RESEPI

TRAVEL

TIPS

Review 4D Ultrasound Murah Di Kuala Lumpur

by - 5:27 PM

Baru-baru ini Mek Cah berkesempatan menggunakan perkhidmatan 4D Ultrasound di Klinik Dr Nurul yang terletak di Cheras, Kuala Lumpur. Selain menyediakan perkhidmatan 4D Ultrasound,  Klinik Dr Nurul turut menyediakan Perkhidmatan Kesihatan Keluarga, Perkhidmatan Kesihatan Kanak-kanak, Pemeriksaan Ibu mengandung, Surgeri, Makmal, ECG, Psikologi & Kaunseling. Boleh dikatakan bayaran perkhidmatan 4D Ultrasound tersangat murah sekitar Kuala Lumpur kerana dengan hanya mengeluarkan modal RM70 ibu hamil boleh ketahui jantina bayi dalam kandungan serta kesihatan bayi dalam kandungan. Namun pastikan usia kandungan 24 minggu - 32 minggu tau baru boleh lihat jantina bayi dengan baik. Kepada yang masih pening nk pilih nama anak boleh baca artikel ini 'SENARAI NAMA ANAK LELAKI DAN PEREMPUAN BERSAMA MAKSUD'.Nasib baik sebelum ini Mek Cah pernah membaca artikel 'Cara Mengetahui Jantina Bayi Dalam Kandungan' dan cara tersebut Mek Cah buat sekaligus telah memberi hint jantina bayi yang Mek Cah kandungkan.


Kisahnya bermula apabila suami ada kursus di Kuala Lumpur kebetulan Mek Cah ternampak iklan  "PROMOSI 3D/4D ULTRASOUND" di facebook dan kebetulan juga tarikh promosi tersebut Mek Cah ada di Kuala Lumpur. Apa lagi terus call untuk booking tarikh yang sesuai. Syukur ada juga rezeki baby dalam perut apabila tarikh 27 Januari 2016 jam 5.20 petang masih available. Gigih tau selepas je suami habis khusus terus je drive dari Seri Pacific Hotel terus ke Cheras. Walaupun sesat untuk kesana kami tetap berpuas hati dengan layanan yang diberikan oleh pihak Klinik Dr Nurul. Disambut dengan mesra staff di bahagian kaunter terus diminta duduk sekejap dan tak sampai 5 minit Mek Cah duduk terus di panggil masuk ke bilik Doktor.

Sembang-sembang sambil  Dr Nurul  bercerita tentang kandungan Mek Cah, katanya semuanya okay dan baby dalam keadaan sihat. Yang paling lucu awal-awal lagi  Dr Nurul  bagitahu nanti awak dapat baby girl tau sebab dah nampak burger dia. Opss! Dengan rasa gembira Mek Cah bersyukur tekaan selama ni betul dan berharap masa lahir nanti memang betul lah kata-kata doktor memandangkan Mek Cah dah banyak shopping baju girl kat Sogo. Tsskkkk

PROMOSI 4D Ultrasound Murah Di Kuala Lumpur
4D Ultrasound Murah Di Kuala Lumpur

Dengan hanya RM70 korang akan dapat sekeping CD , nanti boleh la balik rumah tatap lama-lama gambar baby dalam perut. Hikss Oh ya! 3D/4D Ultrasound sesuai dilakukan pada usia kandungan 24minggu - 32minggu. Nasib baik kebetulan kandungan Mek Cah dah 25 minggu, tetapi masih belum dapat lihat dengan jelas gambar baby, yang nampak hanya wajah masam baby je. Eeeeee tolong la senyum sikit anak ummi. Hikss

Untuk yang berminat boleh terus ikuti perkembangan promosi yang akan ditawarkan oleh pihak Klinik Dr Nurul dari masa ke semasa menerusi facebook
Klinik Dr Nurul. Kalau harga normal tanpa promosi Mek Cah tak pasti tapi masih lagi murah berbanding dengan harga di klinik lain. Malah ramai yang review kata klinik ini memberikan perkhidmatan terbaik untuk mereka. 

Klinik Dr Nurul yang terletak di Cheras
Review 4D Ultrasound Murah Di KL


Facebook : Klinik Dr Nurul
Alamat : 29,Jalan Damai Niaga Satu,Alam Damai, 56000 Cheras, Kuala Lumpur
No. Tel : 03-9108 1189

Selepas je 4D Ultrasound Mek Cah dan suami terus pecut ke Ikea , Cheras untuk menternak lemak dan shopping barang rumah. Nak bagi reward untuk baby sebab tak tutup muka masa scan tu. Terima kasih anak ummi. Muahhhh! makan kenyang-kenyang tau. Lalalala



pengalaman scan 4d

You May Also Like

6 kata-kata indah...

  1. Haha..area rumah je ni..

    Tp iolls x ngandong plak..klu x musti da terjah..hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. nanti dah mengandung boleh la pergi. hehe :P

      Delete
  2. seronok kan buat scan bby.. teringat masa scan zara dulu.. 2x juga buat.. :)

    jemput singgah blog kita :)
    hanyadihatiku.blogspot.my

    ReplyDelete
  3. Bestnya. Jadi teringin pulak nak tengok muka baby saya sendiri.

    http://angellovesoldier.blogspot.com/

    ReplyDelete

siapa komen, dapat bunga ♥