RESEPI

TRAVEL

TIPS

Resepi Kek Pisang Kukus

by - 3:42 PM

Assalamualaikum Cinta.

Mungkin disini ramai peminat buahan tempatan iaitu pisang bukan? Alang-alang tengok buah pisang yang lebih boleh la cuba membuat Kek Pisang Kukus yang terlajak mudah dan sudah semestinya sedap. Selain Kek Pisang Kukus ianya juga boleh dibakar tau dalam suhu 170°c selama 40 minat atau sehingga masak. Gara-gara suami suka makan kek pisang maka misi memikat hati suami bermula, alhamdulillah ternyata usaha membuat Kek Pisang Kukus tidak sia-sia kerana mendapat pujian ikhlas dari suami katanya rasa Kek Pisang Kukus ni dah macam yang jual kat kedai malah lebih sedap dari tu. Auccchhh! puji melambung betul!. , teringat pula "Resepi Nasi Ayam Mudah".

RESEPI KEK PISANG KUKUS

resepi kek pisang kukus sedap 
 Bahan-bahan Kek Pisang Kukus :
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 sudu teh soda bikarbonat
  • 1 sudu teh baking powder
* ayak bersama
  • 3 @ 4 biji pisang berangan- dileyek
  • 3/4 cawan minyak mazola/minyak masak
  • 4 biji telur size A
  • 1 cawan gula @ 3/4 cawan gula (ikut suka nk manis ke x ye)
  • 1 camt esen pisang
Cara-cara memasak :
  1. Ayak tepung bersama soda bikarbonat dan baking powder. Ketepikan
  2. Telur bland
  3. Campurkan gula dgn minyak
  4. Pastu gaul sebati telur dgn minyak dan gula..
  5. Masukan tepung yg di ayak sedikit demi sedikit + esen pisang
  6. Kukus selama 40minit @ sehingga masak..
  7. Versi bakar pun boleh juga dengan suhu 170°c selama 40 minit atau sehingga masak.
cara membuat kek pisang kukus

Selamat mencuba resepi kek ini, kalau yang dah bergelar isteri wajib pandai pikat hati suami dengan masakan. Mek Cah masih lagi ingat pesanan aunty Dora nak jaga hati suami adalah melalui masakan. Jadi jangan malas untuk cuba dan terus mencuba resepi yang baru. Sedap ko dop tu lain kiro okay janji usaha! . Ekekeke

You May Also Like

10 kata-kata indah...

siapa komen, dapat bunga ♥