Biodata Dato Seri VidaDato Seri VidaDato Seri Vida Bina Hotel PQPTRWGambar Dato VidahiburanRahsia Kejayaan Dato Seri VidaRumah Mewah Dato Seri Vidaselebriti
Menarik! Dato Seri Vida Bakal Bina Hotel PQPTRW Bernilai RM280 juta
Alhamdulillah, nampaknya Dato Seri Vida bakal melangkah lebih maju kerana bakal bina hotel PQPTRW Bernilai RM280 juta berhampiran Stadium Sultan Muhammad IV, Kelantan. Sebelum ini Mek Cah pernah berkongsi 'Video Rumah Mewah Dato Seri Vida #terlajakputehnampak' telah mendapat perhatian netizen gara-gara kekayaan yang beliau miliki. Malah wanita yang berjaya ini telah membuka mata orang lain untuk turut berjaya sepertinya serta menjadikan perniagaan sebagai sumber pendapatan. Yang penting 'Kisah Menyentuh Hati Asal Usul Dato Seri Vida!' membuktikan siapa sahaja mampu berjaya sepertinya namun harus lalui pelbagai liku kehidupan untuk berada ditahap sepertinya sekarang.
Menurut sumber Berita Harian 3 Februari 2016,
Menurut sumber Berita Harian 3 Februari 2016,
HOTEL bertaraf enam bintang yang akan dibina di Kota Bharu oleh Penaja Utama Pasukan Pamoga Qu Puteh The Red Warriors (PQPTRW), Datuk Seri Dr Hasmiza Othman atau Dr Vida. - Foto ihsan Dr Vida |
Hotel bertaraf enam bintang yang dilengkapi kemudahan sukan dan riadah akan dibina berhampiran Stadium Sultan Muhammad IV di sini. Hotel Pamoga Qu Puteh The Red Warriors (PQPTRW) bernilai RM280 juta yang bakal dibina penaja utama Kelantan, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman itu dijangka siap dalam tempoh dua tahun.
Hasmiza atau lebih dikenali Dr Vida berkata, pembinaan hotel berkenaan adalah antara usaha beliau dalam menjadikan pasukan Kelantan lebih maju dari segi kemudahan sekali gus mampu menandingi kelab Eropah yang lain.
Menurut Dato Seri Vida, Hotel PQPTRW 19 tingkat yang akan dibina di tanah seluas 0.7 hektar berhampiran papan skor Stadium Sultan Muhammad IV itu mampu memberi wajah baharu untuk Kelantan.
"Bahagian bawah hotel berkenaan akan dijadikan kompleks sukan yang menyediakan tempat permainan boling, padang tenis, latihan pukulan golf dan lain-lain lagi.
"Jadi, ibu bapa tidak perlu risau sekiranya anak mereka perlu hadir perlawanan di Kelantan kerana kemudahan tempat tinggal sudah tersedia.
"Selain itu, hotel itu juga menyediakan kafe sebagai ruang untuk peminat bola sepak menyaksikan perlawanan secara siaran langsung. Jadi mereka masih boleh menonton perlawanan beramai-ramai walaupun tidak sempat ke stadium.
"Taman tema juga dibina di sekitar hotel berkenaan bagi membolehkan seisi keluarga beriadah di lokasi terbabit. Apa yang saya usahakan ini adalah untuk membangunkan lagi skuad PQPTRW sehingga mendapat tempat di pentas antarabangsa.
"Jika saya sudah meletakkan sesuatu sebagai impian dan misi, saya akan berusaha merealisasikannya, ia bukan sekadar 'melepaskan batuk di tangga',"
Dr Vida berkata, beliau bersama arkiteknya akan mengadakan pertemuan dengan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob di Kota Darulnaim hari ini bagi membincangkan hasrat berkenaan.
"Sebaik saja projek itu mendapat kelulusan kerajaan negeri, pembinaannya akan dijalankan secepat mungkin memandangkan pelan sudah disiapkan."Selain kompleks sukan dan kafe, saya juga mahu gabungkan sebuah masjid dengan hotel berkenaan supaya usaha saya ini mendapat keberkatan. Ia juga boleh memberi kemudahan kepada pengunjung dan penyokong untuk menunaikan solat sebelum menyaksikan perlawanan,"
- Sumber Instagram Dato Seri Vida - |
Tak sabar rasanya menunggu hotel yang bertaraf enam bintang itu siap, malah Dato Seri Vida sendiri telah memuatnaik foto bagi mengesahkan perkara tersebut. Semoga impian wanita ini manjadi kenyataan, pasti ramai yang inginkan Dato Seri Vida jadi PM Malaysia bukan? Opssss!
4 kata-kata indah...
Banyaknya duit dia kan
ReplyDeleteterlajak kaya. mesti ada sumber lain duit tu. Huksss
Deletepergh pergh semakin berkembang business DSV nanti.. all the best DSV!
ReplyDeleteWah wah wag.....mesti DSV ni jenis orang yg tak tau apa tu putus asa kan.....mmg IRON LADY la dia ni...CHAIYOKKK !!!
ReplyDeletesiapa komen, dapat bunga ♥