RESEPI

TRAVEL

TIPS

Sepetang Bersama Blogger 2014 #SBB2014 #SBBYEOS2014

by - 9:09 AM

Sepetang Bersama Blogger 2014 #SBB2014 #SBBYEOS2014 - Alhamdulillah , mek cah dah selamat mendaftar dan insyaallah sekiranya masa mengizinkan sampai lah ke sana. Untuk makluman semua program ini di anjurkan oleh pihak Denaihati Network untuk tahun yang ketiga. 

Sepetang Bersama Blogger dan Yeo's 2014

tujuan utama program Sepetang Bersama Blogger 2014 #SBB2014 #SBBYEOS2014 di anjurkan ialah untuk merapatkan ukhwah diantara blogger, pengiat sosial media dan pembaca. apa yang lebih menarik beberapa panel top blogger seperti Redmummy, Ben Ashaari, ShafieBustan, Zarul Husin dan beberapa top blogger lain akan di tampilkan. rugi kalau korang melepaskan peluang keemasan ini. dapat jumpa ratusan blogger dari Malaysia, Brunei dan Indonesia tau! .:)


Tajuk : Sepetang Bersama Blogger 2014 #SBB2014 #SBBYEOS2014
Tarikh : 8 Mac 2014
Masa : Sabtu, 10 pagi hingga 5.30 petang
Tempat : Saloma Bistro, Kuala Lumpur

Yeo Hiap Seng (Malaysia) Berhad menjadi penaja utama majlis SBB2014. Lokasi baru di pilih untuk memudahkan Rakan Blogger datang menaiki kenderaan awam iaitu bas, monorel dan LRT. lebih senang!


Yeo's penaja utama sepetang bersama blogger 2014

Bagi menambahkan kemeriahan majlis pada tahun ini, pihak penganjur mengadakan beberapa aktiviti pra-SBBYEOS2014.

1. Pendaftaran akan melayak untuk cabutan bertuah mingguan yang menyediakan hadiah wang tunai yang akan diserahkan di majlis SBBYEOS2014.
Minggu pertama : RM100 x 3
Minggu ke dua : RM80 x 5
Minggu ke tiga : RM50 x 5
Minggu ke empat : RM20 x5


2. Rakan-rakan boleh daftar ikut cabaran affiliate dengan menjadi affiliater untuk mempromosi SBBYEOS2014 di blog, facebook, twitter dan instagram. 5 hadiah misteri akan disediakan kepada top 5 affiliater. Memang bebaloi hadiah yang disediakan yang akan diserahkan di majlis SBBYEOS2014. Link cabaran affiliate setelah daftar seperti ini http://sbb.my/?affiliates=fbd7939d674997cdb4692d34de8633c4

3. Mini Contest dengan beberapa hadiah gajet terkini jenama Samsung impian ramai tajaan Yeo’s. Pemenang akan diumumkan di majlis SBBYEOS2014. Sebagai tanda terima kasih jom follow Facebook Yeo’s Malaysia.

Sepetang Bersama Blogger dan Yeo's 2014 

Alasan untuk mendaftar kali ini kerana ada geng, kebetulan 7 March 2014 memang mek cah dah booking tiket AirAsia ke Kuala Lumpur. 9 March 2014 baru berangkat ke Bali. Insyaallah, so masa yang terluang 8 hb tu boleh la mek cah join program Sepetang Bersama Blogger. lagipun peluang keemasan ini datang jarang-jarang sekali je. Geng? kebetulan juga blogger Muja ada inbox mek cah pergi tak event ini, so kami ambil kata sepakat untuk pergi bersama dan terus booking tiket AirAsia untuk Muja. cari waktu yang sama dengan mek cah, opss blogger Yuyu Atiqah pun ada sekali. so kami bertiga nanti!

hyep! mek cah dari kelantan dapat hadir, so korang yang dekat area Kuala Lumpur hadir tau. boleh berkenalan sesama kita. eceh! tak pergi nak merajuk lah. tak semestinya yang bergelar blogger je boleh datang, semua pun boleh sertai tau. haaa nak bawa pakwe/makwe ler tuww. :P

Daftar sekarang! Klik sini Pendaftaran Sepetang Bersama Blogger 2014.

#Jumpa di sana. Insyaallah.

You May Also Like

39 kata-kata indah...

  1. semoga berjaya hadir ke event SBB2014 ni ye.... ;)

    ReplyDelete
  2. alamak, bestnye tp maybe ain dh start kuliah.huhu..teringin juga nk pergi

    ReplyDelete
  3. In syaa allah akan hadir juga. Jumpa di sana ☺☺

    ReplyDelete
  4. syoknya dapat pegi, nak daftar jugala mana tau dpt jumpa adik comell ni :)

    ReplyDelete
  5. Yeayyy!! jumpa disana nanti.. nak sangat jumpa hazanis.... :3

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeayyy... xsabar juga nk jumpa sicantik tinggi lampai ni.:)

      Delete
  6. eh ! kite pon ingat nak pergi jugak sebab 8.3 dah ada kat Nilai...auwwww bestnye dapat jumpa bloggers hebat...

    ReplyDelete
  7. Bestnyaa!!! Takde orang nak teman laa. Hehe.goodluck sis

    ReplyDelete
  8. Huk alohs access denied pulak kalau bukak kat office. haihs.

    Salom Bistro ni kat mana ye?

    From: Day XX - Dah Lama Habis Dah

    ReplyDelete
  9. Mek cah ! Kita pun join. Jumpa disana.. :)

    ReplyDelete
  10. sis, ninie pon join jgk. nanti u jmpe dkat sane eh. dtg sorg2 je, bleh jdi geng dgn sis nanti.hehe. btw sy pon ore klte jgk.hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. la yoko liniey?best nya. blh jd geng. ejah no fon. krik3. :))

      Delete
  11. Jom pakat daftar, join contest dan yg penting hadirkan diri. Mu tunggu aku di sana weh......

    ReplyDelete
  12. Nak sangat pegi.. Tapinya nggak bisa coz ada event lain dah tarikh tu.. Huhu.. T_T

    ReplyDelete
  13. wah bestnya, mcm teringin nak join sekaki tp jauh benor tu.emm :)

    ReplyDelete
  14. kirim salam kat sume blogger cantik ngan hensem :)

    ReplyDelete
  15. jelly2x x dpt pegii....:'(
    kkak gtw kalo ada event lgi yeee....

    ReplyDelete
  16. yang ni tak plan nak jumpa pun boleh jumpa kan. :3

    ReplyDelete

siapa komen, dapat bunga ♥