Resepi Kek Coklat Kukus Lapis Cheese

Disebabkan sebelum ini pernah berkongsi 'Resepi Kek Coklat Kukus Sedap' maka hari ini haruslah rajin berkongsi Resepi Kek Coklat Kukus Lapis Cheese yang pernah dijanjikan sebelum ini. Maklumlah kalau Mek Cah tak terus berkongsi resepi di blog sah-sah nanti Mek Cah akan terus terlupa resepi yang digunakan sebelum ini diambil dari mana. Fuh! resepi ni Mek Cah rembat dari blog Dari Dapur Lisa Hani. Resepi yang dikongsikan membuatkan Mek Cah gembira kerana senang dan sedap. Yang paling penting kek coklat tersebut dikukus bukannya dibakar tau.

Gara-gara lebihan cream cheese sebelum ini Mek Cah saja mencuba Resepi Kek Coklat Kukus Lapis Cheese Dari Dapur Lisa Hani. Terima kasih kakak kerana sudi berkongsi resepi tersebut, dan lain kali mungkin mek Cah boleh buat lagi untuk sambut hari raya tahun ini. So, Resepi Kek Coklat Kukus Lapis Cheese dah ada dalam senarai menu untuk hari raya nanti selain 'Resepi Kek Pisang Kukus'. 

Resepi Kek Coklat Kukus Lapis Cheese

Bahan-bahan - Kek cheese
  • 250 gm cream cheese - saya guna jenama tatura, satu peket 250 gm
  • 60 gm gula halus - bergantung kepada cita rasa masing-masing
  • 1 biji telur- saya guna gred B
  • 1sudu besar air
  • 1 sudu tepung gandum

Cara penyediaan:
1. Pukul cream cheese bersama gula sehingga sebati. Saya guna hand mixer.
2. Masukkan telur diikuti air dan tepung gandum. Pukul lagi sehingga sebati.
3. Biarkan sebentar.

Bahan-bahan - Kek coklat
  • 2 biji telur- gred B
  • 1 cawan gula halus - bergantung kepada cita rasa masing-masing
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • sedikit garam
  • 1/2 cawan air panas didih
  • 1/2 cawan susu cair
  • 1/2 cawan minyak jagung/minyak masak
  • 1 cawan tepung gandum **
  • 3 sudu besar serbuk koko**
  • 1 sudu kecil baking soda**
  • 1/2 sudu baking powder**

** Diayak terlebih dahulu.

Cara penyediaan:
1. Pukul telur dan gula sehingga kembang. sau guna hand mixer.
 Setelah kembang, masukkan esen vanilla dan garam.
2. Kemudian, masukkan air panas, susu cair dan minyak masak. Dan, kacau sebentar.
3. Setelah itu, masukkan tepung gandum, baking soda, baking powder dan serbuk koko yang telah diayak. Gaul sehingga sebati dengan menggunakan sudip kayu sahaja.
4. Kemudian, biarkan sebentar dan bahagikan kepada dua adunan.

Cara mengukus kek:

1. Panaskan kukusan dengan api yang sederhana. Balut penutup kukusan dengan kain yang bersih, untuk mengelakkan air kukusan jatuh kedalam kek.
2. Sapu sedikit mentega disekeliling loyang dan alas dengan kertas minyak/ aluminium foil.
3. Tuang separuh adunan coklat kedalam loyang dan ditutup dengan aluminium foil. Kukus selama 15 minit.
4. Selepas 15 minit, buka aluminium foil dan tengok keadaan kek coklat. Sekiranya sudah masak gebu, tuang pula adunan cream cheese diatasnya dan ratakan. kemudian, tutup balik menggunakan aluminium foil dan kukus selama 20 minit.
5. Setelah 20 minit, buka aluminium foil dan tengok keadaan cheese cake.  Sekiranya sudah masak gebu, tuang pula adunan kek coklat diatasnya dan ratakan. Kukus selama 20 minit atau sehingga masak.
6. Setelah kek sejuk, tuang coklat ganache diatasnye. Alhamdullilah siap!

Resepi Kek Coklat Kukus Cheese

Bahan-bahan - Untuk coklat ganache | Mek Cah guna resepi Topping dari Kek Coklat Kukus
  • 150gm coklat masakan - saya guna jenama Nona/Hershey Semi Sweet
  • 1/4 susu cair
  • 1 sudu besar minyak/mentega

Cara penyediaan:
1. Panaskan susu dan coklat masakan (kaedah double-boiler). Jika direct api, coklat boleh hangit.
2. Padamkan api dan kacau sehinga cair.
3. Kemudian, masukkan mentega dan kacau sehingga cair. Ketepikan

Senang bukan? Jangan lupa cuba resepi ni tau. Kek Coklat Kukus Lapis Cheese ni tak boleh makan banyak tau nanti cepat muak, jadi sempat juga lah Mek Cah menjamu BFF dengan kek ini ketika datang rumah hari tu. Bila sebut BFF rindu pulak entri ini 'Anis Dan Azia Sah Menjadi Isteri Dan Bakal Ibu'. Insyaallah Mek Cah pula bakal menyusul. Papai. 

--SMS/WHATSAPP/VIBER : +6010-8931044 --

10 ulasan:

  1. sedapnya dik oitt..telan air liur akak baca entri awakk. BTW akak click iklan awak ya

    BalasPadam
  2. aaaaaaaaaaaaaaaa terliur :((((((
    thanks mekcah hihihi <3

    BalasPadam
  3. tuari ada buat..tapi tak jadi..hahaha..gelojoh sangat..

    BalasPadam
  4. pernah try buat kek kukus hari tu tapi tak jadi huuhuhu

    p.s cheese sy suka tapi coklat tu..tak suka la :D

    BalasPadam

siapa komen, dapat bunga ♥ ^^◕‿◕✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...