Pengalaman Menarik Di Trans Studio Bandung

Pengalaman Menarik Di Trans Studio Bandung | Akhirnya setelah kali ke-2 Mek Cah bercuti di Bandung tercapai juga hasrat untuk berkunjung ke Trans Studio Bandung yang merupakan salah satu tempat menarik di Bandung selain 'Tangkuban Parahu' , Strawberry land, Floating Market, De' Ranch dan banyak lagi. Mek Cah memilih V Hotel & Residence yang merupakan penginapan selesa, murah dan mewah dengan sarapan pagi. Semua tempat menarik tersebut Mek Cah berkunjung pada November 2013. Fuh! memang betul menjadi kenangan kerana hanya travel bersama adik kesayangan sahaja, berkenaan tips ke bandung korang boleh baca artikel 'Tips bercuti ke Bandung' yang mungkin dapat membantu korang membuat persediaan sebelum bercuti di Bandung.  

percutian di bandung

Buat kali ke-2 ke sana pada 27 Ogos 2015 merupakan percutian Mek Cah bersama suami selepas kami berkahwin pada 18 Julai 2015. Kiranya percutian di Bandung boleh dikatakan sebagai honeymoon kami. Malah yang paling menggembirakan ketika di Bandung rupanya Mek Cah dah mengandung dalam seminggu lebih cuma Mek Cah je yang tidak tahu. Nasib baik lah kandungan Mek Cah okay je walaupun ketika di sana boleh dikatakan Mek Cah lasak sangat lebih-lebih lagi ketika menaiki
Jelajah (The Adventure). Taubat Mek Cah dah tak nak main permainan ni, hanya Allah je tahu perasaan Mek Cah pada masa tu yang sangat menakutkan.

bayaran masuk ke trans studio bandung

Untuk yuran masuk ke Trans Studio Bandung kami dikenakan tiket berharga IDR 170,000. Kiranya convert dalam duit Malaysia ialah dalam RM50 macam tu. Dengan membayar sejumlah tersebut korang berpeluang menikmati hampir 20 jenis pilihan permainan. Fuh! tapi Mek Cah tak cuba semuanya kerana tak larat, yang sempat Mek Cah berkunjung ialah Science Center, Trans Car Racing , Dunia Anak / Kiddy's Land, Jelajah (The Adventure), Kong Climb, Sky Pirates. 

Inilah senarai game yang korang boleh cuba ketika berada disana :
  •     Trans City Theater
  •     Yamaha Racing Coaster
  •     Giant Swing
  •     Marvel Superheroes The Ride
  •     Vertigo
  •     Trans Car Racing
  •     Si Bolang Adventure
  •     Trans Broadcast Museum
  •     Science Center
  •     Dunia Anak / Kiddy's Land
  •     Jelajah (The Adventure)
  •     Kong Climb
  •     Sky Pirates
  •     Amphitheater
  •     Captain Black Heart Pirate Ship
  •     Negeri Raksasa (Land of the Giant)
  •     Dragon Riders
  •     Pulau Liliput (Liliput Island)
  •     Dunia Lain (the Other World)
  •     Special Effects Action
percutian di bandung

Kononnya kami ingin membawa air mineral sebagai bekal sepanjang di dalam Trans Studio tapi hampeh korang tak boleh bawa langsung air mineral mahupun apa-apa makanan. Kiranya beg korang akan diperiksa terlebih dahulu oleh staff disana bagi memastikan korang tidak membawa benda terlarang di dalam kawasan Trans Studio. Berdekatan Trans Studio Bandung dalam tu ada Trans Studio Mall juga tau. Kami tidak melepaskan peluang untuk shopping makanan untuk dibawa balik ke Malaysia. 

Pengalaman Menarik Di Trans Studio Bandung
Pengalaman Menarik Di Trans Studio Bandung

Gigih tau masa ni beratur untuk menonton Kebayan Goes To Hollywood. Persembahan hampir 30 minit, apa yang Mek Cah boleh katakan ianya cukup menghiburkan tetapi pemakaian diorang memang ala Hollywood terlajak menyakitkan mata. Apa pun dah alang-alang masuk dalam panggung layankan sajo. Lolz



Masa ni pulak tengah tunggu giliran untuk
Trans Car Racing. Memang ramai orang sampai perlu beratur. Nasib baik juga bawa monopod boleh rakam memori sepanjang di Trans Studio Bandung, maklumlah nak mengada suruh orang kat situ ambilkan gambar kami berdua memang malu sih!


percutian di bandung2




Yang ni pula memang tempat kegemaran suami suka tengok ikan yang pelik-pelik tapi kalau kanak-kanak pun pasti suka berkunjung ke sini iaitu Science Center. Mcam-macam ada pasti anak-anak korang terlompat-lompat girang sebab mama dan daddy dia bawa mereka kesini. Tak salah sekali sekala bawa anak korang bercuti, kalau belum ada anak bawalah parents korang kesini. Pasti meriah gituh!


Pengalaman Di Trans Studio Bandung

Itu sahaja buat kali ini,kalau bawa anak kecil pasti lebih seronok sebab mereka kan sukakan permainan macam ni. Nanti kalau dah merancang ke Bandung jangan lupa singgah di Trans Studio Bandung tau, bagitahu kat supir korang mahu kesana. Lagi satu tips kalau korang booking supir seelokkan gunakan perkhidmatan menghantar dan mengambil anda sahaja. Tidak perlu booking satu hari nanti membazir. Humm pandai-pandai lah korang deal. Papai. 

 INTEGRATED TRANS STUDIO BANDUNG COMPLEX
Jl. Gatot Subroto 289, Bandung 40273
Bandung T +62 22 910 99999, F +62 22 910 99998

Tempat menarik di bandung?


--SMS/WHATSAPP/VIBER : +6010-8931044 --

15 ulasan:

  1. wah!! syoknya Bandung. Tak sangka pulak ada tempat mcm ni. Good sharing!

    BalasPadam
    Balasan
    1. memang ada. kat bandung femesss kot :)

      Padam
  2. Balasan
    1. xpe yu, lain kali boleh singgah sini :)

      Padam
  3. salam dik.. masuk ke sini kanak2 dan dewasa sama harga yea.. dan if 1/2day di sini cukup tak?

    BalasPadam
    Balasan
    1. WASSALAM. RASANYA HARGA TAK SAMA SISI. :)

      Padam
  4. Seronok bercuti di bandung ..sukanya tengok happy couple

    BalasPadam
  5. assalam cik cah..kalu g sore,buleh main dop semo game kat trans studio ni??ko syarat dyo keno ado 2 ore??����

    BalasPadam
  6. assalam cik cah..kalu g sore jah,buleh main semo ko game kat trans studio tu??ko syarat dyo keno g 2 ore bwu buleh main game dyo??😊😊

    BalasPadam
    Balasan
    1. wasslm. blh jah main. dah bayar awal2 kat depan kauntar blh main semua benda :)

      Padam
  7. assalam cik cak , kalau tak keberatan boley tak share berapa total cost ke bandung untuk 2 orang ye ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. wASSLM. nis dah lupa tp kat sini ada cerita kos semua :) http://hazanis.blogspot.com/2014/01/tips-bercuti-ke-bandung.html

      Padam
  8. salam sis,bole x bg number supir yg sis ambil semasa berada di bandung?

    BalasPadam
    Balasan
    1. wassalam. sis blh dptkn info kat sini. Nis dah letak page fb supir tu dengan no fon sekali .:D

      Padam

siapa komen, dapat bunga ♥ ^^◕‿◕✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...