Sekudus Doa di Hari Lahir Hanisah Binti Hasbullah..



SALAM....


Nama diberi Hanisah Binti Hasbullah oleh kedua ibu-bapaku yang tersayang....Itu lah nama sebenar aku....sekarang dah masuk 22 tahun....cepatnya masa berlalu....04/12/89 aku dilahirkan oleh ibuku yang tersayang HASNAH Binti Seman..dididik oleh Hasbullah Bin Karim...terima kasih ma dan abah kerana membesarkan anakMu ini...sekarang dah pun 04/12/11.....Alhamdulillah aku masih boleh bernafas dan mempunyai kesihatan yang baik....walaupun ada masalah aku dapat menghadapinya dengan tenang walaupun kadang-kadang pelbagai keresahan yang melanda...



Bismillahirrahmanirrahim..

Terima kasih Ya Allah untuk usia yang telah Engkau berikan. Terima kasih juga untuk setiap rezki yang Engkau kurniakan. Terima kasih untuk setiap cubaan yang Engkau turunkan.Terima kasih untuk bakat dan ilham yang Engkau anugerahkan. Sesungguhnya terlalu banyak yang telah Engkau berikan kepadaku...dan terlalu sedikit pengabdianku terhadapMu.


Engkau tetap menerima walau terkadang aku alpa, aku lupa, aku tersilap dan khilaf menafsir makna setiap kurniaan dan dugaan. Namun begitu besar kasihMu...Engkau tetap melindungi aku walaupun terkadang aku kalut merungut ketika saat-saat lemahku datang.Aku tidak pernah menafikan hakMu sebagai Khaliq walaupun terkadang aku terbuai dengan kesedihan dan kesakitan yang amat pedih.


Ampunkan aku Ya Allah pabila aku merintih nasibku di hadapanMu. Kalau bukan kepadaMu, kepada siapa lagi harus ku mengadu? Aku tidak pernah menyesali kewujudanku ini Ya Allah...namun aku hanyalah hambaMu yg dhaif dan lemah. Adakalanya aku kurang kesabaran. Ada masanya aku goyah keimanan. Ada masanya aku hampir terikut bisikan syaitan. Namun dengan limpahan kasih sayangMu, Engkau menarikku kembali jauh daripada kesesatan.


Dalam usia begini...aku ingin menjadi lebih dekat padaMu Ya Rahman. Dalam usia yang makin jauh ini...aku ingin lebih merinduiMu Ya Rahiim. Dalam usia meniti senja ini...aku ingin sekali menyambut panggilan KaabahMu Ya Al Malik. Dalam usia ubanan ini yang ku inginkan hanyalah ketenangan, kekusyukan beribadah, segala kesederhanaan dan kerendahan hati tanpa berhenti menghulur kasih pada yang sudi.


Ya Muhaimin...pimpinlah tangan hambaMu ini... pimpinlah hati hambaMu ini... pimpinlah langkah hambaMu ini akan sentiasa berpijak di atas jalan kebenaran. Ya Al Quddus... sebagai hambaMu yang hina dina, aku takkan mungkin mencapai sempurna, tapi kasihanilah aku... bimbinglah aku sentiasa agar aku mampu meniti titian siratulmustaqimMu dengan tenang dan mudah tanpa cela.

Terima kasih Ya Allah atas segala takdir yang telah Engkau tentukan untukku. Engkaulah Ya Maha Besar... peliharalah aku agar terus berpegang teguh pada taliMu.

Terimalah permohonan hambaMu yang sedang bermusafir di bumiMu ini Ya Al Mudzill...

Amin Ya Rabbal Alamin.





--SMS/WHATSAPP/VIBER : +6010-8931044 --

22 ulasan:

  1. happy birthday.semoga panjang umur dan murah rezeki.teruskan berblogging ye =D

    ikhlas dari pak cek biola

    BalasPadam
  2. hepi besday:)semoga panjang umur dan di murahkan rezeki!

    BalasPadam
  3. heppy bufday hanisah binti abdullah...umur kita sama la..hihihi..hai 17/nov...

    ape2 pon, selamat panjang umur dan semoga sentiasa diberkatinya dalam menjalani hidup..amin =] moga berjaya dunia akhirat juga

    BalasPadam
  4. hepi besday... semoga sentiasa dalam rahmat Allah

    BalasPadam
  5. selamat hari jadi kak...semoga doa akak akan dimakbulkan...Alhamdulillah..akak bukan saja berdoa untuk akak....
    saya yg membaca doa tu pom turut berdoa agar saya juga akan menjadi yang terbaik...

    BalasPadam
  6. seLaMat uLanG taHun keLaHiRan..
    haVe a niCe dAy yAr... :D

    BalasPadam
  7. Selamat Hari lahir ♥

    May ALLAH bless you :')

    BalasPadam
  8. oito ore kito terr..eid milad saeid...

    BalasPadam
  9. hepy beday, dear!.. brapa taun dah??.. hehe.. neway, cantek permandangan kat belakang tu..:)

    BalasPadam
  10. happy birthday kak...^^
    smoga pnjg umur & murah rezeki..

    BalasPadam
  11. selamat hari jadi hanisah :)

    p/s : lagu best. gege

    BalasPadam
  12. happy birthday to you and insha-Allah you can be a good duaghter ever to your parents, darla :)

    BalasPadam
  13. HB.. semoga panjang umur dan makin comel :P

    BalasPadam
  14. haiyakk haiyakkk! Dayg lambat laaa. -.-'

    happy bfdy 2 u, hpy bfdy 2 u,
    hpy bfdy 2 u, hpy bfdy 2 u....
    #dgr tk dayg nyanyii? :DD

    smoga pnjg umo, murah rzki, shat selalu, maintain cantekk ^_^, cepat kaya. ok, klau kaya jgn lupa Dayg! <--- penting ni :P muahXD

    BalasPadam
  15. selamat hari ulang tahun hanisah hasbullah..semoga di hari2 yang akan mendatang akan memberi kejayaan dan kematangan untuk dipergunakan kelak..
    sory..lmbt skit notice post ni

    BalasPadam
  16. happy belated bufday sis even rasa macam dah lambat jeh ^^

    BalasPadam
    Balasan
    1. ololo sweetnya sbb jumpa entri ni.:)

      Padam

siapa komen, dapat bunga ♥ ^^◕‿◕✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...