Cara meneran dengan betul ketika bersalinPengalaman BersalinPengalaman Bersalin Anak PertamaPetua Mudah BersalinSurah Amalan Untuk Ibu MengandungtipsTips Ibu Mengandung
Petua Mudah Bersalin Normal
Assalamualaikum semua.
Alhamdulillah, Allah memberikan peluang kepada Mek Cah untuk merasai pengalaman bersalin secara normal. Sebelum ni memang terasa takut untuk menghadapi saat melahirkan anak tapi dengan beberapa info mengenai tips ketika melahirkan anak menerusi google sudah cukup membantu Mek Cah untuk menghadapi saat yang paling ditakuti oleh seorang wanita ketika melahirkan anak. Maklumlah saat melahirkan anak sakit berganda-ganda yang tidak boleh dibayang oleh mereka yang tidak pernah mengalaminya. Syukur menerusi artikel ini dapat memudahkan saat melahirkan anak 'Cara meneran dengan betul ketika bersalin'. Oh ye, jangan lupa follow IG @anisalisha.co untuk dapatan koleksi baju baby yang comel-comel. Sorry iklan satttt. :D
Kali ini Mek Cah nak kongsikan petua mudah bersalin normal buat ibu yang bakal melahirkan anak dan mereka yang sedang mengandung sekarang. Petua ini bukan dari Mek Cah tau tapi dari IG : pakarhamil_malaysia. Kesemua petua tersebut memang Mek Cah amalkan dan alhamdulillah sedikit sebanyak membantu memudahkan proses bersalin. Jadi tak salah rasanya Mek Cah kongsikan Petua Mudah Bersalin kepada pembaca blog ini. Nak tahu pengalaman Mek Cah sendiri baca lah artikel ini tau - Pengalaman Bersalin Anak Pertama di KBMC dan kepada yang masih pening nk pilih nama anak boleh baca artikel ini 'SENARAI NAMA ANAK LELAKI DAN PEREMPUAN BERSAMA MAKSUD'.

Petua Mudah Bersalin - Credit IG : pakarhamil_malaysia
1. Amalkan Bacaan Surah Maryam
Semasa mengandung. Surah ni sesuai diamalkan dengan tujuan supaya mudah bersalin. Semasa sampai dekat ayat sujud tilawah tu, memang saya akan sujud. Setiap kali dalam sujud, saya akan berdoa supaya dipermudahkan bersalin. Sila baca - 8 Surah Amalan Untuk Ibu Mengandung
2. Khatam Al-Quran Sepanjang Hamil
Sepanjang tempoh 9 bulan kehamilan. Tidak perlu terlalu memilih surah, baca kesemua pun lebih baik lagi, pahala pun lebih, mudah-mudahan dipermudahkan oleh-Nya.
3. Selalu Bersenam.
Anda boleh lihat video untuk ibu hamil bersenam di youtube.
4. Jaga pemakanan
Saya tidak sesekali makan makanan yang ada MSG, makanan ringan, organ dalaman termasuk hati dan paru-paru, walaupun di luar kehamilan. Ada pendapat mengatakan makan hati baik untuk ibu hamil, tapi bagi saya tidak. Ibu boleh rujuk kajian tentang pertembungan sains dengan agama untuk penerangan lebih terperinci. Sebarang jenis pil seperti ubat tahan muntah & paracetamol juga saya elakkan sama sekali. Kalau boleh tak nak ada sebarang jenis dadah di dalam tubuh kita dan tubuh bayi dalam kandungan.
5. Amalan Doa & Selusuh
Saya amalkan doa mudah bersalin apabila kandungan sudah masuk 7 bulan, di samping mengamalkan minum minyak selusuh dan sapu di perut dari atas ke bawah, bertujuan memudahkan bayi meluncur keluar. Kata orang-orang tua, paling baik minyak selusuh itu suami yang buatkan. Tapi saya cuma dapatkan minyak selusuh moden dari minyak kelapa dara keluaran Tropika.
6. Kerap Bersama Suami
Kerap bersama suami (bersetubuh) pada saat akhir menanti kelahiran. Mengikut petua orang-orang terdahulu, ini merupakan selusuh yang paling original. Jika mengikut pendapat sesetengah pengamal perubatan pula, air mani merembeskan suatu hormon yang boleh menyebabkan kontraksi.
