Antara Cinta kepada pencipta, ibu-bapa, dan sahabat...
Assalamualaikum..
Saat jari jemari aku menaip tentang
'Cinta kepada pencipta, ibu-bapa, dan sahabat'...
aku dengan penuh perasaan cuba mendalaminya..mungkin ada diantara sesetengah kita belum betul-betul faham tentang 'cinta kepada pencipta, ibu-bapa, dan sahabat'.........sedangkan aku sendiri belum faham sepenuhnya....telah menjadi lumrah untuk kita semua untuk merasai perasaan cinta dan mencintai..
tahukan kita disebalik perkataaan CINTA terselit beribu makna yang
membuatkan seseorang itu bahagia...
CINTA
adalah satu anugerah yang indah dan unik dari Ilahi.....ianya paling
bermakna kepada kita semua...Kita diberi peluang untuk menilainya dan pergunakanlah peluang yang diberi dengan sebaik-baiknya untuk melahirkan cinta yang indah.... Seindah waktu ia diciptakan....semoga cinta kepada pencipta dan ibubapa berkekalan untuk selamanya..kerana cinta mereka aku terasa bahagia..
CINTA ITU ANEH...
My Family..^^ |
dan sukar untuk ditafsirkan..bagi aku cintaku hanya pada pencipta, ibu-bapa,dan sahabat..kerana mereka, semuanya wujud....kerana cinta dari mereka aku masih boleh berdiri mengharungi liku-liku hidup yang sememangnya aku perlu tabah menghadapi..tapi cinta yang paling hakiki semestinya cinta kepada pencipta dan ibu-bapa....kerana cinta dari mereka aku boleh tersenyum.....
BAGI AKU,
cinta ibu-bapa yang melahirkan dan membesarkan aku adalah paling bermakna...
disaat aku rebah, disitu lah ada tangan yang menghulur untuk menyambutku...ALhamdulillah, dengan mempunyai ibu-bapa yang mempunyai latar belakang yang baik dan mempunyai pegangan agama yang kukuh banyak mengajar aku tentang hidup...segala batas aku sebagai seorang WANITA terpelihara kerana kedua ibubapa ku yang sentiasa menitik beratkan didikan agama terhadap anak-anaknya...jadi secara tidak langsung CINTA ku kepada PENCIPTA tercipta...
Wahai PENCIPTAKU...
Begitu Indah CiptaaNya....^^ |
'Demi kerana Cintaku padamu setiap waktu yang ada akan aku luangkan untukmu, kerna Dikau Maha suci Allah, Maha mengawasi, Maha Melihat lagi Maha Mendengar, Maha Mulia lagi Maha Bijaksana'
CINTA SAHABAT??
sememangNya aku mencintai sahabatku..
namun adakah mereka juga mencintai aku seperti mana aku mencintai mereka??...
telah menjadi lumrah dalam dunia persahabatan sekarang bahawa 'untuk mencari sahabat sejati memang susah'...disaat kita menangis, adakah mereka turut menangis bersama kita???dari pengalaman aku sendiri, disaat kita senang wujudlah sahabat sejati, namun ketika susah untuk mencari setitis airmata/pertolongan memang susah...
kalau ada pun 1 dalam sejuta....
tapi.....
sekiranya kita benar-benar mencintai sahabat INSYAALLAH pencipta akan
memberikan hadiah yang paling mahal untuk kita di akhirat kelak......
sentiasa berbuat baik kepada sahabat itulah membuatkan kita lebih dekat
dengan para pencipta....
wahai sahabat dengar lah luahan hati ku..hanya untukMu SAHABAT....
“Seorang Muslim dengan Muslim yang lain adalah bersaudara, dia tidak menzaliminya dan tidak mengelakkan diri daripada menolongnya, sesiapa yang melepas hajatnya, sesiapa yang melepaskan saudaranya daripada sesuatu kesempitan, maka Allah akan melepaskan satu kesempitan daripada kesempitan-kesempitan hari kiamat, dan sesiapa yang menutup (keaiban) saudaranya, maka Allah akan melindunginya pada hari kiamat.” (Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim).
hanya itu dari aku sebgai insan kerdil diatas muka bumi ini....
semuaNya hanya pinjaman dari sang PENCIPTA.....sememangNya kita semua akan kembali kepadaNya...hanya amalan yang membantu kita di akhirat kelak.....
Kita hidup, bernafas, mendengar, melihat adalah pinjaman sang pencipta kerana cintanya kepada kita...
wahai PENCIPTA ,
Salam kasih dan rindu dari hambaMu yang daif lagi kerdil ini...salam RINDU buat kedua IBUBAPA ku dan selamat malam SAHABAT....
p/s:::dedikasi khas untuk Penciptaku, ibubapaku, sahabat dan khususNya kepada majalah YEZZ...Salam....^^
3 kata-kata indah...
awak,kenapa majalah yezz?noob .. love u link <3
ReplyDeleteawk...sebab ada permintaan dr majalah yezz suh buat entry tntg kasih sayang, cinta..:)
ReplyDeletewahhhh...:')
ReplyDeletesiapa komen, dapat bunga ♥