Pengalaman Bersalin Anak Pertama di KBMC

Pengalaman Bersalin Anak Pertama | Syukur alhamdulillah pada tarikh 14 Mei 2016 Mek Cah selamat melahirkan puteri sulung Alisha Safiya dengan bersalin secara normal di Kota Bharu Medical Centre (KBMC). Memang dah lama menyimpan hasrat untuk berkongsi pengalaman bersalin anak pertama dengan rakan blogger tetapi disebabkan kesibukan menjaga Alisha jadi hasrat tersebut terpaksa disimpan dan akan dikongsi bila betul-betul ada masa terluang. Maklumlah saat nak update blog, masa tu juga lah Alisha bangun tidur dan meragam. Hummm biasa lah dah ada anak kecil aktiviti menulis blog pun dah tak selaju dahulu. Tetapi disebabkan pengalaman melahirkan Alisha masih segar dalam ingatan jadi pengalaman melahirkan  anak pertama dikongsi bersama, mungkin ramai ibu yang akan bersalin nanti akan tercari-cari ilmu melahirkan anak pertama dan pengalaman bersalin di KBMC. Macam Mek Cah dulu banyak google dihospital mana yang terbaik dan tips yang perlu diikuti ketika hendak bersalin. Nasib baik tips ni sangat membantu 'Cara meneran dengan betul ketika bersalin'. 

Banyak yang Mek Cah dengar bersalin ni memang sakit, antara hidup dengan mati. Masa tu buat relax je memandangkan tak nak fikir negatif sangat takut nanti menjejaskan bayi dalam kandungan. Sakit ke tidak Mek cah harus hadapi!!

Pengalaman Bersalin Anak Pertama
Alisha Safiya umur 1 hari. 
07 MEI 2106
Due date Mek Cah sepatutnya 07 Mei 2016 tetapi Alisha tak nak keluar lagi, mungkin terlalu seronok duk dalam perut umi. Opsss umi bagi makan sedap-sedap, sebab tu berat umi dah terlampauuu masa mengandungkan Alisha!. Semua saudara mara dah tanya khabar tak beranak lagi ke. Malah masih sempat Mek Cah keluar shopping barang dapur dengan mak sebelum tarikh serah diri di KBMC 14 Mei 2016. 

13 MEI 2106
Syukur, percaturan Allah sangat terbaik. Belum sempat Mek Cah kena admit di KBMC, subuh jumaat 13 Mei 16 Mek Cah dah mula rasa sakit macam gastrik. Yeayy tak perlu kena induce!. Jadi, husband pun terus call emak saudaranya Cik G yang kerja sebagai doktor di Hospital Raja Perempuan Zainab II. Terus kami kesana dalam jam 11 pagi untuk check bukaan jalan. Masa tu baru 3 CM, tetapi Cik G cakap kena bersiap sedia takut malam atau esok pagi beranak. Fuh masa tu memang Mek Cah dah siap sedia walau apa pun terjadi. 

Selepas check bukaan jalan Mek Cah dan suami ke rumah mertua, masa tu memang dah rasa sakit setiap 10-15 minit. Memang duk tahan sakit macam period gituh. Sepanjang hari Mek Cah bertahan sakit construction, jadi malamnya terus ke KBMC walaupun sepatutnya 14 Mei 2106 jam 9 pagi serah diri di sana. Haaaa yang ni pergi awal sebab memang dah tertahan. Sobsssss

Alhamdulillah, pukul 11 malam lebih Mek Cah terpaksa admit di KBMC. Disebabkan tak tahan sakit, nurse cucuk ubat tahan sakit. Tapiiiiiiii, tak jugak hilang rasa sakit dan memang tak boleh tidur menahan sakit. 

14 MEI 2106
Alhamdulillah, dalam pukul 3.45 pagi pecah air ketuban, masa tu duk atas katil pun rasa tak selesa. Kejap ke tandas kejap mengiring ke kiri, kejap mengiring ke kanan. Sampaikan Mek Cah terpaksa duduk di kerusi tetamu dan husband pulak tidur atas katil. Tak pelah janji Mek Cah selesa dan rasa sakit berkurang. Lepas tu husband panggil nurse dalam 4 pagi lebih dan cepat-cepat ke labour room. Masa tu hanya Allah sahaja yang tahu rasa sakit tu macam mana. Allah, Allah, Allah, memang tak tertahan. Nurse check bukaan jalan baru 7 CM, disebabkan doktor tak de lagi nurse suruh bertahan dan masa tu tunggu doktor je datang. 

