wan baca habis...tidok gak saloh pehe jugop..hikss

    ReplyDelete
  4. @boni kacak
    amboihh..bukan main yer..hehe saya xblh awk coz friends dah penuh..dah cuba tp xdpt..sowie eh..

    ReplyDelete
  5. cantik!
    tp klu akak (akak ke? :P) lebih prefer pakai shawl atau pun tudung 4 segi drpd tudung yg ada awning tu.. sebab nampak lg ekslusif lg2 klu tudung/shawl tu drpd jenis kain silk/ soft satin and etc

    p/s: nok kawen jugop 8)

    ReplyDelete
  6. eh eh, ngadkan akak da nak kawen dah. nnt ape2 posto kad jmputan kat mie k. hahaha. sis, nak jumpaaaa ;)

    ReplyDelete
  7. tak lama lagi yuyu dah boleh dijemput makan nasi minyak ke?? heheheh

    ReplyDelete
  8. Ingatkan dia yang tak sabar nak nikah tadi. hehe

    ReplyDelete
  9. haahaaa..tengok!ingtkan aiman jer yg ingat owner blog nih nak kawen.......org lain pom cakap cmtuh..ahahahahaa.......... :)

    ReplyDelete
  10. tgk design ni mcm berangan nak tempah..tp nak buat sesimple mungkin..hehe..jimat kos

    ReplyDelete
  11. tgk design ni mcm teringin nak tempah..tapi nak buat sesimple mungkin..hehe..jimat kos

    ReplyDelete
  12. cita-cita perempuan lepas SPM .. masuk u .. jumpa boifren .. kawen ..

    hahahahaha

    ReplyDelete
  13. blog sy juge perihal pertunangan dan perkahwinan..
    jemput singgah ya.. :)

    http://gulagulapengantin.blogspot.com/

    ReplyDelete
  14. err , cantek tapi kalaw dapat design sendiri msti lagik bes tp ... tp .. tak pndai design lerr pulak :P

    ReplyDelete
  15. semoga berkekalan jodohnya...jom semarak cinta di Galeri Malam Pertama Cameron Highlands hanya di MARDI Station CH

    ReplyDelete
  16. tq for sharing...sy suke y 1st sekali tuh..sgt sgt exclusive! ^^

    ReplyDelete
  17. mana nak cari bju 1st tu....bole pm me at az_nana2510@yahoo.com..tq yaaa.

    ReplyDelete
  18. awk jual baju nie semua??
    boleh pm saya harga nye??

    ReplyDelete
    Replies
    1. maaf saya xjual. just update blog dan share design fesyen busana pengantin je. :)

      Delete
  19. gamba yang 1st tu lw sewa bpe yer??

    ReplyDelete
  20. bole x pm sy harga lw nk sewa
    ucu_anamina@yahoo.com

    ReplyDelete
  21. Salam. Nak tanya. Untuk gambar

    'Febrik sifon dan dutches satin sememangnya sesuai di ilhamkan menjadi gaun yang cantik di pakai dihari persandingan. Aksesori diletakkan dibahagian tengah busana menjadi pelengkap gaya yang cantik dan sesuai di pakai oleh raja sehari di hari bahagia nanti.'

    Cik penulis ambil daripada majalah mana? Majalan keluaran bila? Cantik. Huhu. Nak order.

    ReplyDelete
  22. febrik sifo & dutches satin..gmbr y same mak andam tunjuk waktu plan wed dress. seriously sebiji n tanpa xtra charge sbb kte y 1st pakai.. mmg cantik n comel.. Tqs "saloma andaman" kg baru.

    ReplyDelete
  23. Hi gorgeous, Jemput ke fbpage saya, colourful lace. Prada lace cantik dan murah2.

    ReplyDelete
  24. slm..jemput juga ke butik pengantin kami..baju melayu..

    www.wanzcollection.com

    ReplyDelete

siapa komen, dapat bunga ♥