RESEPI

TRAVEL

TIPS

Gambar pernikahan Adam AF dan isterinya, Fiza Elite

by - 8:30 AM

PENYANYI Adam bersama isterinya Fiza selamat dinikahkan di pejabat Agama Islam Selangor. Bekas anggota kumpulan Elite, Siti Zaidatul Fiza Abdul Halim, 32 sah menjadi isteri kepada penyanyi kelahiran Akademi Fantasia musim kedua, Mohd Aizam Mat Saman, 30 dengan mas kahwin RM300 dan hantaran sepersalinan lengkap. FOTO Osman Adnan.



Penghijrahan pasangan suami isteri ini ke arah lebih mendalami agama, membuka lembaran baru buat kehidupan mereka.


Cinta pandang pertama - Adam

Memulakan langkah melalui rancangan realiti Akademi Fantasia, penyanyi kacak ini pernah menjadi igauan ramai gadis di luar sana. Bagaimanapun kalau diikutkan berita mengenai dirinya agak jarang kedengaran kebelakangan ini, keputusan yang diambil untuk mendalami ilmu agama sedikit sebanyak menjauhkan dia dari industri seni. Bagaimanapun dia sendiri tidak menduga dalam kesibukannya itu, Allah kini menghadiahkan kehadiran insan teristimewa buat dirinya, seorang isteri.
Menganggap Fiza merupakan wanita istimewa kerana berjaya meruntuhkan dinding perasaannya untuk berkahwin, tempoh yang singkat mengenali Fiza bukan sebab untuk jiwa lelakinya meragui keputusannya ini.
"Kali pertama bertemunya dengan pada awal tahun lalu, waktu itu Fiza masih belum bertudung. Cuma baru-baru ini setelah melihat dia bertudung melalui telefon, hati saya mula mahu mendekatinya itupun sekadar untuk berkongsi ilmu agama.
"Bagaimanapun setelah pertemuan itu, saya akui asyik teringat kepadanya. Dan kali kedua bertemunya saya mengambil keputusan untuk melamar. Saya panggil ini jodoh yang sudah ditentukan oleh Allah. Sepatutnya saya mahu menamatkan zaman bujang saya pada dua tahun lepas namun tidak kesampaian, dan bila bertemu Fiza saya yakin sudah bersedia untuk meneruskan hubungan ini," katanya yang ditemui sejurus selepas majlis pernikahannya, di Shah Alam, Selangor, semalam.
Menceritakan kembali saat dia membuat keputusan penting ini, menurut Adam status isterinya itu langsung tidak difikirkannya sebagai sesuatu yang perlu diambil perhatian. Menganggap tanggungjawab yang diberikan ini sebagai satu nikmat hidup, Adam mahu peminatnya sentiasa mendoakan kebahagiaan dirinya kelak.
"Memang sebelum bertemu jodoh saya selalu mendoakan yang terbaik, tetapi memang saya tidak sangka akan berkahwin dengan seorang janda. Bagaimanapun itu bukan perkara penting lagi kini kerana saya tahu tugas utama saya adalah untuk membimbing isteri ke jalan yang baik," katanya.
Bukan setakat bergelar suami, Adam juga turut sedar dia kini sudah mempunyai dua orang anak hasil perkahwinan isterinya terdahulu. Menganggap ini sebagai rezeki, tanggungjawab ini mahu digalas dengan ikhlas. Ditanya keistimewaan sebenar suri hatinya, bagi Adam cukup jelas untuk dirinya memberitahu Fiza bakal melengkapkan keseluruhan hari-hari yang akan dilalui mereka sebagai suami isteri.
"Saya tidak ada masalah dengan anak-anak Fiza. Malah sebelum ini juga saya menggalas tanggungjawab sebagai abang buat adik-adik saya. Saya terpikat melalui pertuturan seta kelembutan hatinya, selain itu melihat sifat keibuan yang terdapat pada Fiza juga membuka hati saya untuk menerimanya," katanya.
Menjelaskan penerimaan keluarga, menurut Adam perkahwinan merupakan suatu rahmat buat keluarganya. Sungguhpun hanya bertemu dengan Fiza pada Syawal lalu, itu sudah cukup membuktikan Fiza diterima dengan baik dalam keluarga Adam.
"Sewaktu menyampaikan niat ini kepada keluarga memang mereka terkejut, dan masih keliru dengan keputusan yang dianggap terlalu cepat ini.
"Bagaimanapun Syawal lalu, Fiza datang bertemu dengan ibu serta keluarga saya yang lain. Selepas di interviu ternyata semuanya menyukai dirinya," katanya dalam seloroh kecil.
Secara terbuka masih menyokong karier lakonan isterinya, Adam bagaimanapun sudah meletakkan syarat buat Fiza agar tanggungjawab wanita itu terhadap dirinya tidak dilupakan.
"Saya masih benarkan dia berlakon. Cuma ada perkara yang perlu dielakkan dirinya seperti sentuhan, kerana saya memang tidak sanggup untuk melihat isteri saya di pegang lelaki lain.
"Rasanya dia tidak akan membantu saya di Perubatan Alternatif Islam Nursalam yang beroperasi di Kota Damansara memandangkan dia kini juga dalam perancangan untuk menjadi duta sebuah produk," katanya.
Bakal mengadakan majlis perkahwinannya di Sabah, majlis itu nanti lebih kepada majlis meraikan pengantin baru. Adam juga menjelaskan, tiada perancangan untuk berbulan madu buat masa ini, semuanya terserah kepada rezeki.
"Kami hanya akan mengadakan kenduri di Sabah, kalau diikutkan majlis perkahwinan hanya akan berlangsung dalam keadaan sederhana cuma kami tidak akan bersanding. Soal bulan madu belum saya fikirkan, semuanya terserah kepada rezeki, buat masa ini Fiza akan tinggal di rumah saya," katanya.