Pengalaman Bersalin Anak Pertama
Alhamdulillah, first raya bersama Alisha Safiya dah bergelar umi pun. :D
Sepanjang di labour room doa (LA ILAHA ILLA ANTA. SUBHANAKA, INNI KUNTU MINAZZHALIMIN) sentiasa di mulut. Semoga Allah kurangkan rasa sakit dan permudahkan semuanya. Disebabkan pukul 5.30 pagi Mek Cah dah tak dapat menahan sakit Mek Cah cakap saya rasa nak push dah, tak tertahan. Masa tu nurse baru kalut sediakan peralatan bersalin, check bukaan jalan dan 10 CM. Syukur juga doktor sampai pada saat yang tepat. Pukul 6 pagi doktor sampai, masa tu terus doktor ajar cara push yang betul. Dah rasa sakit, Mek Cah redha je apa yang bakal berlaku. Tiba-tiba rasa benda panas keluar dari tutt Mek Cah. Allahuakbar, Mek Cah dah selamat bersalin selepas subuh 6.20 pagi. Masa tu suami yang banyak memberi kata semangat sampai menitis airmata melihat saat Mek Cah melahirkan zuriatnya. Tapiiii, Mek Cah langsung tak menangis. Mungkin terkejut melihat si kecil dalam pangkuan Mek Cah masa tu. Alhamdulillah Mek cah selamat bergelar umi. Memang impian nak baby girl, alhamdulillah entri 'Cara Mengetahui Jantina Bayi Dalam Kandungan' banyak membantu. ;)

Pengalaman Bersalin Anak Pertama
Mama tok excited dapat cucu sulung. Senyum sampai ke telinga. :P
Selepas selamat semuanya, tak sangka pula pagi-pagi lagi keluarga mertua sampai nak melihat baby Alisha. Memang nampak wajah kegembiraan mereka. Abah dan mak Mek Cah lak sampai selepas tu. Semua dah tak sabar nak tengok baby. Alisha, jadi budak baik yer, umi sayang Alisha. Pagi isnin kalau tak silap Mek Cah dah boleh discharge, jadi bermula lah episod berpantang. Dalam wad pun dah mula berpantang, menu yang pihak KBMC sediakan pun memang khas untuk ibu berpantang. Memang masa ni masih tak lalu makan, masih trauma dengan pengalaman melahirkan Alisha.

Bagi pendapat Mek Cah perkhidmatan KBMC okay, parking pun okay. Senang saudara nak datang melawat. Duk dalam bilik macam hotel gituh, senang la saudara nak melawat dan lepak lama-lama dalam tu. Kalau tak silap kalau di HRPZ II ada waktu melawat bukan senang-senang nak melawat saudara yang dah bersalin. Menu makan pun sedap, setiap masa nurse datang bagi makanan dan ubat. Pengurusan anak pun okay, nurse yang akan mandikan. Jadi tak de la Mek Cah kalut masa tu sebab masih sakit dengan kesan jahitan di tuttt. 

A photo posted by 🌷Hazanis Blogspot🌷 (@hazanisblogspot) on
HAZANIS
Dulu selalu selfie sorang-sorang sekarang kalau selfie wajib berdua dengan LICHA. 
Apa pun pengalaman melahirkan Alisha tidak akan pernah Mek Cah lupakan. Oh ya, setiap orang pengalaman berbeza, ada yang tak rasa sakit pun ketika bersalin. Ada jugak yang menahan sakit 24 jam, apa pun hargailah memori terindah saat melahirkan zuriat kita. Kini Alisha dah besar , 14 September 2016 ni genap Alisha 4 bulan. Semoga membesar dengan sihat yer sayang! 


Doa di Dalam Alquran untuk Meminta Anak Soleh dan Solehah
Ya Rabbku, anugrahkanlah kepadaku (seorang anak) yang termasuk orang-orang yang saleh,” (Q.S. Ash-Shaffaat: 100).

“Ya Rabbku, berilah aku dari sisi Engkau seorang anak yang baik. Sesungguhnya Engkau Maha Mendengar doa,” (Q.S. Ali Imron: 38).

--SMS/WHATSAPP/VIBER : +6010-8931044 --

18 ulasan:

  1. CONGRATULATION!!!! wish your baby all the best... congrats once again

    BalasPadam
  2. putihnya anak mu mek! geram nengokkkkk. kecit2 dah cantik comel. supe mama dia

    BalasPadam
    Balasan
    1. xbrapo putih pun kak. ni makin bambam dah. :')

      Padam
  3. Assalamualaikum..comelnya mek cha.. alhamdullilah semuanya selamat.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumussalam. alhamdulillah sis. tp rasa sakit tetap dlm ingatan. :')

      Padam
  4. comelnya alisha.. tahniah da dpt baby =)

    BalasPadam
  5. tahniah mekcah...comel baby...

    BalasPadam
  6. Tahniah... btw comel sangat baby awak!! sama macam mak dia..

    BalasPadam
    Balasan
    1. tq awak. biasa2 sahaja. syukur cukup sifat je. :)

      Padam
  7. Tahniahhh..comel betul baby girl

    BalasPadam
  8. salam mekcah..cost bersalin normal kat sana brapa ya???

    BalasPadam
  9. nk komen ni.. betul ke boleh dapat bunga? hehehe...


    jom jenguk sini ya.. hehe

    BalasPadam

siapa komen, dapat bunga ♥ ^^◕‿◕✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...