Resepi Kek Coklat Kukus Sedap

Resepi Kek Coklat Kukus | Alhamdulillah sejak akhir-akhir ini Mek Cah suka mencuba resepi baru yang dipelajari menerusi Google dan group Masak Apa Hari Ni.. (MAHN). Tapi tak semua yang Mek Cah cuba dikongsikan disini kerana selalu lupa nak ambil gambar dan malas untuk update blog. Tetapi disebabkan Resepi Kek Coklat Kukus menjadi kegemaran jadi Mek Cah kongsikan diblog dan mana tahu lain kali boleh buat lagi. Yang penting Mek Cah suka resepi kek versi kukus berbanding yang perlu dibakar. Satu lagi Mek Cah suka guna sukatan cawan kerana ianya lebih mudah dan senang menjadi bagi Mek Cah. Contohnya seperti 'Resepi Kek Pisang Kukus'. Sekarang korang boleh mencuba kedua resepi ini.

Hari ini plan nak buat lagi tetapi nak letakkan cheese ditengah-tengah kek aci tak? Harap-harap menjadi la kan memandangkan cheese dalam peti ais ada lagi separuh lebihan buat kek Cheese leleh hari tu. Mihmih



Credit Resepi Shiela Rusly
Bahan-Bahan Kek Coklat Kukus ( Menggunakan sukatan cawan ):
  • 1 cawan serbuk koko
  • 1 cawan gula pasir
  • 1 cawan susu cair
  • 1 cawan minyak masak/ marjerin dicairkan
  • 1/2 cawan susu pekat manis
  • 1 1/4 cawan tepung gandum/ tepung kek
  • 1 sudu baking powder
  • 1 sudu soda bikarbonat
  • 4 biji telur
  • 1 sudu esen vanilla
Cara-cara Menyediakan Kek Coklat Kukus:

+ Campurkan gula, susu cair, susu pekat manis, marjerin ke dalam periuk atau kuali.Masak atas api hingga larut. Pastikan api dalam keadaan perlahan supaya ia larut dengan sekata.
+ Dalam bekas lain, ayak tepung gandum, serbuk koko, baking powder dan soda bikarbonat.
+ Pukul telur hingga kembang. Masukkan campuran pertama tadi kedalam adunan telur. 
+ Kemudian masukkan sedikit demi sedikit campuran tepung gandum, serbuk koko,baking powder dan soda bikarbonat.Kacau hingga sebati dan tidak berketul-ketul.
+ Panaskan pengukus dan pastikan air sudah mendidih baru dimasukkan loyang yang mengandungi adunan kek coklat.
+ Sapukan marjerin pada loyang.Jangan lupa tutup loyang dengan aluminium foil supaya air wap tidak terkena pada kek.
+ Kukus kek selama 1 jam.
 
Alhamdulillah, air tangan Mek Cah, cuma silap tak gandakan topping dan tak secantik resepi asal .  :)
Cara Menyediakan Topping untuk Kek Coklat Kukus:
  • 1 cawan susu pekat manis
  • 1 sudu makan serbuk koko
  • 2 sudu mentega
 # Untuk lagi sedap gandakan sukatan tersebut.

+ Masukkan semua bahan ke dalam kuali atau periuk.Kacau perlahan sehingga larut.Angkat setelah cairan coklat mulai mendidih.
+ Sejukkan sebentar sebelum dituang atas kek coklat kukus.

ATAU

500 gram coklat masakan
220 ml susu cair
( kalau guna coklat masakan, masak guna kaedah double boiler )

--SMS/WHATSAPP/VIBER : +6010-8931044 --

12 ulasan:

  1. nampak sedap & melting sgt :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehe part melting tu yang tak boleh tahan. :)

      Padam
  2. sedap tue singgah petang http://jmbelog.blogspot.my/

    BalasPadam
  3. akak tak pernah lagi try buat kek kukus, biasa masuk kan dalam oven je. nak cuba lah lepas ni, hehe. thanks for sharing the recipe! :)
    ieyra h. | blog

    BalasPadam
    Balasan
    1. nis xsuka oven. takut hangit. xpe akk boleh try yg kukus pulak. :)

      Padam
  4. Tengok gambar pun dah nampak sedapnya.. melting sangat

    BalasPadam

siapa komen, dapat bunga ♥ ^^◕‿◕✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...