Assalamualaikum cinta. :)
Seribu kemaafan dihulur buat sahabat blogger, facebook dan twitter sekalian kerana lambat bebenor untuk update entri tentang sambutan hari lahir mek cah. *ada ke orang nak baca??Ayat sedih*. Mula-mula ingatkan memang dah tak sambut, lagipun mek cah tak harap semua tu. so terima kasih buat rakan-rakan sekali yang memberi ucapan selamat hari lahir untuk mek cah sama ada di blog, facebook dan di alam nyata. hehe Opss entri ini masih dalam ingatan "Doaku di usia 23 tahun. Amin". Alhamdulillah.
ucapan beribu terima kasih buat farah alias kerana membuat entri khas "Happy Birthday My Love Pattzi" untuk mek cah sempena kelahiran ke-23. hikss terjah blog beliau tau "http://coretanharapan.blogspot.com" kerana blognya tersangat lah awesome. pemiliknya iras Nisa Kay pun ada. suka header farah!!.
Seterusnya, please tekan button X terus andai kata entri ini meyakitkan mata anda yang melihat. kali ni mek cah tak nak segan silu ingin memberi ribuan terima kash buat Mr. H kerana sudi datang ke Shah alam semata-mata menyambut birthday mek cah. *walaupun sambut lambat*.Grrrr~~ thanks tau!. tiba-tiba terus terharu. T.T walaupun hari tersebut tersangat lah banyak halangan untuk berjumpa. pagi ada academic visit di UNISEL dan petangnya pulak ada TEST untuk subjek ARC. Fuh memang halangan tapi berkat kesabaran kami dapat berjumpa jugak.:)
Demi kasih la konon dari Penang ke shah alam untuk mek cah. hoho terimo kasih awop. muehehe setelah sekian lama tak jumpa, iaitu last jumpa aidiladha yang lepas "Raya korban saya". hoho lama kan dah tak jumpa, gewe jarok jauh memey gini. Lolzz. first jumpa hari tu terus dia bagi satu beg yang ada jenama "SAMSUNG". terus terkedu, ingat kan dapat la jugak hadiah INI. Addeesss rupanya cupcake yang tersangat comel memang tak sangka kreatif jugak pak cik nih. dengan reaksi bersahaja ucapan terima kasih diberi. tiada reaksi terkejut ke apa. hoho *masa tu tengah stress dengan assignment, bila jumpa rasa nak marah-marah je*. kesian dia. T.T
Lepas tu terus kitorang gerak ke Setia City Mall yang terletak di Bandar Setia Alam, Seksyen U13, 40170 Shah Alam. Jalan-jalan terus cari lokasi untuk makan. hoho tak de la pulak tempat yang sesuai so kitorang pun lepak dekat playground bersebelahan Mall, ada taman gitu. tiba-tiba hujan la pulak. terus ambil keputusan berkhemah di bawah playground kanak-kanak tu. makan dan makan tapi satu je. Ahakss romantik pulak rasa tiba-tiba. Lolzz orang tengok kami pun pelik. hoho ada ke patut makan cupcake bawa playground. haha
lepas makan terus berambus dan balik kolej. mek cah pulang ke puncak perdana dan Mr. H pulang ke rumah sepupunya di putrajaya. Insyaallah nanti jumpa lagi. :P kesimpulannya, sabar jelar dengan cinta jarak jauh ni. hoho *tok kato gitu, nok kato gano lagi kea.huks* teringat la pulak akan entri ini "Berkahwin masa belajar...Oh no!!!". :))
"Dalam berkasih, tak perlu cari yang sempurna. Cukup sekadar hidup bahagia. Hadir dirinya sebagai pelengkap jiwa. Redha Illahi tunjang utama."
sekian.
*maaf sekiranya anda rasa entri ini agak gedik*. T__T






