Cara Putihkan Gigi Dengan Cepat Dari ArilGlow

Assalamualaikum Cinta

Cara Putihkan Gigi Dengan Cepat |Ehem! kalau bab memutihkan semuanya jadi laju kan korang nak tahu lebih-lebih lagi untuk putihkan kulit dan gigi. Kalau nak putihkan kulit korang jangan lupa cuba produk Vitamin C 1000mg Pahang Pharmacy dan ikut tips disediakan disini '5 Cara Memutihkan Kulit Wajah Secara Semulajadi'. Tak kan nak kulit je putih kan? mesti la nak gigi yang putih jugak lebih-lebih lagi tak lama lagi nak raya tentulah korang ingin kelihatan menyerlah di hari Raya kan?

Nah! Mek Cah ada cara terbaik untuk putihkan gigi dengan cepat dan selamat. Jawapannya ialah dengan
ARIL GLOW pen pemutih gigi yang kini mampu menyelesaikan masalah gigi kuning tanpa bajet yang tinggi. Lagi satu dengan beberapa langkah korang dapat gigi idaman untuk korang lebih berkeyakinan berhadapan dengan orang luar. Yang mana memang selalu sibuk dengan kerja dan pada masa sama mencari cara memutihkan gigi dengan pantas? Jangan lupa guna ARIL GLOW untuk merasai pengalaman menggunakan pemutih gigi moden ini yang memutihkan gigi anda sepantas 2 hari tanpa perlu jumpa doktor gigi !. Alhamdulillah lebih menyakinkan apabila ARIL GLOW sangat selamat digunakan kerana lulus KKM tau!, jadi gunakan tanpa was-was.Senyum cikit! :)

TIADA LAGI KUNING DAN KOTORAN PADA GIGI !!

Mesti ramai ingin tahu kesan gigi putih akan kekal atau tidak? 
Kesan tidak akan kekal selagi penjagaan gigi tidak diutamakan. Gigi secara semulajadi akan kotor dan kuning dari masa ke masa. Ia bergantung pada makanan/minuman harian kita. Elakkan minuman soda, wine, rokok dan makanan berwarna yang menyebabkan gigi kuning. Ia bukanlah cat kekal untuk menampal kuning pada gigi anda.

Cara Memutihkan Gigi Dengan Cepat Dari ArilGlow
Siapa yang boleh guna pemutih gigi Arilglow
⦁    Umur 12 tahun ke atas
⦁    Mereka yang mempunyai masalah gigi kuning
⦁    Lelaki dan wanita
⦁    Ibu menyusu
⦁    Mereka yang memakai braces
⦁    Wanita mengandung tidak di galakkan

Cara penggunaan?
  1. Elakkan guna mouthwash sebelum rawatan. Sapu tisu pada gigi sehingga keluar apa sahaja yang melekat pada permukaan gigi (gigi dalam keadaan kering). Ambil pen dan pusingkan mengikut jam sehingga keluar gel.
  2. Apabila gel keluar, senyum nampak gigi dan sapu pada bahagian atas gigi diikuti bahagian bawah. Pastikan rata sahaja. Jangan letak tebal-tebal. Nipis pun dah mencukupi. Elakkan terkena gusi. Jangan telan dengan sengaja. Biarkan selama 30 minit. Lagi lama lagi bagus.
  3. Kemudian tutup mulut dan kumur dan bilas dengan air paip. Selepas itu, guna berus gigi serta ubat gigi dan gosok sehingga keluar lebihan gel yang masih melekat pada gigi (seperti rutin harian menggosok gigi). Ini bertujuan untuk lindungi daripada iritasi. Kumur dan bilas semula dengan air paip.
  4. Basuh berus gigi sehingga terkeluar lebihan gel yang melekat. Dah siap ! Gunakan 2 kali sehari. Pagi sebelum pergi kerja dan malam sebelum tidur. Hanya untuk 12 tahun ke atas sahaja dan tidak digalakkan untuk digunakan bagi wanita mengandung dan masih menyusukan anak.
  5. Pakai secara konsisten untuk kesan yang terbaik. Simpan di tempat yang gelap dan sejuk. Elakkan terkena matahari dan simpan pada suhu tinggi. Boleh letak di dalam peti ais, tapi jangan letak dalam "freezer".

pen pemutih gigi
Apakah itu sensitiviti gigi?
Walaupun bukan kebiasaan, sesetengah individu mungkin mengalami gigi sensitif. Ia adalah sementara sahaja dan akan hilang selepas rawatan dihentikan. Ia disebabkan oleh gel yang membuatkan struktur gigi kekurangan air untuk tembus dan bersihkan kotoran gigi. 