Dengan kata lain, terdapat risiko keguguran bagi hubungan s*ks di awal kehamilan, kerana air mani bertindak ‘membuka’ rahim secara semulajadi, yang kemudiannya menggugurkan kandungan jika rahim tidak cukup kuat ‘memegang’ kandungan. Namun begitu, tidak semua pengamal perubatan bersetuju dengan pendapat air mani penyebab kontraksi ini. Ada juga yang pengamal perubatan yang menafikannya. Maka terpulang kepada individu untuk mengikut mana-mana pendapat yang dirasakan sesuai.
7. Elakkan Terlalu Berehat
Saya selalu duduk itik masa buat kerja-kerja rumah, seperti kemas mainan anak-anak.
Saya juga membanyakkan berjalan semasa minggu-minggu terakhir sebelum kelahiran.
8. Pemakanan Sunnah
Saya mengamalkan kurma, kismis, madu dan habbatus sauda sepanjang kehamilan.
Amalan ini dipercayai dapat mengelakkan bayi jaundice, selain memudahkan proses bersalin.
9. Berendam Sebelum Ke Hospital
Sebelum ke hospital, saya terlebih dahulu berendam air suam, untuk mempercepat proses bersalin. Tak semestinya perlu ada bathtub, kolam renang kanak-kanak pun sudah memadai.
Saya akan pastikan tenaga saya mencukupi sebelum masuk labour room. Saya makan secukupnya bagi mengelakkan letih dan lapar sewaktu bersalin.
11. Posisi Bebas, Ikut Fitrah
Semasa dalam kontraksi, saya berposisi mengikut apa yang saya suka, tidak semestinya berbaring terlentang sepanjang masa. Jururawat pun ramai yang sedia maklum akan hal posisi ini, jadi ibu tidak perlu takut dimarahi oleh jururawat. Dalam hati dan minda, kuatkan percaya pada fitrah, insya-Allah dipermudahkan.
Indahnya Melahirkan Anak. Percayalah, tiada yang lebih indah selain saat seorang ibu melahirkan anak dengan penuh ketenangan. - 'Cara meneran dengan betul ketika bersalin'
12. Jangan Meneran (straining)
Sewaktu saya terasa sakit masa kontraksi, saya tidak meneran. Saya sentiasa kawal diri untuk tarik nafas dan hembus perlahan-lahan, secara konsisten. Meneran bermaksud menekan atau memberi tekanan kepada otot-otot tertentu seperti dubur dan faraj.
Meneran otot faraj untuk bersalin boleh disamakan seperti meneran otot dubur untuk membuang air besar. Meneran otot dubur yang kuat dan berlebihan akan mengakibatkan buasir. Buang air besar tanpa meneran dapat memelihara otot dubur. Begitu juga perumpamaannya dengan meneran faraj ketika hendak bersalin.
13. Jangan Menongkat Kaki
Ingin saya ingatkan juga, JANGAN SESEKALI menongkat kaki. Menongkat kaki bermaksud ibu mengangkat punggung (dalam posisi baring) menggunakan kekuatan otot kaki dengan berpijak di atas katil hospital. Menongkat kaki membuatkan otot tegang, yang kemungkinan besar akan mengakibatkan koyak teruk pada faraj ketika anak sedang keluar.
Oleh itu sentiasa longgarkan otot, berikan pergerakan semulajadi terhadap proses kelahiran.
Itulah sahaja 13 petua mudah bersalin yang dikongsikan oleh IG : pakarhamil_malaysia yang boleh diamalkan sepanjang tempoh kehamilan sehingga bersalin. Semoga Petua Mudah Bersalin Normal ini bermanfaat untuk semua lebih-lebih lagi para ibu yang bakal melalui saat ini. Mommy yang sedang cari klinik untuk scan 4D boleh lah baca artikel ni 'Review 4D Ultrasound Murah Di Kuala Lumpur '. alhamdulillah harga berbaloi-baloi.

1 kata-kata indah...
yup tu salah satu. ada antara kita tidak sedar kesalahan byk dgn suami. :)
ReplyDeletesiapa komen, dapat bunga ♥