RESEPI

TRAVEL

TIPS

Persediaan percutian ke Bali

by - 2:19 AM

Assalamualaikum cinta.

Percutian ke Bali sememangnya sentiasa di nantikan memandangkan beberapa perkara berjaya mek cah selesaikan dari segi tiket dan penginapan hotel. kini menghitung hari di samping study serba sedikit tentang Bali. Persediaan percutian singkat ke Bali haruslah dilakukan terlebih dahulu supaya apa yang di rancang berjalan dengan baik. Insyaallah mek cah dan 2 orang lagi rakan wanita akan sama-sama berangkat ke sana pada bulan 3 ini nanti. so waktu di Bali nanti tiada perbezaan dengan waktu di Malaysia. tak perlu pening-pening nanti. hihi kalau di Bandung "Percutian ke Bandung : Day 1 (Tangkuban Parahu)" berbeza sejam dengan jam Malaysia. hope semuanya berjalan dengan lancar. Amin.

1. Tiket 

sememangnya AirAsia menjadi pilihan utama untuk fly! bak kata orang putiss everyone can fly! wink AirAsia banyak memberi peluang untuk mek cah menerokai dunia. ewah! dunia la sangat, namun percutian ke bandung tetap menjadi kenangan terindah. lihat entri "Promosi tambang murah AirAsia".

Promosi RM87
tiket penerbangan pergi dan balik dari Kota Bharu ke Kuala Lumpur dan Kuala Lumpur ke Kota Bharu.

Total RM292 seorang!

AirAsia selalu je buat promosi, so kalau rajin survey dapat la harga murah. tiket pergi balik dari Kuala Lumpur-Bali dan Bali-Kuala Lumpur bagi seorang RM292 sahaja tau! murah kan, namun korang akan dapat lagi murah bila pandai survey tiket. 

2. Hotel booking 


Dah lama survey dekat Agoda.com dan booking.com. pilihan terakhir ialah di booking.com. ini kerana website ini menyediakan total ke seluruhan penginapan kami selama 3 malam. so total RM247 untuk 3 orang. jimat kan?hope tempat penginapan kami nanti selesa dan berbaloi dengan percutian singkat nanti.

Alamat: 
Jl. Kartika Plaza, Gang Samudera - Kuta 
Kuta, 80361 Indonesia

3. Supir 

haaa, ini penting juga kerana orang yang bertanggungjawab untuk mengambil dan menghantar kitorang di Denpasar Ngurah Rai International Airport. boleh bawa kami ke tempat menarik di Bali, plan nak ambil perkhidmatan supir selama 1 hari sahaja dalam RM120 duit Malaysia termasuk petrol. 


Done hubungi supir di Bali. dan telah deal untuk menggunakan perkhidmatannya yang mek cah jumpa dalam review blogger yang dah ke Bali sebelum ini. namanya Pak Yanto.

3. Google tempat menarik di Bali 

Alhamdulillah, dalam fikiran dah ada beberapa tempat yang ingin di lawati. salah satunya tanah lot yang selalu je orang tempatan ke sana. che ta pun ada ke sana. cantik gambarnya! hii perasaan teruja semakin menjadi-jadi. okay akan di update nanti tempat menarik di Bali sekiranya mek cah benar-benar sampai ke sana. Amin

4. penukaran wang indonesia (X)

okay yang ni masih belum di selesaikan. plan nak tukar wang sehari sebelum berangkat ke Bali. boleh gitu? okay yang money converter yang dah print seperti dalam entri ini "tips bercuti ke Bandung" perlu siap sedia dalam purses supaya nanti tak pening bila RP banyak angkanya. lolzz So tidak perlu untuk menukar matawang dengan terlalu banyak. Cukup sekadar untuk makan, minum, shopping dan tambang pengangkutan di sana nanti. Dah sampai tempat melancong nanti, leh tukar lagi. Macam di Bandung, mek cah dapat lagi lebih nilai matawan. jadi jutawan jap!

5. Tidak membawa barang yang terlalu banyak.

merancang akan membawa beberapa pakaian sahaja. yang selebihnya kalau tak cukup pakaian boleh shopping di sana je. t-shirt i love Bali pun okay je kan. mihmih At least dah boleh jimat berat luggage semasa berangkat ke Bali.