Gel ini terkandung glycerin dimana ia menyerap air daripada gigi, sekaligus menganggu keadaan isotonik dan menyebabkan gigi sensitif. Dalam erti kata lain, gigi dehidrasi semasa proses pemutihan, yang menyebabkan sensitiviti. 

Air liur biasanya akan menghidrat gigi apabila selesai proses pemutihan dan tiada lagi rasa sensitif pada gigi. Jika anda mengalami sensitiviti, kami mengalakkan anda menggunakan ubat gigi sensodyne.


pen pemutih gigi 4
 
Korang kena yakin penggunaan Ari Glow ini tidak berbahaya kepada gigi korang. Nak tahu kenapa? 
 
Tiada bukti yang mengatakan enamel gigi berbahaya daripada penggunan pemutih gigi apabila rawatan dilakukan. Ia tidak akan menyebabkan gigi menjadi nipis dan menukar permukaan gigi. Andai sekiranya anda gunakan sehari 2 kali untuk 10 tahun.

Ia berupaya untuk bawak kesan yang negatif, dan saya pasti itu bukan niat anda. Anda perlu berasa selesa menggunakan produk ini sehingga anda mencapai keputusan yang anda inginkan tanpa ragu-ragu.

Tetapi awas, korang mesti elakkan beberapa perkara selepas membuat rawatan (24-48 jam). Perlu diingatkan selepas rawatan pemutihan, liang-liang enamel akan terbuka dan ini menjadikan lebih mudah terdedah kepada apa-apa kotoran. Apabila liang tutup, dimana biasanya terjadi 24-48 jam selepas prosedur, anda boleh sambung semula seperti biasa.

⦁ Gigi palsu?
- Ia hanya berkesan kepada gigi semulajadi sahaja.
 
⦁ Minuman yang bersih:
- Air putih
- Air suling
- Susu
 
⦁ Makanan yang perlu dielakkan:
- Lemon, Jus oren, Apa sahaja jus buahan
- Teh dan kopi
- Cola-cola dan minuman bergas
- Minuman tenaga

⦁ Makanan yang perlu dielakkan:
- Karot dan buah oren dan sayuran
- Brokoli, bayan dan sayuran hijau
- Coklat
- Roti putih
- Tomato dan sos merah

TESTIMONI PEN PEMUTIH GIGI ARILGLOW
testimoni pen pemutih gigi

Nasihat tambahan untuk dapatkan gigi putih selepas menggunakan ARIL GLOW :

⦁ Elakkan air panas atau sejuk. Ia tidak bagus selepas rawatan disebabkan boleh mengubah suhu pada gigi anda. Perubahan suhu menyebabkan gigi mengembang dan mengecut, membolehkan kotoran menembusi gigi anda. Kurangkan kopi dan teh atau cuba minum menggunakan straw untuk mengurangkan jumlah air yang terkena gigi anda.
⦁ Elakkan makanan dan minuman yang bersifat asid. Ia membuka liang enamel gigi membenarkan kotoran menembusi gigi dengan mudah. Gunakan straw untuk kurangkan bahan ini terkena gigi anda.
⦁ Kurangkan merokok. Ia disebabkan nikotin pada puntung rokok menyebabkan gigi kuning. JIka anda tidak berhenti, sekurangnya cuba had dan kurangkan.
⦁ Guna gincu "smudge proof". Untuk pastikan lipstik daripada terkena pada gigi disebabkan lisptik biasa boleh sebabkan kotoran pada gigi.

ARIL GLOW PEN PEMUTIH GIGI
 
Alhamdulillah, Mek Cah pun dah cuba, memang bagus dapat mengembalikan keyakinan diri untuk lebih senyum nampak gigi. Siapa yang perasan Mek Cah memang kurang berkeyakinan untuk senyum dihadapan kamera sebab faktor gigi yang tak berapa cantik. Opsss! dengan ARIL GLOW pen pemutih gigi Mek Cah dah kembali yakin tau. Mihmih jangan lupa dapatkan Pen pemutih gigi dari Aril Glow dengan harga yang mampu milik. Insyaallah.

SMS/WHATSAPP: +6010-8931044

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

siapa komen, dapat bunga ♥ ^^◕‿◕✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...