© Utusan Melayu (M) Bhd 



Alhamdulillah suka melihat pasangan ini bersatu. hijrah mereka memberikan berita gembira untuk kita semua. siapa sangka kan mereka akan bersatu sebagai suami isteri. teringat majlis perkahwinan "Gambar Majlis Perkahwinan Irma Hasmie Dan Redza", Majlis Pernikahan Irma Hasmie dan Reza Syah, "Gambar Abby Abadi Dan Farhan Bersanding Sederhana" . mereka merupakan selebriti yang berjaya melakukan penghijrahan. Alhamdulillah. 


cantik baju pengantin mereka, menutup aurat bagi pengantin perempuan. Alhamdulillah tumpang gembira melihat cinta mereka bersatu kerana ALLAH. selamat pengantin baru!! -.-


You May Also Like

16 kata-kata indah...

  1. alhamdulillah, semoga berkekalan

    ReplyDelete
  2. Assalam. Salam menyinggah dan berkenal-kenal.
    Saya sedang baca ruangan Blogger Pilihan di Utusan Malaysia hari ini.
    Tahniah ya terpilih menghiasi ruangan.
    Okay. Itu jer. Semoga maju jaya.

    ReplyDelete
  3. cantiknyaaa ! suka tgk fiza pkai mcm tuh :)

    ReplyDelete
  4. semoga dorang berkekalan ke akhir hayat,,

    ReplyDelete
  5. tak sangka Adam bertemu jodoh dengan Fiza.. lawa Fiza bertudung litup dah dia.

    ReplyDelete
  6. tak sangka kan dia 2 orang :)

    p/s: tahniah cerita adik masuk utusan .com la..... femes2! :)

    ReplyDelete
  7. baru tahu ni. btw, taniah kak hanisah(baru thu nama akak yg sebnar) sbb dapat msuk utusan. seyesly comeeii sgt .

    ReplyDelete
  8. tahniah fiza n adam..

    tahniah buat awak jugak dik. ade baca dlm utusa. cantik sangat!! :)

    ReplyDelete
  9. Pasangan yang secocok.. Sama2 kita doakan mereka sekeluarga berbahagia hingga ke jannah.. Amin..
    ZON PERMAISURI CHOMEL

    ReplyDelete
  10. barakaAllah..cantik bju kak fiza..

    ReplyDelete
  11. sekali gosip fiza nak kawen bulan jun tu hanya lah gimik saja...semoga fiza dan adam bahagia hingga ke akhir hayat....

    ReplyDelete
  12. Dapatkan novel2 menarik bahasa Inggeris di sini.. Ask for discounts... Children's books also available...
    http://bangibookseller.blogspot.com/

    ReplyDelete
  13. tahniah utk mereka berdua,,smoge kekal hgge ke hujung nyawe

    ReplyDelete

siapa komen, dapat bunga ♥