6. kamera 


Ini yang paling penting. chewah! untuk memastikan setiap kenangan di sana nanti di rakam. semoga my nikon baik-baik sahaja nanti, tidak meragam bateri habis ke apa. lolzz tapi sediakan bateri lebih nanti dan kalau boleh gunakan bateri yang rechargeable. see my kamera "Nikon Coolpix L820 dalam gengaman".

7. Aktifkan pengeluaran antarabangsa. (X)

aktifkan kad bank kepada pengeluaran antarabangsa. dua tiga hari sebelum fly, baru nak call customer service bank . nombor telefon customer service ade dekat belakang kad bank tau. akan aktifkan kat MAYBANK dan CIMBANK kerana mahu selamat, takut tak cukup duit gara-gara shopping. sediakan payung sebelum hujan. lolz. nanti staff bank tu akan tanya negara mana, bila nak mula aktifkan dan bila nak tamatkan. suruh dia aktifkan ikut tarikh pergi dan tarikh balik. 

buat sementara ini, itu jer kot yang penting sebelum berangkat ke sana selain PASSPORT! insyaallah semoga di permudahkannya, tapi sebelum ke Bali yukkk ke Kota Kinabalu, Sabah dahulu. okay percutian ke Sabah nanti akan di update jugak. Papaii.

You May Also Like

33 kata-kata indah...

  1. hi hazanis. Sronok nye pg bali, jgn lupa ole ole, btw nk tny mksd activ kn kad atm tu mcm mn ? mntk bt kredit kad ke pe sbb tkt x ckup duit?

    ReplyDelete
    Replies
    1. huhu owh aktifkan kad untuk pengeluaran antarabangsa maksudnya kita call maybank or cimb cakap akan membuat pengeluaran duit di atm bali dari tempoh tertentu. so masa keluarkan duit mgkin akan di charge dlm rm10 mcm tu kalau xsilap.

      hihi xkn nak bawa duit byk2 terus kan. ni untuk lngkh berjaga2 sekiranya duit habis. so blh guna atm diorng untuk keluarkan duit. kalau xaktifkn kad mmg xblh keluarkn duit di luar negara.:)

      Delete
    2. kalau aktifkan guna mesin ATM pun boleh macam sy buat waktu pergi JOGJA

      Delete
  2. wah seronokya,... selamat bercuti....

    ReplyDelete
  3. wah2..best2.. sonoknya..t share citer sana naaa.

    ReplyDelete
  4. selamat bercuti..cepat2 update entri di bali nanti tau.hehe

    ReplyDelete
  5. jauhnya dia pegi bercuti. kita mampu g semenanjung je hehehe..

    thanks mek cah. nanti kalo nak g Bali, boleh rujuk entri nie. yaw.

    ReplyDelete
  6. wahh seronoknya nak ke bali yee. kita ni lama lagi nak melancong. huhu tips ni boleh jugak pakai nanti hehe

    Chaca Monsterr

    ReplyDelete
  7. seronok nih, have a safe journey nanti ya :)

    ReplyDelete
  8. terjumpa ur blog.. selamat bercuti.

    ReplyDelete
  9. terjumpa ur blog.. selamat bercuti

    ReplyDelete
  10. Hye, saya suka baca blog awak, baru2 ni saya baru blog harap awk boleh singgah dan follow blog saya. awksweetgitu.blogspot.com :)

    ReplyDelete
  11. Insyaallah akan ke bali mggunakan tour guide yg sama pada bulan 4 nnti.. balik nnti boleh lah bkgsi mcm mane dgn pak supirny...

    ReplyDelete
  12. anis Berapa brp anggaran kos utk bercuti kesana?

    ReplyDelete
  13. Hai. Nak tanya. Supir yang awak sewa tu ok tak...?

    ReplyDelete
  14. Hai. Supir yang awak sewa ok tak..?

    ReplyDelete
  15. Hai. Nak tanya. Supir yang awak sewa tu ok tak...?

    ReplyDelete
  16. Hi dear..i pun berminat nak bercuti ke sana..thx for sharing good info..jika sudi jom singgah http://ailzab.blogspot.com

    ReplyDelete
  17. Hi. Tq for very useful info...senang skit nak buat planning pegi Bali. Kalau sudi visit my blog Waktu terbaik minum air kosong

    ReplyDelete
  18. Salam., estimated budjet nak ke bali.. Berapa erk kak? Tq

    ReplyDelete
  19. Wah, percutian ke Bali yang sempurna ya.. Congrat :)

    ReplyDelete

siapa komen, dapat bunga ♥