Bicara selebriti 1 Disember 2012


Assalamualaikum cinta. :)

Setelah Anna Althafunnisa (Oki Setiana Dewi), Mas Azzam (Kholidi Asadil Alam) Telah Melawat Kelantan... Kini Kerajaan Kelantan Membawakan Seorang Lagi Pelakon Ketika Cinta Bertasbih, Ayatul Husna (Meyda Safira) Yang Akan Bergandingan Bersama Ustaz Azhar Idrus, Heliza Helmi Bersama Pengacara Amin Idris... Jangan Lupa 1 Disember 2012 Ini Di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu Kelantan Dalam Program Bual Bicara Selebriti.


Kalau dahulu pemilik blog sempat meluangkan masa mengikuti program bual bicara selebriti yang terdahulu "Kisah kami di Bicara Selebriti 2012" tapi kemungkinan untuk bual bicara 1 disember ini tidak berkesempatan kerana berada di bumi Shah Alam. Insyaallah lain kali ada lagi.


Ustaz Azhar Idrus tidak perlu diperkenalkan lagi. Beliau merupakan ikon pendakwah muda atau lebih dikenali sebagai Ustaz Youtube. Terkenal dengan penyampaian kuliah bersahaja dan mampu menarik hadirin terutama anak muda dari pelbagai latar belakang.


Panel kedua, Meyda Safira bukanlah asing bagi rakyat Malaysia khususnya para peminat filem Ketika Cinta Bertasbih yang memegang watak Ayatul Husna. Selepas kemunculan Oki Setiana Dewi (Anna Althafunnisa) dan Kholidi Asadil Alam (Abdullah Khairul Azzam) di pentas Bicara Selebriti, kini didatangkan pula Meyda Safira.


Heliza Helmi sebagai panelis ketiga mula muncul di persada seni menerusi Akademi Fantasia .Seterusnya muncul dalam layar perak dan siri-siri drama TV dan host untuk banyak program di kaca televisyen. Juga merupakan seorang model muslimah.

Dan bicara ini dihostkan yang tidak kurang hebatnya iaitu Saudara Amin Idris. Moderator yang terkenal dengan celoteh bersahaja dan beliau juga sebenarnya adalah selebriti di stesen TV Alhijrah. Anak jati Sarawak yang membesar di Kelantan Darul Naim ini adalah pengasas dan CEO kepada Amin Idris Training Consultant (AITC). Lulusan undang-undang dari UIA ini juga adalah penulis buku Magnet Diri.

Lagi info tentang program ini "http://kalkulus2102.blogspot.com/2012/11/bicara-selebriti-ust-azhar-vs-meyda.html " Kepada adik kakok, abe-abe, mok cik pok cik, tuan puan, dato datin hok duk berdekatan stadium klate silo lah singgoh ke program ni. Insyaallah banyak manfaatnya disamping menambahkan ilmu. Peace. @.@v



--SMS/WHATSAPP/VIBER : +6010-8931044 --

24 ulasan:

  1. Wahh ~ kirim salah kat semua yer :)
    nie mujur kita jauh jer. kalu dok pi sane.

    BalasPadam
    Balasan
    1. XLEH PI JUGAK. SALAM DALAM MIMPI BOLEH JE.:P

      Padam
  2. kalu love pattzi ada, boleh jupo. hok d balai islam ari tu, npk jah love pattzi tapi x sempat nk tegur sbb rmai sgt org ;)

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehe xpo2, mesti akn ado bicara selebriti hok lain pahni. nti ado maso jupo.:)

      Padam
  3. menghadiri majlis ilmu agama tu lebih baik dari menghadiri konsert yg entah hape2 kan? :) thanks for sharing... :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul. sekurang-kurangnya dapat juga ilmu.:))

      Padam
  4. Balasan
    1. xpe. insyaallah akan buat dekat tempat najihah pulak.:P

      Padam
  5. syok nye ade UAI,,jauhlah tapi nk gi =)

    BalasPadam
  6. ayatul husna memang santek, terigt waktu dy nak draw duit dekat Madinah..tak sangka dapat jumpe depan3..;) abg amin mantop sgt dh sekarangggg..;) semoga terus sukses..rindunya suasana ilmu..dapat gi pom best ni..:)

    BalasPadam
  7. Program yang bagus.. Mesti ramai yang hadir.. Anis pergi ke?

    BalasPadam
  8. alahai nape jauh sangat ni.xleh nk gi sna.ayatul husna tu cantik,msti orangnya lemah-lembut jugak kan.sedap mata memandang :)

    BalasPadam
  9. slm ziarah semula sis,semoga dpt manfaat utk yg dtg majlis ilmu tu,best tu :),kitorg kt bangi nih ada ust don lah..UAI dh dtg 2x kot bangi nih :)

    BalasPadam
  10. o0, hari nilah.. xdpt nk pegi sbb jauh sgtlah pulak ;)

    heliza cntik sgtlah! ;)

    BalasPadam
  11. tq for sharing!! salam kenal sis,

    hi bloggers, jom singgah my blog, FOLLOW skali k.. tq!
    http://deewellness.blogspot.com/

    BalasPadam
  12. bestnyeee~ tp haz pn ade kt shah alam skarang. hukhuk

    BalasPadam
  13. sedaknyoooo kalu bulih giiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii

    BalasPadam
  14. hari ni tuh... x rajin jupo lagi UAI ni real... HEHE...

    BalasPadam
  15. Salam 'alaik.

    Alhamdulillah. Bicara berlangsung dalam keadaan baik walaupun kehujanan.
    Sedikit perkongsian tentang bicara pada malam itu di sini

    BalasPadam
  16. klu ado video tlg la upload,tgk kt streaming jh mle,2 pn sekat2..:)

    BalasPadam
  17. rugi xdapat pegi..semua ikon yg ada kekuatan masing2..

    BalasPadam

siapa komen, dapat bunga ♥ ^^◕‿◕✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...