8 Surah Amalan Untuk Ibu Mengandung
Assalamualaikum.
Bila difikirkan balik tidak salah rasanya Mek Cah berkongsi tentang episod ibu hamil, surah apa yang perlu diamalkan ketika mengandung dan tips ketika bersalin. Semua info tersebut sangat diperlukan bagi ibu mengandung yang masih belum mempunyai pengalaman mengandung lebih-lebih lagi pengalaman mengandungkan anak sulung. Bercerita tentang bersalin ni sampai sekarang pengalaman melahirkan Alisha Safiya tidak dapat dilupakan (Pengalaman Bersalin Anak Pertama di KBMC), ye memang tak dapat dilupakan. Namun hati ini masih degil meronta nak pulak anak lelaki. Haisshhhh wanita tidak pernah serik bukan?
Ketika mengandungkan Alisha Safiya alhamdulillah Mr Google memang banyak membantu salah satunya 'Cara meneran dengan betul ketika bersalin'. Semua berkaitan bayi yang bakal lahir memang Mek Cah akan tanya dengan Mr Google ni. Alhamdulillah memang tak pernah mengecewakan kerana banyak info yang dapat membantu Mek Cah menghadapi saat bersalin. Semua sedia maklum, ibu hamil memang digalakkan memperbanyakkan membaca Al-Quran supaya saat bersalin semuanya dipermudahkan dan anak yang bakal lahir menjadi anak yang baik. Lagipun dengan amalkan semua tu boleh memberi ketenangan pada jiwa dan memberi kesan yang positif kepada baby dalam kandungan.
Antara 8 Surah Amalan Ketika Mengandung yang patut diamalkan oleh ibu hami ialah :-
Masa mengandungkan Alisha Safiya memang Mek Cah akan membaca Al-Quran dan memilih 8 surah tersebut setiap kali selepas solat Maghrib, jadi sementara menunggu isyak eloklah baca Al-Quran dulu kan? tapi memang tak larat nak baca 8 surah tersebut sekaligus jadi pandai-pandai lah mommy setkan masa sesuai untuk membaca surah itu semua.
Doa yang sunat dibaca ketika hamil termasuklah doa Nabi Yunus a.s. dalam surah al-Anbiya’ ayat 21:87 :
surah al-Anbiya' ayat 21
“Tiada Tuhan (yang dapat menolong) melainkan Engkau (ya Allah!) Maha Suci Engkau (daripada melakukan aniaya, tolonglah aku!). Sesungguhnya aku adalah daripada kalangan orang yang menganiaya diri sendiri.”
Lahirlah seketul Alisha Safiya. Suri Hati Ummi dan Papa. :D |
Alhamdulillah, dengan amalan tersebut hati akan menjadi lebih tenang dan kurang jugak rasa berdebar menanti saat bersalin. Makin excited adalah dan kesakitan ketika melahirkan anak pasti hilang begitu sahaja setelah melihat wajah anak yang kita kandungkan selama 9 bulan. Rindu pulak saat itu , tapi sakit. :')
4 kata-kata indah...
fuhh..
ReplyDeletecomel anaknya ye.
Alhamdulillah, terima kasih :)
DeleteSaya dulu selalu amalkan surah yusuf. Hari-hari bace surah yusuf sebab tak tau nak amalkan surah apa lagi. Heheh.
ReplyDelete-Diari Mummy Muhaimin-
xpe sis jnji kita baca kan. mana2 pun boleh. hihi :)
Deletesiapa komen, dapat bunga ♥